Manifesto Warisan P116 – Wangsa Maju – PRU 15

Manifesto Warisan dalam versi BM, Mandarin dan Ingeris

Warisan marching to the Nomination Centre of P116
Six contestants for P116

Sejak sekian lama saya telah menerima seruan daripada semua bangsa dan lapisan masyarakat untuk memakbulkan satu MALAYSIA yang lebih baik dan saya berbangga untuk dipilih oleh Parti Warisan untuk bertanding di Wangsa Maju. Selaku calon bagi P116 Wangsa Maju, saya amatlah berbangga untuk berkongsi dengan anda, manifesto saya untuk PRU-15 ini. Dengan rendah diri saya amatlah bergantung kepada sokongan anda bagi merealisasikan manifesto saya ini.

Sekian, Terima Kasih

Versi Mandarin dan Ingeris di bawah.

Manifesto Wee Choo Keong bagi PRU-15 2022

Wee Choo Keong, calon parti WARISAN bagi Parlimen Wangsa Maju

Setelah menerima seruan daripada semua bangsa dan lapisan masyarakat untuk memakbulkan satu MALAYSIA yang lebih baik di mana setiap warganegara Malaysia boleh memenuhi dan mencapai cita-cita dan aspirasinya, saya berhasrat, terutamanya bagi setiap warganegara Malaysia generasi muda, agar golongan ini mendapati kerjaya dan upah / gaji yang setaraf dan setimpal dengan tahap pengetahuan dan kemahiran masing-masing di mana mereka mendapatkannya daripada institusi pengajian tinggi mereka.

Bagi tempoh 4 tahun yang lalu, Malaysia telah dibebankan dan dimasalahkan dengan pelbagai isu rampasan / rebutan kuasa dan agenda individu-individu untuk menjadi Perdana Menteri dan Menteri-menteri tanpa mengira dan menjaga kebajikan dan kesusahan yang dialami oleh rakyat jelata. Sebagai contoh, semasa Ringgit Malaysia telah menjunam berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat (RM4.88 kepada 1 USD), keadaan ekonomi yang semakin teruk ditambahkan dengan kenaikan kadar faedah secara mendadak dan berterusan oleh Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan kita berupaya menyatakan bahawa keadaan tersebut adalah biasa. Hal ini jelas terserlah bahawa Kementerian Kewangan kita ini langsung tidak menunjukkan sikap empati terhadap kesusahan yang ditimpa oleh Rakyat!

Kesemuanya ini menunjukkan kewujudan sebuah “Kerajaan Gagal”! Saya dengan rendah diri mengambil maklum bahawa keadaan semasa ini adalah amat genting dan mencabar bagi semua Rakyat daripada semua lapisan masyarakat. Meskipun begitu, saya amatlah beroptimistik terhadap masa depan tanah air kita. Saya sesungguhnya percaya dalam rakyat Malaysia dan saya bersemangat dengan potensi mewujudkan satu masa depan yang lebih cerah dengan Kerjasama dan sumbangan daripada semua rakyat Malaysia.

Sekiranya saya dipilih sebagai seorang Wakil Rakyat, misi utama saya adalah untuk mendorong dan merealisasikan Perpaduan Demi Masa Depan yang lebih baik. Saya akan memastikan Kerajaan Baru yang dibentukkan susulan daripada PRU-15 ini mendengarkan suara dan harapan semua rakyat Malaysia terutamanya daripada Wangsa Maju. Janji ini bukanlah sekadar omong-omong kosong semata-mata kerana saya telah berbuat demikian semasa saya menyandang dan menjadi Wakil Rakyat Parlimen Wangsa Maju pada tahun-tahun 2008 hingga 2013. Saya telah membentangkan dan menyuarakan harapan dan keinginan rakyat Wangsa Maju dan untuk memastikan Kerajaan pada masa itu membantu semua rakyat termasuklah golongan rakyat yang paling lemah dalam masyarakat.

Saya turut mempunyai rekod baik dalam menentang dan mencabar golongan berkuasa dalam Kerajaan, sama ada golongan tersebut adalah individu bertaraf Menteri ataupun pemimpin korporat dan memastikan golongan tersebut bertanggungjawab atas tindakan-tindakan mereka. Suara-suara dan harapan rakyat Wangsa Maju bukan sahaja akan didengarkan dalam Parliemen, tetapi suara-suara tersebut akan saya ikuti dengan tindakan-tindakan positif dan afirmatif. Dalam hal ini saya berpengalaman dalam menyadang dan melaksanakan tugas saya sebagai seorang Wakil Rakyat yang berteraskan pencapaian demi rakyat jelata. Pada masa ini kita memerlukan suatu campuran golongan yang berpengalaman dengan idealisme supaya tugas-tugas pembaikan dapat dimulakan dan diambil tindakan serta-merta.

Saya sesungguhnya percaya bahawa pada masa ini, masalah utama yang dialami oleh rakyat adalah kos kehidupan yang melambung tinggi, penyelenggaraan infrastruktur asas seperti jalan raya, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan keselamatan di Wangsa Maju dan susulannya untuk menjadikan Malaysia sebagai pemimpin di paras antarabangsa.

