Perkhabaran P-116 yang ditunggu-tunggukan

PRU-13
PRU-13

Updates @ 11:45 pagi 22-4-2013: Selamat pagi kepada warga Wangsa Maju, penyokong-penyokong di tempat lain, izinkan saya mengucapkan amat berterima kasih dan menghargai di atas kesemua pandangan dan sentimen yang telah dinyatakan amat menggalakkan. Saya akan memeruskan tanggungjawab saya sebagai warganegara. Blog saya ini akan berterusan dan saya akan memberikan segala bantuan dimana yang boleh saya memainkan peranan untuk membina negra yang kita semua cintai. Sekian, terima kasih.  

Updates @ 1:45 petang 20-4-2013:  Selamat petang sdr/sdri.  Demi membina dan menjaminkan keamanan negara, saya akan turun ke arena PRU-13 dengan menyertai kempen. Terima kasih

__________________________________

Selepas bermesyuarat terakhir malam tadi dengan jentera-jentera/penyokong-penyokong dan mengambil kira kepentingan negara, suasana politik hari ini iaitu Politik Kebencian/”Politic of Hatred” dan urusan pejabat guaman saya yang perlu mendapat perhatian, jika saya masih berdegil untuk serta dalam PRU-13 maka ini bukanlah satu tindakan yang waras.

Maka saya perlu membuat satu keputusan dengan hati yang berat dan memahami rasa kecewa penyokong-penyokong bahawa saya mengistiharkan bahawa saya mengundur diri dalam PRU13 ini. Ini tidak bermakna bahawa keadaan di Wangsa Maju dibawah jagaan saya tidak menunjukkan prestasi kemajuan selama lima tahun ini tetapi adalah sebaliknya.

Saya percaya rekod saya sebagai Wakil Rakyat Wangsa Maju selama tempoh tersebut saya tidak mengabaikan kepentingan rakyat dan negara yang kita semua cintai ini.

Selama ini saya percaya juga bahawa rekod saya menunjukkan saya sentiasa mempertahankan kepentingan rakyat jelata samada di dalam ataupun di luar Parlimen.

Selepas PRU-13 saya akan menyenaraikan perkara-perkara yang saya masih belum dapat menyelesaikannya dimana perkara-perkara tersebut sememangnya dituntut penyelesaiannya oleh warga Wangsa Maju khasnya isu pemindahan aktiviti Pasar Larut Malam Danau Kota ke lokasi yang jauh dari rumah kediaman supaya perkara-perkara tertunggak dapat diselesaikan.

Walaupun selepas tarikh 5hb Mei 2013, ini tidak bermakna saya tidak boleh memainkan peranan sebagai mantan Ahli Yang Berkhidmat. Dimana saya tidak akan mengabaikan warga Wangsa Maju yang sentiasa saya hormati yang telah bersama-sama saya selama ini.  Saya akan sentiasa memantau keadaan dan sekiranya perlu saya akan memberi pandangan melalui blog saya ini. Sdr/sdri juga boleh menggunakan blog ini untuk menyuarakan sebarang pandangan terhadap isu-isu tempatan atau nasional demi membina “Negara-Ku”. Saya sentiasa mendokong prinsip “Rakyat Didahulukan”.

Walaubagaimanpun, pejabat pusat perkhidmatan saya akan terus beroperasi seperti biasa dilokasi yang sama untuk masa sekarang.

Izinkan saya mengunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai DBKL khususnya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Datuk Ahmad Phesal Talib, mantan Datuk Bandar DBKL, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Kementerian-Kementerian, Polis,TNB, Syabas, Alam Flora dan lain-lain diatas kerjasama yang diberikan oleh mereka demi kepentingan rakyat.

Akhir kata, Izinkan saya juga dengan sesungguhnya mengucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada semua warga Wangsa Maju termasuk penyokong-penyokong di atas sokongan sdr/sdri selama ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara silatur rahim kepada seluruh warga Wangsa Maju dan rakyat Malaysia amnya, sekiranya saya membuat apa-apa kesilapan yang tidak disegajakan/tanpa niat sepanjang tempoh saya sebagai Ahli Yang Berkhidmat.

Sekian, terima kasih.

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top