Parliament Questions Time, 26 February 2009

Price control to curtail excessive profiteering …

Soalan:
(
PR-1221-L17775)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mencegah dan menghukum peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dengan tidak menurunkan harga makanan khususnya bahan makanan asas memandangkan harga minyak telah diturunkan sebanyak 5 kali sejak kenaikan 70 sen seliter dahulu.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian tidak menafikan melalui hasil analisa trend harga 100 jenis barang terpilih dari bulan Jun 2008 sehingga Oktober 2008 mendapati barang-barang di pasaran masih tidak ada penurunan atau perubahan harga yang dignifikan ke atas kedudukan harga sejak kenaikan hargaberlaku pada bulan Jun dan Julai 2008 yang lalu. Pemantauan harga pasaran secara menguan ke atas harga 225 barang di 80 pusat pengutan di seluruh Negara juga didapati harga barang-barang keperluan pengguna dan bahan makanan asa masih tidak sejajar dengan penurunan bahanapi.

Sebab-sebab mengapa harga barang masih lagi tinggi sedangkan harga minyak telah diturunkan oleh Kerajan sebanyak 7 kali dalam tempoh tiga bulan setengah ini antaranya ialah:

i)      Harga minyak bukan penyebab utama kenaikan harga barang barang. Kos pengeluaran sesuatu produk ditentukan oleh kos input yang digunakan untuk mengeluar atau menghasilkan produk itu dan sebahaginan besar daripadanya komponen input adalah terdiri daripada bahan mentah;

ii)     Stok dalam simpanan pembekal dan pengeluar pada ketika itu merupakan stok lama yang diperolehi dengan kos yang tinggi sewaktu harga barang masih di paras yang tinggi;

iii)   Takrif elektrik juga sebagai factor penyumbang dan antara penyebab pihak industry terpaksa menangung kos operasi yang tinggi;

iv)   Bebanan kos pengangkutan keranan caj pengangkutan oelh service provider masih kekal walaupun harga minyak telah diturunkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Walau bagaimana pun, Kementerian prihatin dengan perkara ini dan sentiasa mengambil langkah-langkah mencegah serta menghukum peniaga-peniaga tidak beretika yang cuba mengaut keuntungan berlibihan. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil iaitu:

i.     Membatalkan lesen barang berjadual;

ii.   Menguatkuasakan undang-undang deperuntukan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 jika didapati bersalah boloeh dijatukan dengan hukuman yang berat;

iii.  Penguatkuasaan diteruskan sepanjang masa bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh peniaga. Tindakan pemeriksaan secara total yang dijalankan hari-hari biasa dan sepanjang musim perayaan telah dapat menangi masalah tersebut. Dalam tempoh 1 Januari 2009.  hingga 8 Februai 2009 sebanyak 98,140 premis telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 235 kes telah diperiksa. 62 kes adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 yang berkaitan dengan peniaga yang tidak beretika dengan segaja tidak meletakkan tanda harga;

iv.  Meneruskan pemberian subsidi kepada beberapa barangan perlu supaya harga barangan tersebut terus kekal agar tidak menimbulkan masalah rentetan yang boleh menyusahkan pengguna;

v.   Kerajaan meneruskan projek perintis di beberapa kawasan luar Bandar. Tujuannya bagi menentukan bekalan beberapa jenis barangan perlu dihantar terus ke lokasi oleh pembekal. Melalui system pengedaran terus ini dapat mengurangkan kos justeru itu barangan dapat dijual pada harga yang munasabah sambil menentukan bekalannya sentiasa ada.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top