Kita juga haruslah mengawal dan mengehadkan pembinaan kondominium pencakar langit kecuali dan sehingga infrastruktur asas negara kita ini boleh mengendalikan pembangunan tersebut bagi mengurangkan dan meringankan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius.

Saya akan berusaha keras untuk memastikan Wangsa Maju adalah sebuah kawasan yang selamat untuk didiami untuk anak-anak dan orang yang tersayang kita!

Wee Choo Keong bertekad untuk berkhidmat bagi suara dan harapan oleh dan bagi rakyat jelata. Dengan perpaduan tiada apa-apa yang tidak dapat dicapai termasuklah membetulkan kesalahan dan kesilapan, meningkatkan tahap keselamatan dan lain-lain lagi. Lebih banyak untuk ditindak, lebih banyak untuk disembuhkan, lebih banyak untuk dipulihkan, lebih banyak untuk dibina dan lebih banyak untuk didapati.

Kita juga mestilah menolak politik secara perpecahan rakyat – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sejak kemerdekaan Malaysia melalui onak dan duri, kita telah menikmati kemajuan tetapi proses dan tugas-tugas kemajuan dan pembangunan tidak akan berhenti. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang berada dalam kapal yang sama di mana kita akan mengapung atau tenggelam sebagai sebuah negara.

Pada pendapat saya, saya telah memerhati dan mendapati bahawa YBhg Datuk Seri Shafie Apdal bukan sahaja merupakan seorang pemimpin Sabah tetapi juga untuk keseluruhan Malaysia. Parti-parti politik yang lain selalunya menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin bagi orang Sabah sahaja maka beliau tidak layak dan berupaya untuk memimpin Malaysia. Datuk Seri Shafie adalah seorang pemimpin bertaraf nasional dengan rekod kepimpinan dalam lanskap politik Malaysia selama 35 tahun sebagai Menteri yang menyandang pelbagai portfolio dan adalah berupaya untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di persada antarabangsa dengan wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat. Kita tidak boleh lagi leka dan berpuas hati dengan budaya politik yang lepas, iaitu budaya politik perpecahan dan diskriminasi. Lanskap politik tanah air kita ini telah dikeruhkan oleh budaya-budaya ini dan ia kini memerlukan pendoktrinasian budaya yang lebih bersih dan telus. Kejayaan Malaysia tidaklah hanyalah bergantung kepada segolongan rakyat, lapisan masyarakat yang terpilih, tetapi ia bergantung kepada SEMUA rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Dengan itu, saya sesungguhnya percaya kepada prinsip asas parti WARISAN iaitu:-

“KITA HADIR UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA –  DENGAN PERPADUAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA”

WEE CHOO KEONG

5 November 2022

近些年来, 在下黄朱强频繁收到社会各种族和各阶层人士的使唤为了以团结来打造更好的马来西亚。 以此我非常荣幸在这次选举中被民兴党当选在P116旺沙玛珠竞选。 身为旺沙玛珠的候选人, 我非常荣幸的与你们分享我为2022年全国大选准备的宣言, 并希望旺沙玛珠全体人民能够给予支持让我能够实现此宣言, 打造更好的马来西亚。

黄朱强2022年宣言

民兴党旺沙玛珠候选人黄朱强

社会各种族和各阶层人士都希望建立一个更美好的马来西亚, 只要每一个国人能发挥潜力, 努力地工作, 便可实现这个梦想。我希望年轻一代在毕业后能有一份高收入的工作,跟他们在高等学府所学习的技能相称。

过去的四年里, 马来西亚深受领袖以权谋私的影响, 争着想当时首相和部长的个人野心漠视了人民的困境。最明显的是, 当人民受苦时, 没有一个部长真正给予关心, 尤其是马币兑美元汇率贬值至1998年以来最低水平4.88令吉之际, 财政部长不但不承认我国的经济恶化, 对国行加息的动作还视之为正常。他们似乎毫不在意人民处在水深火热之中,证明了这是个彻底失败的政府!

如果我当选, 我将竭尽全力为民负重, 履行我对旺沙玛珠人民的使命, 即 “为了更好的未来而团结”。我亦会确保下一届政府将聆听人民的心声, 特别是旺沙玛珠的人民。我在2008年至2013年担任旺沙玛珠国会议员时, 经常为这个地区请命, 并且确保当代政府为社会里弱势群体提供帮助。

为了确保政府能够帮助弱势群体, 我在过往经常向部长和企业巨头等权贵发难追根究底。我不但将旺沙玛珠人民的诉求带到国会, 还会积极地跟进后续。我既具备履行国会议员职责的经验, 也曾立下为民争取利益的成就。我们需要经验丰富和理想主义的代议士,以便能立即投入工作。当务之急是解决人民的生活负担, 维持良好的基本建设, 例如道路, 维护人民房屋计划和旺沙玛珠的地区安全并让马来西亚重登世界的佼佼者。对我而言, 我们必须以当今公共设施的应付能力来控制各类高楼公寓的发展, 进而减少旺沙玛珠里交通阻塞的问题。

