Parliament Questions Time, 23 February 2009

Khazanah’s losses amounting to RM18 billion …

Soalan:
(PR-1221-L17792)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan kerugian kewangan besar RM18 bilion seperti yang dilaporkan dalam surat khabar pada 20 Januari 2009 dan memberi senarai penuh semua syarikat di mana Khazanah adalah pemegang saham serta jumlah saham yang dipegang oleh Khazanah dalam setiap syarikat tersebut serta jaminan kepada syarikat-syarikat tersebut dan catatan untung atau rugi mereka pada tahun-tahun kewangan 2006 hingga 2009.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Yang Berhormat, penyusutan nilai asset tidak boleh disamakan dengan kerugian kewangan kerana nilai tersebut masih belum direalisasikan dan akan hanya dicatat sekiranya Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melepaskan pegangannya dalam pelaburan-pelaburan tersebut pada masa ini.

1.   Oleh itu, kerugian kewangan sebanyak RM18 billion yang dicatakan oleh Khazanah seperti yang dilaporkan dlama surat khabar pada 20 Januari 2009 adalah merujuk kepada nilai asset boleh direlisasikan (RAV atau Relisable Asset Value) bagi portfolio pelaburan Khazanah yang telah susut sebanyak RM17.8 billion daripada RM88.2 billion pada 31 Mei 2008 kepada RM70.4 billion pada 31 Disember 2008.

2.   Kemerosotkan nilai portfolio sebanyak 20.18% ini bukanyak kerugian sebenar memandangkan ia adalah kemerosotan nilai saham syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) tersenarai  di bawah Khazanah yang secara keseluruhannya berpunca akibat kemerosotan pasaran saham global. Secaraq dasarnya, kedudukan kewangan syarikat GLC yang dikuasai oelh Khazanah kekal kukuh dengan RAV berbanding liability sebanyak 1.9 kali ganda hasil pengukuhan kedudukan kewangan GLC-GLC berkenaan sejak Program Transformasi  GLC dilaksanakan pada tahun 2004.

3.   Sebagai pelabur stategik jangka masa sederhana/panjang, Khazanah komited untuk mengekalkan pengangan stategiknya dalam syarikat GLC dibawahnya, khususnya yang berkepentingan nasional dalam usaha untuk memelihara kepentingan syarikat-syarikat ini.

4.   Seningga 31 Disember 2008, Khazanah mempunyai pengangan dalam lebih kurang 50 syarikat, sembilan daripadanya berada dalam kelompok 20 GLC tersenarai terbesar.  Penganan Khazanah dalam Sembilan syarikat GLC tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat                              Pengangan Ekuiti      Jumlah Saham Dipegang

Bumiputera-Commerce Hdg Bhd       28.42 %                       1,002,819,958

Malaysia Airport Holding Bhd             72.74 %                       800,150,000

Malaysian Airline System Bhd           69.33 %                       1,158,609,643

POS Malaysia Bhd                             32.21 %                       172,997,399

Proton Holding Bhd                           42.74 %                       234,734,693

Telekom Malaysia Bhd                       41.78 %                       1,494,737,173

TM International Bhd                         44.51 %                       1,670,737,173

Tenaga Nasional Bhd                          37.81 %                       1,638,474,689

UEM Land Bhd                                  77.1 %                         1,873,000,000

 

5.   Prestasi kewangan bagi Sembilan syarikat GLC yang tersenarai di bawah Khazanah bagi tahun kewangan berakhir 2006 sehingga tahun kewangan berakhir 2008 adalah seperti berikut:

Syarikat           Keuntungan / (Kerugian) Dalam RM0’000

                              2006                2007                2008

BCHB                  1,504.43         2,793.27          Belum dilapor

MAHB                 170.33            288.86             Belum dilapor

MAS                     (136.43)         851.42              Belum dilapor

POS                      108.23           (33.66)             Belum dilapor

Proton                 46.69              (589.53)          184.55

TM                        2,068.80       2,547.70         Belum dilapor

TMI*                    —                    683.52             Belum dilapor

TNB                      2,126.90        4,061.10          2,594.00

UEM Wold**     128.89            739.38             Belum dilapor

 

*TMI dipisahkan daripada TM pada tahun 2007

**Status penyeraian UEM World digantikan dengan UEM Land Bhd pada tahun 2008

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top