Mid-Term Review Speech in Parliament

My speech for the Mid-Term Review of the 9th Malaysia Plan.

Ucapan perbahasan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju,

YB Wee Choo Keong mengenai Separuh Penggal Kajian

Rancangan Malaysia ke 9.

Datuk Yang Di-Pertua,

Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 9. Kenyataan Menteri (Ministerial Statement) oleh YAB Timbalan Menteri pada 30 Jun 2008 mencerminkan satu undi tidak percaya terhadap YAB Perdana Menteri.

Datuk Yang Di-Pertua

Masaalah utama Kerajaan BN ialah masalah penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan perlaksanaan Rancangan seperti RMK Ke 9 ini. Kerajaan BN tidak mampu untuk mentadbir negara lagi kerana dengan izin, this administration is riddled with scandals after scandals!

Contoh utama: PARLIMEN

Untuk mengkaji RMK9 kerajaan Barisan Nasional, kita tidak perlu pergi terlalu jauh. YAB PM telah melantik YB Menteri Parlimen untuk menjaga Parlimen tetapi beliau tidak menjaga fungsi serta infrastruktur Parlimen dengan baik.

Sebagai Contoh: Tempat letak kereta untuk Ahli Parlimen telah digunakan oleh orang bukan Ahli Parlimen. Papan tanda seperti ‘Khas untuk Ahli Parlimen’ telah diletak di luar tandas dan kawasan rehat tidak dikuatkuasakan. Jawapan Soalan Secara Lisan selepas “Questions Time” tidak di serah dengan segara kepada Ahli Parlimen. Biasanya saya dapat jawapan sebelah petang dan kadang-kadang esokan. Dengan izin “World class Parliament with third class mentality.”

Oleh demikian, saya berharap Menteri Parlimen mejalankan tangung jawabnya dengan baik.

Itu adalah gejala biasa yang dilakukan oleh menteri dan pegawai kerajaan Barisan Nasional. Saya ingin menekankan bahawa Kajian Separuh Penggal hanyalah sia-sia sahaja kerana kebanyakannya tidak dilaksanakan seperti “Ikan di hulu, tuba di hilir.” Sudah banyak pengumuman dan pelancaran mengenai satu corridor demi satu corridor tetapi sebenarnya tidak ada satu corridor pun yang betul-betul diwujudkan. Bak pepatah, “ayam bertelur, riuh sekampung.” Projek yang kononnya membawa faedah kepada rakyat tetapi tidak ada satupun yang berjaya.

KESELAMATAN

RMK 9 akan menjadi rancangan yang sia-sia sahaja jika semua rakyat Malaysia tidak memperkatakan tentang soal keselamatan di negara kita. Kebanyakan rakyat di negara kita kini hidup dalam ketakutan kerana diancam oleh macam-macam kes jenayah. Saya percaya kadar jenayah di Wangsa Maju telah meningkat setiap hari. Kes jenayah telah berada pada tahap yang membimbangkan. Pihak polis sesungguhnya sudah tidak boleh menggunakan alasan kononnya tidak cukup tenaga anggota. Alasan ini tidak boleh diterima langsung. Sekiranya kekurangan tenaga anggota, Ketua Polis Negara perlulah meminta untuk Kerajaan supaya menambah jumlah anggotanya dalam usaha memastikan negara kita sebagai negara ‘sifar jenayah.’

MANIPULASI SEKOLAH DAN NGO – MAJLIS PEGUAM

Tuan Yang Di-Pertua,

Pada malam 5 Julai 2008 saya dijemput hadir majlis makan di SRJKC Mun Yee di Wangsa Maju. Saya diberitahu oleh Penguri Board of Governor sekolah ini bahawa Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan satu directive bahawa semua sekolah tidak boleh membenarkan Ahli Parlimen pembangkang untuk mengucap di dalam apa-apa majlis di sekolah tetapi tokoh-tokoh politik BN khasnya MCA, iaitu bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, boleh mengucap dalam majlis yang sama. Inciden ini dinyaksikan oleh setiausaha kepada Timbalan Menteri Pelajaran.

Tindakan kementerian telah menunjukkan Kementerian Pelajaran masih belum matang dan tidak menghormati Ahli dari Dewan Yang Mulia ini.

Saya cadangkan Kementerian Pelajaran janganlah memain politik kotor hingga tahap ini dan menarik balik directive ini dengan segera kerana kegiatan ini adalah kegiatan yang tidak sihat untuk pembangunan Negara kita.

