Parliament Questions Time, 22 June 2009

Outright abuse of TechnoFund by Taiwanese national Madam Chen Oyan Yun Shai who is politically well-connected …

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan mengapakah Venturepharm Asia Sdn. Bhd. (syarikat kawalan asing tidak langsung) yang tiada rekokegiatan penyelidikan bioteknologi, dilantik menjalankan penyelidikan dan pembangunan bahan makanan ayam ‘biofeed’ dan apakah pengesahan dibuat sebelum gran ‘TechnoFund Project’ dibayar kepadanya setiap peringkat.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Technofund atau Dana Tekno adalah merupakan salah satu daripada dan yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk scaling-up process dalam peringkat prakomersil. Semua permohonan dipertimbangkan melalaui process penilaian teknikal oleh pakar dalam bidang-bidang keutamaan yang ditetapkan oleh Kementerian.

Tuan yang Dipertua,

Syarikat Venturepharm SdnBhd telah emndapat pembiayaan di bawah Dana TechnoFund bagi menjalankan projek prapengkomersilan bertajuk “Localisation of mucosal bio-additive for feed in Malaydisa”. Syarikat Venturepharm Sdn Bhd merupakan syarikat tempatan dengan 60% pegangan Bumiputera dan 40% bukan Bumiputra dan projek ini dijalankan sepenuhnya di dalam Negara. Syarikat Venturepharm Sdn Bhd didapati berupaya untuk melaksanakan projek ini melalui pemindahan teknologi dan kolaborasi dengan Dr Mingwei Chen dari XLW Inc, USA yang mempunyai kepakaran dalam teknologi Mucosal Bio-additive for Feed (MBF) bagi makan ayam serta dengan sokongan kepakaran penyelidik-penyilidek tempatan.

Projek ini telah melepasi peringkat proof of concept, di mana teknologi yang dibangunkan telah terbukti berjaya diperingkat makmal dan sedia untuk peringkat scaling up sebelum dikomersilkan.

Skop utama Venturepharm adalah untuk menjalankan projek pembangunan dan penyelidikan pra-pengkomersilan teknologi ini untuk proses-proses engineering dan biological scale-up dengan bantuan teknikal dari XLW Inc dan sokongan dari makmal-makmal penyelidikan tempatan.

Pemantauan telah dibuat oleh kumpulan pakar 9 project monitoring team – PMT)  bagi mengesahkan pencapaian milestone yang ditetapkan. Semua pembayaran dilakukan adalah mengikut pencapaian milestone, mengikut jadual yang dipersetujui. Pihak syarikat (penerima dana) telah melaksanakan semua cadangan penambahbaikan teknikal dari PMT.

Jumlah geran yang diululuskan bagi projek ini ialah RM5,360,000-00. Pembayaran pertama telah dibuat pada 09 Jun 2008 sebanyak RM964,800-00 manakala pembayaran kedua dibuat pada 10 Mac 2009 sebanyak RM1,300,000-00. Jumlah pembayaran yang telah dibuat setakat ini ialah RM2,264,800-00. Oleh itu baki geran bagi projek ini ialah sebanyak RM3,095,200-00.

Tuan Yang DiPertua,

Output daripada projek ini adalah satu proses teknologi yang boleh digunapakai oleh industry tempatan untuk menghasil dan mengeluarkan ‘biofeed’ yang akan memebri manfaat kepada industry ternakan ayam Negara.

Notes:

