Takziah di atas permergian Abd. Muluk atau lebih di kenali dengan nama penanya Dharmala NS.
Allahyarham di lapurkan telah kembali kerahmatullah pada jam 8.40 pagi ini. Ahli keluarga tersayang turut berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
Pemergiannya pasti akan ditangisi seluruh rakyat yang cintakan kebebasan dan keamanan. Kerana perginya seorang pejuang dan sastrawan terbilang. Allahyarham adalah seorang sahabat seperjuangan politik saya serta pemurah dalam memberikan pandangan dan nasihat sepanjang masa. Saya sentiasa menghargai pandangan dan nasihat Allahyarham. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan diatas sumbangan Allahyarham dan keluarganya semasa pilihanraya umum di Wangsa Maju. Berani saya menyatakan disini bahawa tanpa bantuan dan sokongan dari Allahyarham dan keluarganya (khasnya isteri Allahyarham) saya tidak akan menjadi Ahli Parlimen.
Ucapan Takziah dan perasaan sedih saya iringi diatas pemergian Allahyarham dan ucapan serta perasaan yang sama juga saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Wee Choo Keong