Parliament Questions Time, 24 June 2009

Minister of Tourism admits Daro Worldwide Sdn Bhd was directly appointed by the ministry to set up and operate Tourism Call Centre …

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pelancongan menjelaskan mengapakah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia telah melantik Daro Worldwide Sdn Bhd (syarikat kawalan asing tidak langsung) yang tiada pengalaman mengendalikan “call center” tanpa melalui proses tender terbuka bahkan telah membayar pendahuluan RM3.8 juta kepadanya serta bayaran bulanan sebanyak RM47,500 yang terdahulu dan kos telekomunikasinya?

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua

Pihak Kementerian menerusi agensinya Tourism Malaysia telah melantik Syarikat Dato World Wide Sdn Bhd bagi mengendalikan “Call Center” secara lantikan terus setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Daro World Wide Sdn Bhd merupakan syarikat milik Bumiputra yang memiliki pegangan saham sebanyak 60 peratus.

Pihak Kementerian menerusi agensinya, Tourism Malaysia tidak pernah membuat sebarang pembayaran pendahuluan yang bernilai RM3.8 juta.  Sebaliknya, RM3.8 juta merupakan jumlah kos keseluruhan projek ini dan pembayaran dibuat secara berperingkat kepada pihak Syarikat Dato setelah berpuashati dengan semua kerja yang mengikut syarat seperti pemasangan software, perkara-perkara teknikal, pengambilan pekerja dan kelengkapan yang berkaitan dengan pemasangan telah dilaksanakan.

Sehingga kini, pembayaran secara berperingkat yang telah dibuat adalah seperti berikut:

1) Pembayaran pertama pada 19 November 2007 sebanyak RM1,925,000.00

2) Pembayaran kedua pada 21 Februari 2008 sebanyak RM237,500.00

3) Pembayaran ketiga sebanyak RM105,836.14

Manakala bayaran sebanyak RM47,500.00 adalah merupakan bayaran bulanan untuk membiayai gaji 13 orang pekerja Syarikat Daro dan bayaran telekomunikasi.

Notes:

1. The Minister stated that Daro Worldwide Sdn Bhd (Daro) was directly appointed by Ministry of Tourism to set up and operate the Tourism Call Centre. This was definitely improper. I believe that it is good governance to appoint company to carry out a project by way of open tender in order to avoid semblance of corruption or corrupt practices.

2. It would appear from record that Daro has 60% bumiputra equity. The shareholding of Daro are as follows:

Datuk Mustapa bin Juman ……………………… 300,000 shares
— Ex-CEO of Felcra Bhd and he is also the shareholder and director of Venturepharm Asia Sdn Bhd, which has been awarded with TechnoFund worth RM5.36 million to do research on biofeed by Ministry of Science, Technology and Innovation. Madam Grace Chen Oyan Yun Shai, who is of Taiwanese origin and a director and shareholder in Venturepharm Asia Sdn Bhd. It must be noted that as a result of my complaint to the Minister of Science against Venturepharm Sdn Bhd for not having the proper qualifications to do the research and I believe that the Ministry is carrying out an investigation. Further payments from TechnoFund has been frozen at the moment.

Rohani Binti Abd Raffar ……………………… 300,000 shares

Chin Fook Kwon ……………………… 400,000 shares
— Son of Madam Grace Chen Oyan Yun Shai

3. Daro was incorporated on 07 March 2006. Daro has no previous experience whatsoever in the business of operating Tourism Call Centre.

4. Why must the Ministry after having paid a total sum of RM2,368,336-00 still have to pay RM47,500-00 for the salaries of 13 staff and the costs of telecommunication? This is most strange to say the least.

5. The payment of RM2,368,336-00 for the setting up of the Tourism Call Centre was far too high. The MACC should commence investigation into the operation of this company and how payments received from the Ministry were utilised.

6. It is believed that Madam Grace Chen Oyan Yun Shai is very much involved in Daro.

– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –

Nota:

1. Menteri mengakui bahawa Daro Worldwide Sdn Bhd (Daro) telah dilantik terus oleh Menteri Pelancongan untuk mendirikan dan mengendalikan Pusat Panggilan Pelancong ‘Tourism Call Centre’. Ini memang nampak tidak betul. Saya percaya perbuatan pentadbiran telus dalam pelantikan syarikat adalah menerusi tender terbuka untuk mengelakkan tanggapan adanya rasuah ataupun memang ada berlakunya rasuah.

2. Nampaknya Daro mempunyai 60% saham pegangan bumiputra tetapi sebenarnya pegangan adalah seperti berikut:

Datuk Mustapa bin Juman ……………………… 300,000 saham
– Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd dan beliau juga pemegang saham dan pengarah Venturepharm Asia Sdn Bhd, yang telah diberikan sumbangan daripada TechnoFund berjumlah RM5.36 juta untuk penyelidikan biofeed oleh Kementerian Sains, Teknologu dan Innovasi. Puan Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal daripada Taiwan adalah pengarah dan pemegang saham dalam Venturepharm Asia Sdn Bhd. Patut diambil tahu ialah berikutan aduan saya kepada Kementerian Sains Venturepharm Sdn Bhd tidak mempunyai kelayakan membuat penyelidikan, pihak kementerian sedang menjalankan siasatan lanjut. Bayaran seterusnya daripada Technofund telah dibekukan buat masa ini

Rohani Binti Abd Raffar ……………………… 300,000 saham

Chin Fook Kwon ……………………… 400,000 saham
– Anak Puan Grace Chen Oyan Yun Shai

3. Daro diperbadankan pada 07 March 2006. Daro tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mengendalikan Pusat Panggilan Pelancong.

4. Mengapakan pihak Kementerian setelah membayar RM2,368,336-00 masih perlu bayar gaji 13 orang pekerja serta belanja telekomunikasi berjumlah RM47,500-00? Sungguh aneh, bukan?

5. Bayaran RM2,368,336-00 untuk memulakan Pusat Panggilan Pelancong adalah terlalu tinggi. MACC patut memulakan siasatan dalam pengendalian syarikat ini dan bagaimanakah wang yang diterima oleh Kementerian telah digunakan.

6. Adalah dipercayai bahawa Puan Grace Chen Oyan Yun Shaiamat terlibat dalam urusan Daro.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top