Perbahasan Peringkat Jawantankuasa Mengenai Dengan Bajet Terhadap Kementerian Kewangan pada 19 November, 2009: Timbalan Menteri Berjanji IJN Tak Akan Diswastakan.

Datuk Pengurusi

Saya bagun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawantankuasa mengenai Kementerian Kewangan di bawah Maksud Bekalan B 10, 11 dan 12,  Butiran 010100 (Pengurusan Am), 12000 Institut jantung Negara dan 020800 (Pemberian Khas kepada Wilayah Persekutuan) dan 02100 (KL International Airport Bhd).

Saya igin merujuk kepada Objektif-Objektif Kementerian Kewangan mengenai dengan Pengurusan Am di bawah (a) Memastikan perkhidmatan sokongan diberikan kepada bahagian-bahagian di Perbendaharaan untuk membolehkan bahagian-bahagian ini menjalankan operasinya dengan lancar dan sempurna; (d) Memastikan dasar Kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan perjudian dilaksanakan dengan berkesan; dan (e) Memastikan dasar prosedur dan peraturan kewangan serta program/aktiviti diuruskan secara ekonomik dan berkesan serta memebri khidmat kepada agensi-agensi di bawah Kementerina Kewangan.

Internet Cafe – Online Perjudian

Datuk Pengurusi,

Sedia dimaklum bahawa di Wangsa Maju dan saya percaya di suluruh negara ada banyak cyber cafe telah dibuka dengan tujuan untuk pelangannya memain games, surfing di internet dan sebagainya. Saya terdapat banyak aduan dari ornag awam khasnya ibu bapa bahawa ada banyak internet cafe telah beroperasi sehingga pagi atau 24 jam untuk online perjudian.  Saya juga terdapat banyak aduan terhadap anak murid yang berunifom pun dibenarkan masuk dalam internet cafe tanpa kawalan. Saya telah mengadu melalui surat rasmi kepada pihak DBKL tetapi DBKL memberi alasan bahawa ia tidak boleh mengambil apa-apa tindakan dalam perkara ini kerana tiada undang-undang khas mengawal aktiviti dalam cyber cafe yagn terlibat dengan online perjudian atau membuka sehingga pagi atua 24 jam dan membenarkan anak murid di dalam internet cafe.  Dalam perbincangan antara Ahli-Ahli Parlimen dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur awal tahun 2009,  saya telah menimbulkan perkara ini dengan Datuk bandar KL dan beliau menjelaskan bahawa DBKL tiada kuasa untuk mengambil tindakan dan Bahagian Perundangan DBKL dalam proses menyediakan satu undang-undang kecil DBKL untuk mengawal aktiviti-aktiviti cyber cafe dan undang tersebut akan diluluskan pada bulan Mac 2009.

Datuk Pengurusi,

sehingga kini saya terdapat undang-undang kecil tersebut belum di sediakan.  Walaubagaimanapun, di bawah objektif tersebut Kementerian Kewangan YAB Perdana Menteri (PM) selaku Menteri Kewangan berkuasa untuk mengambil tindakan. Saya telah menyatkan di Dewan Yang Muli bahawa Setiausaha Politik YAB PM selaku Menteri Kewangan, Datuk Sahfie Abdullah, adalah de facto Datuk Bandar Kuala Lumpur dimana dia berkuasa penuh untuk mengarahkan DBKL supaya DBKL tidak mengambil tindakan terhadap struktur haram gerai yang menjejaskan keselamatan awam. Sepatutunya Datuk Shafie mengunakan kuasanya untuk mengarah Datuk Bandar KL untuk mengambil tindakan terhadap cyber cafe yang beroperasi lebih daripada had masanya, membenarkan anak murid jadi pelanganya dan online perjudian. Datuk Sahfie boleh mengarahkan Datuk Bandar untuk menarik balik Lesen Premis inter cafe tersebut supaya mereka tidak boleh menjalan perniagaan mereka.  Tetapi Datuk Shafie tidak peduli perkara ini, dia lebih minat untuk mencapurtangan dalam urusan perkhidmatan DBKL.

Saya merayu kepada YAB PM selaku menteri Kewangan untuk mengambil tindak dengan segera untuk berhentikan aktiviti ayng tidak sihat tersebut memgenai dengan cyber cafe khasnya yang membenarkan online perjudian untuk menjaga kepentingan awam.

Institut Jantung Negara (IJN)

Datuk Pengurusi,

IJN telah ditubuh oleh Kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Saya sering membaca berita dalam surat khabar bahawa ada banyak pihak hendak mengambilalih IJN atau mahu menswastakan IJN.  Saya amat berharap bahawa YAB PM selaku Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa IJN tidak akan diswastakan atau diambilalihi oleh mana-mana pihak.

Hutang Cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) oleh Air Asia berjumlah RM65 juta.

Datuk Pengurusi,

Semasa membeli tiket pernebangan semua pelanggan pernebangan mesti membayar Cukai Lapangan Terbang dan cukai tersebut tidak boleh dihutang oleh airlines tetapi Air Asia boleh hutang Cukai tersebut berjumlah RM65 juta.  Dalam perkara ini Air Asia adalah satu agen untuk mengutip cukai tersebut bagi pihak MAHB and mesti menyerahkan cukai tersebut kepada MAHB. Kenapakah MAHB membenarkan Air Asia berhutang cukai tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan. Saya berharap YAB PM selaku Menteri Kewangan menjelaskan apakah tindakan akan diambil terhadap MAHB.

Jawapan Timbalan Menteri, YB Senator Datuk Awang Adik,

Kementerian Kewangan akan mengambil tindakan terhadap cyber cafe yang membenarkan anak murid memain di cyber cafe dan  online perjudian.  (Tetapi beliau tidak menjawab terhadap Datuk Shafie, Setiausaha Politik PM, Datuk Shafie Abdullah)  mecampurtangan dalam urusan perkhidmatan DBKL.)

Beliau memberi jaminan di Dewan Yang Mulia bahawa IJN tak akan diswastakan atau diambilalih oelh mana-mana pihak.

Beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Kewnagan akan mengambil tindakan terhadap hutang Cukai Lapangan Terbang berjumlah RM65 juta oleh Air Asia.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek, berjanji bahawa beliau akan mengambil perjhatian terhadap cyber cafe tersebut dan beliau akan mengambil tindakan untuk mengawal aktiviti-aktivi.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top