Questions Time 01-11-2011: 2006 Menteri Kewangan meluluskan “soft loan” RM250 Juta kepada Agroscience Sdn Bhd

National Feedlot Corporation Sdn Bhd

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa “soft loan” berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd pada tahun 2003 bertujuan untuk mengawal kemasukkan daging halal import telah disalahgunakan dan pembentukan National Feedlot Corp Sdn Bhd yang merupakan sebuah pertubuhan dikawal oleh orang yang sama berada dalam syarikat Agroscience Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd dan apakah status “soft loan” tersebut?

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman  Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan pada tahun 2006 telah merancang untuk meningkatkan pengeluaran pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dipertanggungjawap  untuk melaksanakan tugas ini. Sehububungan itu, Kementerian tersebut telah menjemput 6 buah syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksaan pembangunan industri daging tempatan dan sekali gus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan. Satu jawatankuasa Pemilihann Syarikat Peneraju telah ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan yang terbaik. Berpandukan kepada kriteria  yang dikehendaki, syarikat yang memberi cadangan yang terbaik adalah Agroscience Sdn Bhd.

Pada 14 Ogos 2007 Kerajaan telah meluluskan dan menyalurkan pinjaman berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), iaitu anak syarikat Agroscience Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional. Tujuan pinjaman adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38%.

Oleh itu, isu penyalahgunaan pinjaman Kerajaan yang disalurkan terus kepada Agroscience Sdn Bhd seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah tidak benar kerana pinjaman tersebut telah diluluskan kepada NFC yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.

Setakat 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran penjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunanan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya. Syarikat NFC telah pun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil. Produk pengeluaran NFC dijual di pasaran-pasaran Hypermarket seperti Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara. NFC sedang menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor kepada 12,000 ekor dan kepasti penyembilihan di Abattoir kepada 200 ekor sehari. Pembangunan ini dijangka siap pada awal tahun depan, 2012.

Nota:

Untuk makluman sdr dan sdri bahawa keluarga seorang Jemaah Menteri terlibat dalam perkara ini. Saya amat hairan kenapakah Kementerian tidak sentuh langsung mengenai syarikat Real Food Company Sdn Bhd. The address of National Feedlot Sdn Bhd is at L-3A-1, SOLARIS MONT KIARA 2 JALAN SOLARIS MONT KIARA, KL. Is it co-incidental that Real Food Sdn Bhd is sharing the same office address as National Feedlot Sdn Bhd at L-3A-1, Solaris Mont Kiara, KL?  Why? Why? Why?

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top