“Masyarakat madani telah diliwat!”

Hansard : 16 Disember 2010 [Khamis]

Dewan Rakyat

Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh dalam limit minit?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Mungking tiga, empat minit, kalau tidak dikacau. Sekarang ini orang memang tak kacau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Nampak Tuan Yang di-Pertua amat sabar dalam keadaan tadi. Di dalam Dewan ini menunjukkan bahawa kita ini sama di Taiwan cuma kita belum lempar kerusi sahaja sebabnya kerusi tidak boleh dibawa untuk dibuang.

Kalau saya nampak daripada pengalaman saya semasa mediang Tan Sri Zahir dalam keadaan begini, gerenti sudah kena gantumg enam bulan sekurang-kurangnya kalau tidak setahun. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua masih amat sabar. Mereka mengambil kesempatan lagi memainkan peranan mereka. Saya amat bersedih hati. Ini kerana saya boleh menggambarkan apa yang berlaku dahulu terhadap seorang pemimpin menggunakan banyak perkara. Ada masyarakat madani, macam-macam ya, dan saya pernah dengar dalam ceramah DAP di Federal Hotel pada masa itu tahun 1987 kalau saya tidak salah. Saya berada di sana, saya ada dengar, Ahli Bukit Gelugor sekarang bawa naik kertas di atas pentas mengatakan apa? “I have evidence of the Deputy Prime Minister involved in sodomy.”, dengan izin. Beliau bercakap sendiri. Saya berada di sana dan bukan itu sahaja, banyak lagi. Beliau mengutarakan perkataan dalam ceramh, “Islam over my dead body”, apa itu? Kita tidak boleh mengatakan agama, atau Christianity, over my dead body ….

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Penjelasan. Maaf saya, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Wangsa Maju mempunyai banyak pengalaman dalam Parlimen dulu, kemudian keluar balik dan masuk balik dan pengalaman bersama mereka ini? Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju setuju bahawa tanggapan ramai sekarang, ini adalah senjata terakhir kepada mereka, iaitu mereka ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa, Dewan yang mulia ini disorder, dengan izin, malahan Perlembagaan kita juga diurus dengan disorder. Adakah itu senjata terakhir pembangkang, Pengalaman Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Memang benar, ini adalah senjata terakhir kerana mereka sudah bankrap, desperado, menggunakan tindakan ini. Kalau benar kita duduk di sini, berbahas, memberikan pandangan semua, tetapi tidak. Saya juga ada dengar dalam itu banyak mesyuarat mereka. Satu key statement adalah apa? Cakap tak serupa bikin dan double standard. Oleh sebab itu saya tidak boleh tahan, sebab itulah saya berhijrah keluar dari kumpulan tertentu. [Tepuk]

Ini kerana mereka tidak menurut fitrah rakyat dan fitrah adalah apa? Fitrah rakyat adalah sama yang sebenarnya, cakap serupa bikin. Contoh kita sendiri, kepimpinan melalui teladan. Teladan mereka adalah apa? Sila Yang Berhormat Langkawi.

-1230

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju, saya Nampak pembangkang sekarang ini dahulu dia attack Polis, selepas itu dia attack kehakiman. Sekarang ini dia attack Tuan Yang di-Pertua. Adakah trend ini akan terus berterusan. What’s next? Apakah lanjutan selepas ini? Saya haraplah perkara ini diambil maklum oleh menteri-menterilah. Jangan biarkan dahulu polis, polis kejam dan macam-macam. Kehakiman bias dan UMNO. Sekarang ini Speaker pula. Selepas itu what’s next? We do not know. Terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Mohon laluan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Silakan.

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Okey. Saya mahu minta pandangan yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat agaknya. Adakah tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dengan semua konco-konconya yang tidak tahu tentang kebenaran ini adalah satu tindakan untuk mempertahankan diri kerana telah takut sangat kerana kebenaran itu sudah semakin menyerlah. Bukan sahaja dengan maklumat-maklumat yang ada yang akan dibentangkan dalam Mahkamah untuk Mahkamah buat keputusan dan sebagainya. Ini termasuklah maklumat-maklumat mengenai WikiLeaks yang sekarang ini bukan sahaja menjadi pemerhatian kepada rakyat Malaysia tetapi kepada dunia tentang kebenaraan yang kita pertahankan terhadap salah laku-salah laku yang telah pun dilakukan ole Ketua Pembangkang ini bersama-sama dengan keseluruhan konco-konconya.

Adakah perasaan takut itu yang menyebabkan mereka bertindak. Kalau saya sebut kurang ajar Speaker marah, yang bertindak luar daripada sopan santun sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih kononnya oleh rakyatnya dari sehingga menyebabkan mereka lupa diri dan menjadikan Parlimen ini sebagai sebuah sarkas. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju, sebelum jawab saya suka ingatkan selepas Yang Berhormat Wangsa Maju, saya mahu Yang Berhormat Menteri menjawab dan selepas itu ada dua lagi usul daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kalau boleh kita habiskan pada tepat jam 1.00. Ingat itu Yang Berhormat supaya selesai semua. Sila.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memang saya setuju dengan Ahli Parlimen daripada…

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] : Tenggara.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Tenggara, ya. Sorrylah terlupa. Memang saya setuju. Saya nampaknya mereka ini, untuk apa? Untuk memuaskan nafsu mereka mahu menjadi Raja di Putrajaya sahaja at all cost. Oleh sebab itulah kita nampak September 16 dan macam-macam tingkah laku mereka. Kita di sini untuk mempertahankan hak-hak rakyat. Bukan mempertahankan seorang pemimpin yang mahu jadi Raja di Putrajaya sahaja. Lihat skandal pasir di Selangor. Apa yang mereka nyatakan pemimpin-pemimpin PR ini. Tidak ada sepatah perkataan pun. Semua diam diri. Kalau tidak, kalau tuduhan dilemparkan kepada orang lain, di sini kita aka nada Suruhanjaya Diraja untuk siasat dan sebagainya. Bila kena pada mereka, “SELCAT” pun jadi death cat, pussy cat semua, ya. Inilah masalah cakap tidak serupa bikin, double standard.