  1. This TechnoFund is good for company to carry out scientific researches,which will benefit the nation.
  2. This case involving Venturepharm Asia Sdn Bhd (Venturepharm) (Co No:  706977-D) is a clear abuse of the TechnoFund because Venturepharm has no background of performing any research involving biotechnology at all or for that matter it was not connected with doing any research work of whatsoever nature.
  3. Venturepharm was incorporated on 19 August 2005. Its directors and shareholders are: Datuk Mustapa bin Juman, who was the CEO of Felcra Bhd from 1981 to 1997 (holds 1,110,000 shares), Abdul Wahab bin Abdullah (holds 1,110,000 shares) and Chen Oyan Yun Shai (I/C No:560320-71-5044) , a Taiwanese (holds 1,480,000 shares).
  4. Venturepharm also share the same office as Daro Worldwide Sdn Bhd, of which Datuk Mustapa bin Juman and Denis Chin Fook Kwon (the son of Chen Oyan Yun Shai) are shareholders and directors. Daro Worldwide Sdn Bhd has been appointed to run Tourism Call Center for Malaysian Tourism Board.
  5. On 03 May 2008 Venturepharm entered into a transfer of technology agreement with XLW Inc, USA.  Mr Yang Keng Chiang (also known as Mr Ken Yang), a very close associate of Madam Chen Oyan Yun Shai, signed the said agreement on behalf of XLW Inc.
  6. Under the said agreement, XLW Inc’s associates shall include Dr Norman Stern, Dr Nelson Cox, Dr Stan Bailey and Dr Mingwei Chen.  It is very strange that the Minister only states that the transfer of technology was carried out by Dr Mingwei Chen only. It is believed that Dr Mingwei Chen is based in China.
  7. Under the said agreement the principal Researcher /Project Leader is Mr Chong Chin Hock, who was never been seen in Venturepharm’s plant and non-existent in the record with the Ministry.
  8. The Minister should carry out an immediate investigation whether XLW Inc existed in USA and whether it has the necessary qualification and ability to develop a new technology as described in the said agreement.
  9. The Minister should also carry out an immediate investigation whether it was true that upon receipt of the total sum of RM2,264,800-00, a big proportion of the said sum was sent out of Malaysia.
  10. Madam Chen Oyan Yun Shai is politically well-connected and very influential indeed. This is not the only project that is connected to her. I shall expose more projects that are connected with this powerful Taiwanese national.

– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –

Nota:
1. Dana TechnoFund ini memang baik untuk syarikat yang menjalankan kerja penyelidikan yang akan memanfaatkan negara.

2. Kes mengenai Venturepharm Asia Sdn Bhd (Venturepharm) (No Syarikat : 706977-D) jelas menunjukkan salah guna dana Technofund kerana Venturepharm langsung tidak mempunyai latar belakang penyelidikan bidang bioteknologi bahkan tiada kaitan dengan sebarang kerja penyelidikan pun

3. Venturepharm diperbadankan pada 19-08-2005. Pengarah dan pemegang saham adalah: Datuk Mustapa bin Juman, Ketua Pegawai Ekekutif Felcra Bhd dari tahun 1981 hingga 1997 (dengan saham berjumlah 1,110,000), Abdul Wahab bin Abdullah (dengan saham berjumlah 1,110,000) dan Chen Oyan Yun Shai (I/C No:560320-71-5044) , seorang warga Taiwan (dengan saham berjumlah 1,480,000).

4. Venturepharm juga berkongsi tapak pejabat dengan Daro Worldwide Sdn Bhd, di mana Datuk Mustapa bin Juman dan Denis Chin Fook Kwon (anak Chen Oyan Yun Shai) adalah pemegang saham dan pengarah. Daro Worldwide Sdn Bhd telah dilantik untuk mengendalikan Pusat Perkhidmatan Pelancongan “ Tourism Call Center” untuk Perbadanan Perlancongan Malaysia (Malaysian Tourism Board).

5. Pada 03 May 2008 Venturepharm menandatangani perjanjian pemindahan teknologi dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat iaitu XLW Inc, USA. Mr Yang Keng Chiang (juga dikenali sebagai Mr Ken Yang), yang sangat rapat dengan Madam Chen Oyan Yun Shai, telah menandatangai perjanjian untuk pihak XLW Inc.

6. Menurut perjanjian tersebut, rakan-rakan XLW Inc termasukDr Norman Stern, Dr Nelson Cox, Dr Stan Bailey dan Dr Mingwei Chen. Kelihatan aneh juga kerana Menteri hanya menyatakan pemindahan teknologi ini akan dijalankan oleh Dr Mingwei Chen sahaja. Adalah dipercayai bahawa Dr Mingwei Chen bertapak di China.

7. Menurut perjanjian tersebut Penyelidik Utama / Ketua Projek adalah Encik Chong Chin Hock, yang tidak pernah muncul di kilang Venturepharm dan tidak ada dalam catatan pihak Kementerian.

8. Pihak Menteri harus menjalankan siastan dengan segera sama ada XLW Inc wujud di Amerika Syarikat dan adakah ia memiliki kelayakan yang perlu dan keupayaan menghasilkan teknologi baru seperti diperuntukkan dalam perjanjian tersebut.

9. Pihak Menteri harus menjalankan siasatan dengan segera untuk mengesahkan khabar bahawa apabila bayaran berjumlah RM2,264,800-00 diterima, sebahagian besarnya telah dihantar keluar daripada Malaysian.

10. Puan Chen Oyan Yun Shai mempunyai hubungan politik yang luas dan berpengaruh besar. Ini bukan projek tunggal yang ada hubung kait dengannya. Saya akan membongkarkan lagi projek-projek yang berhubung kait dengan warga Taiwan yang berpengaruh ini.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top