Parliament Questions Time, 18 June 2009

Police special operations from 15 April – 15 May 2009 see Reported Crime Index in Wangsa Maju drop 10.42% to 344 cases from previous month

Soalan:

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan memandangkan kadar jenayah di Wangsa Maju yang sentiasa meningkat, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menentang gejala ini dan sama ada pihak kementerian ingin menambahkan bilangan pegawai polis di kawasan ini dan apakah tindakan tegas yang akan diambil terhadap “snatch thieves.”

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes jenayah Indeks yang dilaporkan bagi kawasan Parlimen Wangsa Maju pada tahun 2007 adalah sebanyak 1,883 kes.  Pada tahun 2008 jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 1,798 iaitu 85 kes atau -4.51% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.  Pencapaian kepada penurunan kes Jenayah Indeks merupakan menifestasi komitmen pihak polis dalam menjaga keselamatan orang ramai, khususnya di kawasan Wangsa Maju.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai langkah jangka pendek, pihak polis telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan operasi khas bagi kawasan Daerah Kuala Lumpur khususnya Wangsa Maju.  Operasi khas ini dibuat dalam 2 fasa iaitu dari 15 Mac 2009 hingga 14 April 2009 dan dari 15 April 2009 hingga 15 Mei 2009.  Bagi fasa pertama operasi, jumlah Jenayah Indeks yang dilaporkan sebanyak 364 kes.  Manakala, bagi fasa kedua operasi ini, jumlah Jenayah Indeks yang dilaporkan bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 344 iaitu menurun sebanyak 20 kes atau -10.42%.  Usaha ini akan dilaksanakan berterusan demi menjaga keselamatan orang awam.  Meskipun begitu, adalah masih terlalu awal bagi pihak polis untuk menilai berkenaan operasi yang dijalankan tersebut.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah jangka masa panjang, pihak polis sedang melaksanakan rancangan untuk menambah keanggotaan bagi Balai Polis Wangsa.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top