Parliament Questions Time, 27th October 2009

27 Oktober 2009

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] minta YB Menteri Luar Negeri menyatakan sebab-sebab kerajaan telah menandatangani Pengisytiharan Hak Kemanusian 1948 Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (“United Nation’s Universal Declaration of Human Rights 1948” [UDHR]) dengan keraguan, maklumat terperinci raguan tersebut dan mengapakan sehingga kini kerajaan tidak menerima spenuhnya UDHR ini?

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] asks the Minsiter of Foreign Affairs to state the reasons why government signed United Nation’s Universal Declaration of Human Rights 1948 (UDHR) with reservations, full details of its reservations and why until this date the government did not ratify the full UDHR?

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Wagnsa Maju atas soalan yang telah dikemukakan.

2.         Seperti mana Dewan yagn Mulia sedia maklum, di peringkat antarabangsa, Universal Declaration of Human Rights (UDHR) dianggap sebagai rujukan utama hak asasi manusia. Deklarasi tersebut telah diperakui pada tahun 1948 sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan belum lagi menjadi ahli Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB).

3.         Walau bagaimanpun, semasa Persidangan Sedunia berkenaan hak asasi manusia yang diadakan di Viena, Austria pada bulan Jun 1993, Malaysia bersama 170 negara lain telah mengakat cirri-ciri keuniversalan, ketakterbahagian dan saling bergantungan hak asasi manusia dan seterusnya menyatakan komitmennya terhadap UDHR.

4.         Sememengnya, Malaysia sentiasa memandang tinggi terhadap UDHR serta mengiktiraf kepentingan deklarasi tersebut, terutama statusnya sebagai prinsip yagn membentuk norma dan standard dokumen hak asasi manusia sejagat.

5.         Dalam pada itu , Perlembagaan Persekutuan juga telah member jaminan terhadap hak-hak asasi setiap warganegara Malaysia. Hak-hak inin bukanlah bersifat mutlak dan ia juga mengambil kira factor-faktor lain seperti ketenteraman awam, moral dan keselmatan Negara. Ini adalah sejajar dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam UDHR. Rangka kerja perundangan  Malaysia juga secara umunya adalah selari dan mematuhi segala falsafah, konsep dan norma-norma yagn telah dihuraikan dlama UDHR serta kovenan-kovenan dan deklarasi-deklarasi antrabangsa yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

6.         Namun yang demikian, Deklarasi tersebut bukanlah satu-satunya bentuk rujukan system pentadbiran hak asasi manusia di Malaysia.  Kita juga harus mengambil kira serta menekankan nilai-nilai ketimuran berdasarkan kepada kepelbagaian etnik dalam masyarakat Malaysia.  Kita tidak seharusnya mengabaikan nilai-nilai ketimuran dalam menetukan system hak asasi manusia kerana tiada satu system ideal yang terpakai oleh mayarakat yang berbeza.

7.         Malaysia mendukung prinsip-prinsip sejagat hak asasi manusia dan pada masa yang sama, menekan nilai-nilai hak asasi manusia yang mengambil kira sejarah Negara dan juga agama, social dan kepelbagaiaan kebudayaan kaum-kaum di Malaysia.  Ini bagi memastikan bahawa rakyat bukan sahaja dapat menikmati semua hak asasi dan kebebasan malah untuk menjamin agar keharmonian social dapa terus dijaga dan lindungi.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top