Datuk Yang Di-Pertua,

Kerajaan sepatutnya tidak boleh memanipulasi badan-badan bukan kerajaan untuk kepentingan peminpin tertentu. Contohnya, Majlis Peguam telah membenarkan dirinya diperalatkan oleh Kerajaan. Majlis Peguam telah hilang arah apabila menganjurkan majlis makan malam pada 17 April lalu tetapi majlis itu telah dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya meminta YB Menteri Undang-undang untuk menjelaskan jumlah kos jamuan makan malam yang di anjurkan di hotel mewah 5 bintang, JW Mariott. Majlis Peguam telah hilang arah dan objektifnya. Beberapa hari yang lalu, Majlis Peguam telah bergerak sebagai badan politik apabila menganjurkan forum mengenai Kontrak Sosial.

Majlis Peguam sepatutnya mempersoalkan YAB Perdana Menteri kenapa beliau tidak menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan izin “Judicial Appointment Commission” yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri ketika menghadiri majlis makan malam di Hotel J W Marriot.

Pegawai-pegawai tertinggi Majlis Peguam perlu berhenti bermain politik dalam usaha mematapkan kedudukan dan kuasa YAB PM dan sebalik memainkan peranan mereka mengikut tradisi iaitu lebih membabitkan diri dalam soal badan kehakiman dan undang-undang .

YA Datuk Low Hop Bing, Hakim Mahkamah Rayuan

Datuk Yang Di-Pertua,

Saya telah membangkitkan beberapa kali mengenai YA Datuk Low Hop Bing, seorang Hakim Mahkamah Rayuan, dimana beliau telah terbabit dalam perbicaraan Suruhanjaya Diraja mengenai kes pita video VK Lingam dimana adik VK Lingam telah diminta oleh abangnya untuk memberikan sebuah beg yang berat kepada YA Datuk Low Hop Bing di rumahnya pada suatu tengah malam. Adik VK Lingam mengesahkan kepada saya bahawa beg itu sebenarnya berisi dengan wang yang banyak. Memang jelas bahawa kelakuan Datuk Low Hop Bing ini membuktikan kata perpatah “Ibarat kutu, boleh diselisik.”

Sehingga hari ini Datuk Low Hop Bing ini masih mengadili kes di mahkamah sedangkan intergitinya telah menjadi tanda tanya kepada rakyat umum. Dengan izin, “How can a judge be allowed to dispense justice in Court when there was a strong allegation of corruption against him? Majlis Peguam haruslah mengambil tindakan terhadap skandal kehakiman ini janganlah mengizinkan ia diperalatkan oleh mana-mana pihak.

Saya merayu kepada YB Menteri Undang-undang mengambil tindakan dengan segara supaya tugas Datuk Low Hop Bing digantungkan sementara untuk menyiasat dengan terpirinci diatas tuduhan korupsi tersebut. Selepas seisatan lanjut dan jika tiada kes terhadap Hakim tersebut, beliau boleh mengadili kes di Mahkamah semula.

KETIDAK CEKAPAN SYARIKAT BERKAITAN DENGAN KERAJAAN (GLC)

Pada sesi Parlimen bulan Mei lalu, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan bahawa AirAsia teleh berhutang dengan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dengan sejumlah RM113 juta di atas perkhidmatannya di dalam negara sejak tahun 2002. Ini menujukkan pengurusan di dalam MAHB adalah tidak cekap dan tidak berwibawa kerana MAHB tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menuntut hutang dari AirAsia dari tahun 2002. Menteri Pengangkutan harus mengambil tindakan terhadap Pegawai MAHB yang gagal menjalankan tugasnya.

Selain daripada itu, Pengarah Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernades bagaimanapun telah mengumumkan AirAsia hanya berhutang dengan MAHB sebanyak RM68 juta sahaja. Ini bermakna, salah seorang daripada mereka (iaitu Menteri Pengangkutan dan Ketua Eksekutif AirAsia) telah membuat kenyataan yang palsu.

Menteri Pengangkutan mesti memberi penjelasan kenapakah beliau tidak dirujuk kepada Privilege Committee kerana membuat kenyataan yang palsu kepada Parlimen.

Apabila saya bertanyakan apakah tindakan yang akan diambil oleh MAHB dan MAS untuk mendapatkan balik jumlah RM113 juta dan RM85 juta milik masing-masing, Menteri Pengangkutan menjawab “Bagi mendapatkan semula hutang-hutang tersebut daripada AirAsia, MAS dan MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan AirAsia dan Kementerian Kewangan.”

