Parliament Questions Time, 8 June 2010

Berapakah jumlah keseluruhan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang disimpan oleh Air Asia?

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan No. 60

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementeriannya maklum tindakan AirAsia (AA) menyimpan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang telah dikutip dari penumpang sedangkan penumpang itu gagal menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Berapakah jumlah keseluruhan cukai tersebut yang disimpan oleh AA serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan AA menyerahkan cukai yang dipungut itu kepada MAHB tanpa berlengah lagi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pengangkutan sedia maklum bahawa AirAsia menyimpan cukai lapangan terbang (Passenger Service Charge – PSC) yang telah dikutip daripada penumpang, sedangkan penumpang itu gagal menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Mengenai jumlah keseluruhan cukai lapangan terbang yang disimpan, Kementerian akan memberi maklumat tersebut secara bertulis memandangkan Kementerian masih menunggu maklumat tersebut daripada pihak AirAsia.

Berhubung penyerahan kutipan cukai lapangan terbang tersebut kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) / Kerajaan, Kementerian sedang merangka polisi dan prosedur yang baru supaya selaras dengan seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), untuk memastikan syarikat penerbangan Malaysia termasuk AirAsia memulangkan kutipan tersebut kepada MAHB/Kerajaan.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top