Khazanah’s losses amounting to RM18 billion …
Soalan:
(PR-1221-L17792)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan kerugian kewangan besar RM18 bilion seperti yang dilaporkan dalam surat khabar pada 20 Januari 2009 dan memberi senarai penuh semua syarikat di mana Khazanah adalah pemegang saham serta jumlah saham yang dipegang oleh Khazanah dalam setiap syarikat tersebut serta jaminan kepada syarikat-syarikat tersebut dan catatan untung atau rugi mereka pada tahun-tahun kewangan 2006 hingga 2009.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Yang Berhormat, penyusutan nilai asset tidak boleh disamakan dengan kerugian kewangan kerana nilai tersebut masih belum direalisasikan dan akan hanya dicatat sekiranya Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melepaskan pegangannya dalam pelaburan-pelaburan tersebut pada masa ini.
1. Oleh itu, kerugian kewangan sebanyak RM18 billion yang dicatakan oleh Khazanah seperti yang dilaporkan dlama surat khabar pada 20 Januari 2009 adalah merujuk kepada nilai asset boleh direlisasikan (RAV atau Relisable Asset Value) bagi portfolio pelaburan Khazanah yang telah susut sebanyak RM17.8 billion daripada RM88.2 billion pada 31 Mei 2008 kepada RM70.4 billion pada 31 Disember 2008.
2. Kemerosotkan nilai portfolio sebanyak 20.18% ini bukanyak kerugian sebenar memandangkan ia adalah kemerosotan nilai saham syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) tersenarai di bawah Khazanah yang secara keseluruhannya berpunca akibat kemerosotan pasaran saham global. Secaraq dasarnya, kedudukan kewangan syarikat GLC yang dikuasai oelh Khazanah kekal kukuh dengan RAV berbanding liability sebanyak 1.9 kali ganda hasil pengukuhan kedudukan kewangan GLC-GLC berkenaan sejak Program Transformasi GLC dilaksanakan pada tahun 2004.
3. Sebagai pelabur stategik jangka masa sederhana/panjang, Khazanah komited untuk mengekalkan pengangan stategiknya dalam syarikat GLC dibawahnya, khususnya yang berkepentingan nasional dalam usaha untuk memelihara kepentingan syarikat-syarikat ini.
4. Seningga 31 Disember 2008, Khazanah mempunyai pengangan dalam lebih kurang 50 syarikat, sembilan daripadanya berada dalam kelompok 20 GLC tersenarai terbesar. Penganan Khazanah dalam Sembilan syarikat GLC tersebut adalah seperti berikut:
Syarikat Pengangan Ekuiti Jumlah Saham Dipegang
Bumiputera-Commerce Hdg Bhd 28.42 % 1,002,819,958
Malaysia Airport Holding Bhd 72.74 % 800,150,000
Malaysian Airline System Bhd 69.33 % 1,158,609,643
POS Malaysia Bhd 32.21 % 172,997,399
Proton Holding Bhd 42.74 % 234,734,693
Telekom Malaysia Bhd 41.78 % 1,494,737,173
TM International Bhd 44.51 % 1,670,737,173
Tenaga Nasional Bhd 37.81 % 1,638,474,689
UEM Land Bhd 77.1 % 1,873,000,000
5. Prestasi kewangan bagi Sembilan syarikat GLC yang tersenarai di bawah Khazanah bagi tahun kewangan berakhir 2006 sehingga tahun kewangan berakhir 2008 adalah seperti berikut:
Syarikat Keuntungan / (Kerugian) Dalam RM0’000
2006 2007 2008
BCHB 1,504.43 2,793.27 Belum dilapor
MAHB 170.33 288.86 Belum dilapor
MAS (136.43) 851.42 Belum dilapor
POS 108.23 (33.66) Belum dilapor
Proton 46.69 (589.53) 184.55
TM 2,068.80 2,547.70 Belum dilapor
TMI* — 683.52 Belum dilapor
TNB 2,126.90 4,061.10 2,594.00
UEM Wold** 128.89 739.38 Belum dilapor
*TMI dipisahkan daripada TM pada tahun 2007
**Status penyeraian UEM World digantikan dengan UEM Land Bhd pada tahun 2008