Jawapan yang diberikan amat tidak masuk akal kerana AirAsia adalah sebuah syarikat swasta dan mengapa Menteri Kewangan perlu melibatkan dirinya. Saya tidak pernah dengar adanya sebuah syarikat swasta yang berhutang dengan GLC dan sebelum sebarang tindakan dibuat untuk menjelaskan hutang perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan. YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan perlu memberikan penjelasan kenapa beliau begitu berminat dengan berhutang dengan hutang-hutang AirAsia kepada MAHB sebanyak RM113 juta dan MAS RM85 juta.

Bukankah tugas utama YAB PM merangkap Menteri Kewangan untuk memastikan semua GLC mesti menuntut segala hutang daripada syarikat swasta, seperti AirAsia, dengan segara dan mengarahkan Kementerian Kewangan tidak masuk capur atas tindakan menuntut hutang oleh GLC.

Apakah YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ataupun menantu tertentu mempunyai kepentingan dalam AirAsia dan oleh itu, MAHB dan MAS tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap hutang-hutang yang tertanggung itu.

Saya meminta Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berhenti dengan segera daripada mencampuri urusan dan tindakan mengenai pembayaran hutang AirAsia kepada MAHB dan MAS.

MAHB KELUARKAN LETTER OF ACCEPTANCE PADA 19-03-08 KEPADA FAJARBARU UNTUK MEMBINA LCCT BARU YANG BARU DENGAN KOS BERJUMLAH RM123.9 MILLION

Datuk Yang Di-Pertua

Pada 12 Mei 2008 saya mempertikaikan bahawa tiada tender terbuka dilaksanakan oleh MAHB semasa memberi kontrak kepada syarikat FAJARBARU. YB Menteri Pengangkutan memberi jawpan seperti berikut:

“Oleh sebab keperluan LCCT adalah begitu mendesak dan perlu dibina dalam masa yang singkat, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek ini secara rundingan terus kepada FAJARBARU BUILDER GROUP BHD.”

Syarikat FAJARBARU ini terlibat dalam kegiatan dengan izin “INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR MANAGEMENT OF SERVICE.” Kumpulan Fajarbaru ini date back ke 1976 di mana core subsidiarinya ialah, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (27198-T) (Formerly known as Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd.) Samada ini adalah satu coincidence di mana syarikat ini ada latar belakang dari Rembau, kawasan menantu tertentu.

Pada 20-05-2008 Perbahasan Menjujung Kasih Kepada Titah Tuan Yang Di Pertuan Agung, YB Menteri Pengangkutan telah mengaku bahawa syarikat FAJARBARU ini tiada pengalaman dalam pembinaan airport dan ia ada pengalaman untuk membina warehouse untuk airport sahaja.

Pada masa yang sama, YB Menteri juga memberi jaminan di dalam Dewan ini bahawa tender terbuka akan dijalankan untuk projek LCCT baru.

Skandal ini juga dipertikaikan oleh YAB Dato’ Husam Musa, Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam blognya, husammusa.com dan saya memetik menyataan beliau:

Kenyataan Fajarbaru kepada BSKL boleh dirujuk. Ia dokumen bertulis. Sekali lagi Fajarbaru Builder yang dulunya Fajarbaru Rembau yang telah ditukar namanya atas sebab yang mereka sendiri ketahui, mendapat projek ini belum pun Menteri tahu mengenainya. Dua bulan selepas syarikat ini mendapat tawaran, Menteri Pengangkutan masih pergi ke Dewan Rakyat dengan jawapan yang sudah usang dan tak terpakai!

Keputusan pilihanraya Mac 2008 ada kaitan atau tidak dengan keputusan pemberian tawaran ini, boleh menjadi teka teki.

Tetapi untuk YB Ong memberikan jawapan berbeza dengan dokumen rasmi yang ada, merendahkan mutu YB Ong yang saya yakin, tidak sama sekali akan berbuat demikian jika beliau diberikan maklumat yang tepat.”

Saya bersetuju dengan kenyataan YAB Datuk Husam Musa bahawa Menteri Pengangkutan tidak diberi maklumat yang tepat oleh kaki-tangan Kementerian Pengangkutan kerana pada 24-03-08 Fajarbaru telah melaborkan projek LCCT ini telah diberikan kepada Fajarbaru.

Saya amat terkejut dengan fakta-fakta berikut:

Pada 19 Mac 2008 YAB PM mengumumkan Jemaah Menteri Yang baru.

Pada 19 Mac 2008 (hari yang sama YB Datuk Ong Tee Keat dilantik sebagai Menteri Pengangkutan) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengeluarkan satu “Letter of Acceptance kepada Fajarbaru mengenai dengan project LCCT baru dengan izin, “Proposed Design, Construct and Complete the Expansion of Low Cost Carrier Terminal (LCCT) at KLIA” dengan harga kontrak berjumlah RM123.9 million tanpa Tender Terbuka.

