Parliament Questions Time, 16 March 2009

Why the delay in widening Jalan Gombak, what is the total cost involved and who is the contractor?


Soalan No: 67

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan mengapakah projek memperluaskan Jalan Gombak mengambil masa sebegini lama sampai bertahun-tahun, apakah sebab-sebab yang melengahkan kerja dan bilakah projek ini dijangka selesai serta apakah jumlah kos projek ini dan siapakah kontraktor yang terlibat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, projek melebarkan Jalan Gombak dilaksanakan bagi menampung isipadu trafik yang kian bertambah dari kawasan Gombak yang pesat membangun.  Kerja-kerja menaikkan taraf serta melebarkan Jalan Gombak dari persimpangannya dengan Jalan Pahang ke sempadan Wilayah Persekutuan.  Pelebaran Jalan Gombak ini melibatkan jajaran sepanjang 4 kilometer dan 3.5 meter lebar bagi setiap lorong, membina longkang, lampu jalan, siarkaki dikedua-dua belah jalan, empat buah jejantas konkrit dan melebarkan jambatan konkrit yang sedia ada.

Projek pelebaran Jalan Gombak ini telah bermula dari 15 Mei 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Mei 2009 selama 36 bulan. Sehingga kini, status projek adalah pada tahap 87% siap.  Sehubungan dengan itu, dakwaan Ahli Yang Berhormat berkenaan berlakunya kelewatan untuk menyiapkan projek ini adalah kurang tepat kerana kemajuan kerja adalah mengikut jadual seperti yang dirancang.

Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengakui bahawa terdapat halangan-halangan yang dihadapi dalam tempoh perlaksanaan projek ini seperti:

(i)      Isu pengambilan tanah;

(ii)      Pengalihan tiang-tiang dan kabel milik Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Telekom Malaysia Bhd; dan

(iii)     Pengalihan paip air utama milik SYABAS.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, kos keseluruhan bagi Projek Pelebaran Jalan Gombak termasuk kos pengambilan tanah adalah sebanyak RM104 juta.  Kontraktor yang melaksanakan projek ini ialah Tetuan Gerbang Serantau Sdn Bhd.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top