“Perompak-perompak Negara” – Part 2

Part 2 of the speech of your truly n Parliament on 19-4-2012. This is the verbatim version of it as reported in Hansard.  For Part 1 in HERE.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]


Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Point of order Tuan Yang di-Pertua. Kalaulah kerana masalah masa, saya rasa ini bukan satu masalah oleh kerana ini boleh kata satu bill, rang undang- undang yang amat penting sekali kerana ini terlibat dan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Kalau point of order, saya yang buat penjelasan Yang Berhormat. Saya sudah dengar Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, saya hendak katakan jika perlu kita buat satu usul untuk memberhentikan masa Parlimen ini. Kita teruskan sampai pukul 2, pukul 3 kalau perlu. Saya rasa kita boleh, kita ada hak dan juga sudah ada satu contoh, pernah Parlimen ini bersidang sampai pukul 2 pagi. So, kita boleh buat satu usul, saya cadangkan kena buat satu usul. Kalau perlu saya cadangkan satu usul.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, satu kali percakapan itu sudah mencukupi, orang sudah dengar Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, cadangkan itu satu usul untuk berhentikan masa Parlimen ini pada masa sekarang.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak buat satu standing order, order 26…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, tunggu Yang Berhormat. Masanya akan kita sampai apabila saya buat itu. Kita ambil tindakan. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, so saya hendak standing order. Standing order Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Apa? Siapa yang buat salah dekat sini ini standing order ini?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, saya hendak buat standing order kerana di bawah 26(d) oleh kerana masa ini tidak cukup dan juga ada banyak isu…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya ambil tindakan.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No saya hendak buat satu. No, 26(d).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya akan ambil tindakan Yang Berhormat.

DR 19.4.2012 214

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, 26(d).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya tahu Yang Berhormat Subang, sila.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua, saya ada hak bawah 26(d).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya sudah bagi tahu. Saya akan ambil tindakan Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk, saya tahu Yang Berhormat minta sambungkan masa bukan?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, berhentikan jam. Berhentikan jam supaya kita boleh debate di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Duduklah dahulu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jangan kata hendak sekatkan hak kita untuk hendak bahas kerana isu-isunya adalah penting.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, it is okey Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya telah buat satu cadangan di bawah 26(d) di mana menyatakan bahawa, “Unless Standing Orders otherwise provide, shall be given of any motion which it is proposed to move with the exception of the following;

‘26(d) a motion to proceed to any particular business out of the regular order; So I’m proposing now atau dengan izin saya cadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya berapa kali perlu saya sebut Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya mencadangkan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya sudah mendengar cadangan Yang Berhormat dan saya kata saya akan ambil tindakan apabila tiba masanya nanti. Usul kita tamat pada pukul 12 Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, sebelum itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya ada masa lagi 20 minit.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Kerana kita tidak mahu…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Tidak faham kah cakap saya ini?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Kita tidak mahu sekat Ahli Parlimen untuk berbahas, terima kasih.

■2340


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya dah sebut dah. Itulah masalah kita di sini tahu. Kadang-kadang kalau orang bercakap, kita tak nak dengar dan tak nak faham. Saya dah sebut bila tiba masanya saya ambil tindakan. Saya dah dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu. Kita juga melihat perkara ini penting. Sila Yang Berhormat.

11.57 mlm.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi membolehkan Majlis Mesyuarat menamatkan perkara yang patut diselesaikan pada hari yang berkenaan juga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputus dan disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: …Sambil-sambillah. Jadi, Yang Berhormat Wangsa Maju sebenarnya telah menimbulkan beberapa perkara yang cukup serius. Pertamanya, dia kata pasaran modal kita ini sebagai kasino berlesen. Keduanya, dia kata terlalu banyak perompak-perompak negara. Jadi, oleh sebab…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Memang pun.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Oleh sebab ini merupakan tuduhan yang begitu besar, saya akan bawa tuduhan-tuduhan ini kepada Kementerian Kewangan. Melaporkan kepada Menteri Kewangan supaya dilihat tuduhan-tuduhan oleh Yang Berhormat ini kerana…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Consultancy fees itu, bolehlah memberitahu Parlimen berapakah consultancy fees itu.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Consultancy fees itu Yang Berhormat sudah ditimbulkan dengan rakan sejawat saya, Yang Berhormat Dato’ Donald Lim.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak menyatakan berapa consultancy fees.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Nanti saya tanya dia, mengapa dia tidak bagi Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, telah…


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya pun tidak ada, sekarang ini saya tidak ada.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Kerajaan bolehkah memberikan satu jaminan bahawaconsultancy fee ini akan dimaklumkan secara bertulis kepada saya.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Yang Berhormat baru tanya saya sekarang, saya tidak ada

angkanya. Saya akan balik tanya Yang Berhormat Dato’ Donald Lim, sebab dia yang telah pun diberikan soalan ini terlebih awal. Saya tidak boleh mengatasi dia kerana…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: …Kerana kita sama-sama sejawatan.

DR 19.4.2012 225

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, masalahnya beliau telah memberikan satu jawapan bahawa tidak boleh didedahkan kerana kerahsiaan di bawah perjanjian antara Bina Fikir Sdn. Bhd. yang dikawal oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan Rashdan dan MAS. So, ini masalahnya.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Okey.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, bolehkah memberikan satu perjanjian di sini bahawa Yang Berhormat Menteri akan memberikan satu…

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Akan memberikan jawapan berapakah consultancy fee itu, ini bukan rahsia.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jangan cakap rahsia di sini, tolong. Kita tidak mahu tahu kandungan, kita hendak tahu harganya.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat sekarang.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya kata RM30 juta, setuju tidak?


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya tidak tahu, saya tidak boleh hendak setuju.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, memang RM30 juta.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya tidak tahu, saya tidak boleh hendak setuju.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Inilah perompak negara, saya kata.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Kalau Yang Berhormat sudah tahu, orang kata, ‘sudah

gaharu, cendana pula’.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya cuma kata sahaja, kalau setuju atau tidak. Kalau

Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju, baik.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya tidak boleh confirm, sebab saya tidak tahu.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, siasat. Siasat dan berikan jawapan.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih Yang Berhormat.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih.

 

Please read related speech on “Pengkhianat & Perompak Negara” in HERE & HERE.

 

 

 

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top