Datuk Ismail Kasim [Arau] : Laluan, sedikit.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Nanti Tuan Yang di-Pertua marah pula. Silakan.

Datuk Ismail Kasim [Arau] : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat daripada Wangsa Maju. Saya ingin bertanya Yang Berhormat apabila Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan satu kenyataan bersama yang dibuat dengan Timbalan Presiden dan juga Ketua Pembangkang selepas sebaik sahaja mereka keluar daripada Dewan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa ini merupakan konspirasi yang sengaja dirancang tanpa mengambil kira kesilapan yang dibuat oleh mereka untuk menafikan dan mendapatkan hak dua per tiga di dalam Dewan yang mulia ini. Ini perancangan yang dibuat dengan teliti oleh kerajaan.

Jadi pandangan Yang Berhormat, kesilapan sendiri tidak diperakui malah dilemparkan kepada orang lain seperti mana mereka meletakkan telunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua pada setiap kali mereka membahaskan perkara ini. Satu keadaan yang di luar kesantunan yang patut kita amalkan sebagai orang Timur. Pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Memang saya amat setuju dengan yang itu. Itulah mereka ini mahu putar belit sahaja. Mahu main politik. Bukannya mahu mempertahankan hak rakyat di sini. Kita lihat, semua isu dipolitikkan. Kita lihat tingkah lakunya apabila mereka menunjuk perasaan di US Embassy menentang Yahudi mengenai Palestin. Selepas itu, orang-orang Yahudi di Amerika telah marah. Dua atau tiga hari kemudian dalam seminggu kalau tidak salah, terus flew terbang ke Amerika untuk melutut di depan Yahudi minta maaf. Itukah kita seorang yang jujur dan ada pendirian yang tegas? Kalau dalam perkara Palestin ini semua rakyat dalam dunia kita tidak boleh terima di mana mereka dihalau keluar daripada tanah air mereka. Mereka sekarang ini minta sedikit tanah sahaja di sana. Mereka ditindas dan budak kecil, perempuan dan orang tua dibunuh. Kenapa kita perlu pergi untuk melutut? Sedangkan inilah pendirian kita sebagai bukannya seorang Muslim sahaja seorang manusia pun kita tidak boleh terima termasuk saya.

Tuan yang di-Pertua, satu masa dahulu, Negara kita ini begitu kagum dengan budaya masyarakat madani yang diilhamkan oleh pemimpin yang dikatakan sebagai pemimpin masa harapan. Masyarakat madani sebagai pemangkin kepada kemajuan Negara juga ini yakini mampu menjadi contoh dan  ikutan kepada masyarakat di dunia. Tuan Yang di-Pertua, malangnya, nilai-nilai mulia dalam masyarakat madani ini telah diliwat sendiri oleh pemimpin tertentu.

Ini demi apa Tuan Yang di-Pertua, demi memuaskan nafsu mereka. Untuk apa? Mahu jadi Perdana Menteri as of right and at all cost dan tidak mengambil kira apa akan terjadi kepada Negara kita dengan tingkah laku yang sedemikian oleh mereka. Cakap tidak serupa bikin dan memutar belit, ya. Pemimpin yang inilah mahu jadikan masyarakat madani? Sorrylah. Apa ertinya masyarakat madani kalaulah pemimpin tertentu boleh bersatu hati dengan pemimpin yang terang-terang lagi jelas sanggup berkata seperti yang kita kata tadi. “Islam over my dead body. I have the evidences about the sodomy of the Deputy Prime Minister” pada masa itu tahun 1987 di Federal Hotel. [Disampuk] Hah! 1987 lah.

Seorang Ahli : 1997

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Eh, sorry tahun 1997. Minta maaf pada masa itu. Apa erti masyarakat madani kalau kita sendiri sanggup mengutuk seorang insan mulia dengan ungkapan apa? Ulama capal! Lebih malang lagi insan itulah yang sekarang berhempas pula menerima pemimpin masa depan ini sebagai sahabat. Pemimpin dianugerahkan oleh tuhan, saya tidak pernah dengar pun. Mana pemimpin dalam dunia ini is God sent? Do not use God’s name in vain, as my warning to them. That was why God has punished the person concern. When he was so near to become Prime Minister and yet so far and he had to stay in menadi ketua di Sungai Buloh.”, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, lebih malang lagi dengan nama masyarakat madani, pemimpin tertentu ini sanggup membuat apa-apa juga sehingga termasuk melutut kepada Yahudi minta maaf dengan apa yang dibuat ini adalah baik untuk mempertahankan hak-hak orang Palestin yang akan dimusnahkan oleh pihak tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya apa erti masyarakat madani kalau hanya sebagai ungkapan manis di bibir sahaja. Tuan Yang di-Pertua, biarlah kita hilang seorang pemimpin yang begini daripada kita hilang sebuah negara yang kita tercinta ini. Terima kasih. [Tepuk]

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top