Perutusan Kemerdekaan 2012

Pemimpin Masa Depan Kita!

Saya kira masih belum terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun kemerdekaan ke-55 kepada penduduk-penduduk Kawasan Parlimen Wangsa Maju dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saban tahun detik keramat ini kita raikan dengan amat meriah menggunakan tema yang pelbagai.  Namun  sebagai warga negara yang cintakan negaranya yang percaya kepada semangat yang dicerminkan piagam asas negara seperti perlembagaan persekutuan dan prinsip rukun negara saya ingin menarik perhatian rakyat Malaysia kepada  “state of our nation”.

Kita perlu berterus-terang. Sesungguhnya kejayaan kita mencapai kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan sehingga kini adalah sesungguhnya hasil sumbangan semua kaum bukannya hanya satu mahupun dua kaum tertentu sahaja. Ya saya datang dari etnik Cina tetapi saya “first and foremost” anak Malaysia. Saya lahir dan membesar di negeri Kelantan sebuah negeri di mana persengketaan perkauman bukanlah satu masalah semenjak merdeka malahan sebelum itu pun.

Hari ini perpaduan kebangsaan yang menjadi asas kestabilan nasional telah digugat pihak-pihak tertentu. Pihak ini memperoleh kekuatan politik mereka dari menanam bibit perpecahan dan kebencian menggunakan isu perkauman, perbezaan politik dan keagamaan berpayungkan slogan indah seperti kebebasan bersuara dan berhimpun. Perbuatan hipokrit ini tidak boleh dibiarkan kerana jika ia dibiarkan maka proses pembinaaan negara bangsa Malaysia akan terjejas.

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dari semua kaum dan kepercayaan perlu bersatu dan menghentikan perbuatan “zero sum game” yang mana hasil akhirnya ialah kemusnahan. Saya menyeru kaum Cina supaya jangan tertipu dangan taktik parti tertentu kerana jika diteliti secara rasional mereka akan menyedari bahawa ia akan merugikan semua rakyat Malaysia termasuk kaum Cina walaupun pada kulitnya ia tampak menguntungkan kaum kita. Malaysia tidak boleh berjaya hanya dengan sumbangan satu kaum sahaja untuk, Malaysia bukan sahaja memerlukan semangat keusahawanan yang akan menjadi enjin pertumbuhan tetapi kita juga memerlukan keamanan yang menjadi tunggak kestabilan  kebangsaan. Setiap tindakan akan mendatangkan tindakan yang berlawanan itu hukum alam.

Saya agak terlewat menukilkan perutusan ini kerana saya menghadiri program “International Visitors Program”  dan Konvensyen Parti Republikan di Tampa Bay Florida, Amerika Syarikat. Saya kagum dengan konvesyen yang telah mencalonkan mantan Gabenor Mitt Romney sebagai calon Presiden Amerika Syarikat bagi Parti Republikan untuk pilihanraya Presiden yang akan berlangsung pada 6 November ini.

Saya kagum dengan semangat sivik yang dipamerkan dimana semangat cintakan negara dan “American exceptionalism”  begitu ketara. Bersetuju atau tidak bukan isunya, setiap individu bebas untuk berpendapat dan menyuarakan pendapatnya namun kita harus mengiktiraf sesuatu yang baik dan mencontohi serta berusaha menambahbaiknya.

Semasa ucapan penerimaan pencalonan oleh Gabenor Romney yang saya saksikan sendiri dari “convention floor” beliau telah mengiktiraf dan memuji pencapaian saingannya Presiden Obama. Kata Romney perbezaan beliau dan Presiden adalah berkisar kepada soal dasar bukannya bersifat peribadi. Jemputan kepada Malaysia sebagai salah satu dari tiga negara Asia yang dijemput menghadiri program IVP ini mencerminkan tahap baru hubungan dua hala yang diterajui kepemimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan dijalankan dengan berkesan oleh TYT Dato’ Sri Dr Jamaludin Jarjis mantan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Rakyat Malaysia yang majmuk sama ada dari segi etnik, kepercayaan dan status sosio-ekonomi perlu bersama-sama di bawah payung 1Malaysia untuk membina sebuah negara yang bersatu dan “exceptional” yang boleh dibanggakan oleh semua pihak. Sebuah Malaysia  untuk anak-anak dan cucu kita generasi baru. Janganlah kita teperangkap dengan kitaran ganas kebencian dan taufan anarki. Sekali Merdeka tetap Merdeka selamanya. Hidup Rakyat, Berjaya Negara.

Terima kasih

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top