Tarikh pemulaan Projek LCCT baru ini ialah 7hb April 2008

Saya tidak percaya bahawa pada hari perlantikan beliau sebagai Menteri Pengangkutan dan beliau terus mengarahkan MAHB untuk mengeluarkan Letter of Acceptance untuk LCCT Baru ini kepada FAJARBARU.

Dalam tempoh dua hari pada 21 Mac 2008 FAJARBARU telah menerima Letter of Acceptance dari MAHB. Ini menunjukkan MAHB amat efficient. Tetapi MAHB tidak mengambil tahu tentang hutang sebanyak RM113 juta dari AirAsia.

Saya percaya bahawa fakta-fakta tersebut adalah berunsur korup kerana kontrak tersebut diberikan kepada Fajarbaru tanpa Tender Terbuka. Terdahulu kontrak untuk LCCT lama diberikan kepada Fajrbaru tanpa Tender Terbuka atas lasan masa yang singkat. Sekarang alasan apa: “corruption!”

Saya mecadangkan bahawa YAB Perdana Menteri, Menteri Kewangan memberi penjelasan dalam perkara-perkara seperti berikut:

Kenapakah pada 19 Mac 2008, dalam tempoh 10 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 kenapa MAHB dengan begitu cepat mengeluarkan Letter of Acceptance untuk memberikan projek ini kepada Fajarbaru tanpa Tender Terbuka kali kedua.

Kenapakah Fajarbaru adalah satu syarikat yang amat special dengan izin whose core business is “INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR MANAGEMENT OF SERVICE,” dan diberikan beberapa projek yang besar oleh Kerajaan tanpa Tender Terbuka.

Projek-projek Yang lepas:

LCCT yang sedia ada

TNB HQ

Seremban Bus terminal

Control Public Health Laboratory, dan

National Library.

Projek-projek yang baru:

LCCT Baru

Airport Baru di Pulai Pinang

Sila berikan jumlah kos untuk setiap projek tersebut kecuali LCCT yang kita sudah tahu dan memberikan alasan untuk setiap projek tersebut kenapa projek diberikan kepada Fajarbaru tanpa Tender Terbuka.

Atas alasan apa MAHB membenarkan syarikat Mesra Indah Jayas Sdn Bhd (dahulu dikenali Mesra Indah Jaya Autopart services & Trading Sdn Bhd) untuk mengutip daripada pemandu taxi 9% dari caj taxi dari LCCT. Syarikat tersebut tidak memberi apa-apa perkhidmatan kepada pemandu taxi. Samada kebenaran ini akan dibatalkan demi kepentingan pemandu-pemandu taxi.

PNB – GOLDEN HOPE PLANTATION BHD

Tuan Yang Di-Pertua,

Golden Hope Plantation Sdn Bhd adalah sebuah subsidiari PNB dan Golden Hope Sdn Bhd melalui Jomalina Food Industries Sdn Bhd terlibat dalam “future trading of Palm Oil” oleh seorang “rouge trader” bernama En Badrul pada bulan July 2007 ia mengalami kerugian sebanyak RM120 million. Sehingga kini tiada sebarang tindakan yang telah diambil.

PEMPENA SDN BHD – THE NATIONAL TOURISM DEVELOPMENT COMPANY SET UP IN 1976 BY TOURISM MALAYSIA UNDER TOURISM MINISTRY

Tuan Yang Di-Pertua,

Kemarin (02-07-2008) Malaysiakini bongkar satu skandal kewangan yang melibatkan terhadap PEMPENA SDN BHD, satu syarikat yang di tubuhkan pada tahun 1976 dan ia adalah di bawah kawalan Kementerian Pelancongan. 20 orang pekerja-pekerja Pempena telah menandatangani suatu memorandum yang mempunyai 9 mukasurat dan pada 24-03-2008 mereka telah hantar kepada pengarah-pengarah Pempena, Tourism Malaysia Board dan Menteri Pelancongan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan oleh Menteri tersebut. Inilah dengan izin, “DELIVERY SYSTEM” of BN government.

Sekian Terima Kasih.

Note:

I could not finish my speech. I could not touch on the remaining subjects listed below due to time constraint.

– PNB & Golden Hope Sdn Bhd – the remaining facts regarding the loss of RM120 million.

– Widening of Jalan Genting Kelang regarding the cost of land acquisition amounting to RM25 million.

– Bank Negara Governor resignation from Kazanah

– Proposed Data Protection Act

– Last but not least: the famous En Mahadi of Jabatan Perancang, DBKL.

I shall bring the above matters up next week during the debate on the Supply Bill. Trust me, I will not let them go so easily.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top