我将竭尽全力为旺沙玛珠人民服务, 确保它是一个安居乐业的好地方, 给孩子们和心爱的家人一个安全无忧的环境。

我, 黄朱强将负起为民服务、为民请愿的责任。 有了全体人民的团结, 我们既可以纠正过去的过错, 也可以让我们的工作环境更加安全及健康。

同时, 我们不应该区分政治, 将之分裂为沙巴、砂拉越和马来亚。马来西亚自从独立以来陆陆续续经历了许多大风大浪, 处处威胁着大马的和平。相反的, 我们都是马来西亚人。 不管是沉没或前进, 我们并肩同行。

在我眼里, 党主席拿督斯里沙菲益仅是沙巴州的领袖, 其他政党也视他为沙巴州的领导人, 也因此有人认为他无法领导马来西亚。 恰恰相反, 沙菲益是一位优秀的国家领导人,他拥有35年担任各个部长的经验, 足以带领我们的国家迈向更高的水平。 我们不能继续受到过去的政治概念区分和歧视影响。众所周知, 大马当今的政治作风早已陷入淤泥中而严重污染。 处在当今的现状, 我们反而必须做到出淤泥而不染, 让我们靠着的并不是一个或一群人民的努力, 而是靠着全体人民的合作与团结来带给我们的祖国马来西亚的繁荣与成功!

因此, 我赞同民兴党的基本原则:

“我们在这里是为了建立一个国家, 而不是为了一个特定的种族或宗教。我们相信上苍,上帝, 我们必须团结”。

黄朱强

2022年11月5日

5 November 2022

I heard the calling for UNITY for a better Malaysia and on this I was picked by Warisan to contest in Wangsa Maju. As a candidate for P116 Wangsa Maju, I am really pleased to share with you my manifesto for this general election. I count on your support for a better Malaysia.

Wee Choo Keong’s Manifesto for GE15 2022

Wee Choo Keong, the Warisan candidate for Wangsa Maju.

I heard a calling from all races and strata of society for a better MALAYSIA, where every hardworking Malaysians can fulfil his or her ambition.  I want to see especially young Malaysians having good jobs & salaries after graduation that commiserate with their knowledge and skills which they acquired from their places of higher learning.

For over four years, Malaysia was bogged down with power grabbing, personal ambition to become Prime Minister and Ministers instead of looking into the plight of the Rakyat.  A clear example is that no Ministers seem to care how and when the Rakyat are suffering. When the Ringgit took a nosedive against USD (RM4.88 to one USD), the worsening state of economy and Bank Negara’s increased interest rates, the Ministry of Finance (MOF) said it is normal, showing they have no empathy for the Rakyat on the street which is worse than not caring!

This is a clear sign of a *”Kerajaaan Gagal”!  I recognise that we are facing challenging times right now.  I know a lot of people are having it tough but I am optimistic about our country.  I believe in the Malaysian people and I am energised by the work of building a better future. 

Unity for Better Future will be my mission if I am elected to be your Elected Representative. I will make sure that the new Government will listen to all Malaysians especially the voices from Wangsa Maju.  This was what I did when I was the Wangsa Maju Member of Parliament (MP) from 2008 -2013 – that is by speaking up for Wangsa Maju – to ensure that the Government will help even the weakest in the society. 

I have a track record to take on the powerful, like Ministers and Corporate leaders, and make them accountable.  The voices in Wangsa Maju will not only be heard in Parliament but I will follow through with affirmative and positive actions.  I have experience in performing my duties as MP thus proven of achieving for the people.  We need a mixture of experience and idealism so that we can get on with the job immediately.

The urgent thing on the plate is the cost of living, maintaining of basic infrastructures like roads, proper upkeep of Program Perumahan Rakyat (PPR), and security in Wangsa Maju and to make Malaysia the leading force in the world.

We must control the building of highrise resident condos unless our existing infrastructures can cope up with the development otherwise there be traffic congestion and etc.

I will work hard to ensure that Wangsa Maju is a safe place to live in and safe for our children and loved ones to move around in peace.

WEE stands for service, voice of and for the people.  With unity we can do great things, we can right wrongs, make work secure and much more.  Much to do, much to heal, much to restore, much to build and much to gain. 

We must move away from the politic of division – Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak.  Since our Independence through storm and strife in peace, we have come so far but we still have far to go.  We are all Malaysians who will sink or swim together as a nation.

I see YBhg Datuk Seri Shafie Apdal as a leader not only for Sabah, but for Malaysia.  Other political parties would like to paint a picture that he is only for Sabahan and therefore he cannot lead Malaysia.  Datuk Seri Shafie is a good national leader with proven track record of 35 years as our Minister for various portfolios and is capable to lead this nation to a majestic height.  It requires the most elusive of all things in a democracy – Unity.  We can no longer be complacent with the politics of past, i.e. politics of division and discrimination.  The political life in our country has ploughed in muddy channels and needs the infusion of clearer and cleaner waters.  Malaysia’s success depends not on any of us , not on some of us but on ALL of us.

On this note, I subscribe to the basic principle of WARISAN:

“WE ARE HERE TO BUILD A NATION – UNITE WE MUST”

Wee Choo Keong

5 November 2022

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top