Question Times: Costs of the 2 submarines

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah jenis ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan KPI untuk KD Tunku Abdul Rahman serta apakah kosnya dan kos penyelenggarannya setiap tahun.Jawapan

Pembangunan keupayaan Angaktan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada capability-based yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi di masa hadapan. Oleh itu, isu yang timbul bukanlah jenis ancaman yang dihadapi tetapi kepada keupayaan memberi cegah rintang (deterrent) kepada bakal musuh. Keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan  musuh malah mereka akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara kita. Kehadiran kapal selam yang canggih dan moden dalam inventori pertahanan negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut. Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menjadikan sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa.

Selaras dengan KPI TLDM, iaitu untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut.

Nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah EURO 1.084 bilion yang meliputi harga pembelian dua (2) buah kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik besepadu (Integrated Logistics Support) dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek. Sementara kos pengoperasian dua (2) buah kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan sebanyak RM290 juta stahun.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top