Letter to Datuk Bandar Kuala Lumpur re: the stinking, maggots-infested rubbish in Section 2

Wee Choo Keong S.M.K
Ahli Parlimen Wangsa Maju
c/o Wee Choo Keong & Faaiz
P.O Box 11439, 50746 Kuala Lumpur
Tel: 03-21619688, Fax: 03-21637633

 Dengan Faks 26919664 / Serahan Tangan

11hb April, 2008

Yg Bhg Dato’ Ab Hakim Bin Borhan
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 27, Bangunan DBKL
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur 

 

Yg. Bhg. Dato’,

PER: RUMAH SAMPAH MILIK DBKL DI SEKSYEN 2 WANGSA MAJU DAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman Yg. Bhg. Dato’, saya telah menerima aduan daripada penduduk di Wangsa Maju dan juga daripada kawasan Parlimen yang lain bahawa rumah-rumah sampah milik DBKL didapati tidak diselenggarakan dengan baik terutamanya di Seksyen 2 Wangsa Maju. Ini telah menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan tidak menyenangkan serta amat tidak “hygenic” kepada wargakota di sekitar kawasan tersebut yang terpaksa menghidu bau busuk yang amat kuat, dihurungi oleh ulat sampah (maggots), lalat serta lipas, tikus dan anak ular berkeliaran di sekitar kawasan rumah sampah tersebut.

Adakah ini merupakan ciri-ciri World Class City yang diimpikan oleh pihak DBKL?

Perkara di atas amatlah tidak selaras dan jelas bertentangan dengan hasrat DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur bandaraya bertaraf dunia (World Class City). Jika tahap kecekapan perkhidmatan dan pengurusan serta mentality kakitangan DBKL terutamanya pegawai atasan tidak berubah, saya percaya Kuala Lumpur tidak akan mencapai tahap yang diimpikan bahkan boleh menjadi lebih teruk daripada negara mundur seperti di Afrika.

Saya juga difahamkan bahawa Jabatan Pembersihan Bandar DBKL telah mendapat peruntukkan yang besar bagi tujuan penyelenggaraan rumah-rumah sampah di sekitar Kuala Lumpur. Yang menjadi persoalannya, ke manakah peruntukkan tersebut disalahgunakan?

Saya bersama dengan 2.6 juta wargakota amat kecewa dengan tahap perkhidmatan yang disediakan dan mentality DBKL yang telah gagal sepenuhnya dalam menjaga kebajikan sosial penduduk wargakota dan saya sebagai Ahli Parlimen terpaksa memainkan peranan utama tetapi pihak Pejabat Yg. Bhg. Dato’ yang mendapat ganjaran (gaji). Ini adalah hakikat ketara yang tidak boleh diterima oleh sesiapapun.

Saya amat berharap pihak Yg. Bhg. Dato’ menyedari bahawa DBKL adalah satu organisasi yang kian tenat dan bermasalah dari segi perkhimatan dan pengurusan sosial sejak bertahun-tahun dahulu.

Saya memohon jawapan dan maklumbalas dari Pejabat Yg. Bhg. Dato’ dalam masa 3 hari dari tarikh surat ini (Delivery Time).

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

WEE CHOO KEONG, S.M.K
Ahli Parlimen Kawasan Wangsa Maju

Sk: Penduduk-penduk Wangsa Maju – melalui blog www.weechookeong.blogspot.com

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top