What actions have the Minister of Home Affairs taken or will take against ever increasing crimes in Wangsa Maju as well as in other parts of the country?
Soalan:
( PR-1221-L17752 )
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk menghadapi peningkatan lagi gejala jenayah yang sudah berleluasa seperti rompakan, kecurian, jenayah kekerasan di Wangsa Maju serta tempat-tempat lain pada waktu negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang akan memaksa lebih ramai lagi orang terjerumus dalam kancah jenayah akibat tekanan hidup.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua
Saya menmgucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, piohak polis sentiasa mempertingkatan usaha pencegahan jenayah di seluruh negara bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat di Negara ini sentiasa terpelijhara dan terjamin. Sebagai salah satu stragei dalam pencegahan jenayah yang berkesan, pihak polis akan mengunakan stategi seperti membnerikan penumpuan terhadap kawasan-kawasan yang kerap berlakunya jenayah (crime p[rone area) dan mempunyai kadar jenayah yang tinggi di seluruh Negara. Pendekatan ini turut dilaksanakan oleh pihak poplis di kawasan Wangsa Maju di mana lebih ramai anggota polis akan ditugaskan untuk menjalankan tugas-tugas rondaan serta pencegahan jenayah di kawasan berkenaan. Selain itu, rondaan turut dibuat menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan kereta peronda MPV, anggota bit dan rondaan secara berjalan kaki kawasan-kawasan sesak dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Balai/pondok polis turut diwujudkan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai kadar jenayah yagn tinggi. Ini bagi menjamin kehadiran anggota polis secara kosisten di Kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, pihak polis turut menjalinkan hubungan yang erat melalui kerjasama di antara masyarakat setempat dan pihak polis dalan mencegah jenayah melalui program Rakan Cop, perjumpaan dengan kumpulan syarikat, ahli jawatankuasa rukun tentangga bagi membantaras jenayah dengan lebih berkesan. Tambahan pula, melalui pemasangan sistem kamera liar tertutup (CCTV) yang kini diselia oleh pihak polis, kegiatan jenayah di kawasan-kawasan yang mempunyai liputan dapat dilaksananakan dengan lebih pantas dan effektif terutama sekali dalam usaha mengesan penjenayah. Pihak polis turut mengenakan tindakan melalui undang-undang pencegahan terhadap penjenayah-penjenayah sebagai usaha untuk mencegahan dan mengawal jenayah dan terus berleluasa.