Pada 8hb Disember 2009 Timbalan Speaker: Dewan Rakyat bertindak dengan serta merta menyiasat kelakuan Datuk Shafie Abdullah.

Datuk Shafie Abdullah

Selepas saya membahas dalam Bajet 2010 peringkat Jawatankuasa mengenai dengan Kementerian Wilayah Persekutuan di Parlimen pada 7hb Dissember 2009 (Teks ucapan telah dikeluarkan dalam blog saya),  sedang saya bercakap dengan seorang pegawai kerajaan di lobi Parlimen, tiba-tiba datang Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, mencelah dengan muka marah serta berkelakuan biadap dan  marah kepada saya kerana saya telah membangkitkan hal-hal tentang dia memcampuri hal dalam urusan dan pentadbiran DBKL dan Kementerian lain.  Saya telah memjawab kepadanya bahawa ini adalah hak dan tugas saya sebagai Ahli Parlimen untuk bersuara di Parlimen demi kepentingan rakyat.  Datuk Shafie Abdullah  tiada hak untuk memcampurtangan dengan hak-hak Ahli Parlimen di dalam kawasan Parlimen sungguhpun dia sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri yang berangappan mempunyai kuasa besar. 

Pagi ini saya bangun and memaklumkan kepada Parlimen mengenai dengan tingkahlaku Datuk Shafie Abdullah. Saya merujuk kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyurat Parlimen No: 80A ” … berhubung dengan Jawantankuasa Hak dan Kebebasan, kiranya pada hemat Malis telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis … Masjlis boleh melantik suatu Jawatnakuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian …’

Kebebasan bersuara di Parlimen telah dijamin bawah Artikel 63 (2) “No person shall be liable to any proceeding in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in any proceedings of wither House of Parliament or either House of Parliamnet.  Section 3 Houses of Parliament (Priviledges and Powers) Act 1952: “There shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be laible to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House.”

Selepas mendegar hujahan saya, maka  Tuan Yang Di-Pertua,  YB Datuk Ronald Kiandee memutuskan bahawa Dewan Yang Mulia akan menjalankan siasatan dengan segara mengenai tingkahlaku Datuk Shafie Abdullah.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top