Kertas siasatan Hasbie Satar telah diserahkan kepada AG

PERTANYAAN         :         LISAN

DARIPADA             :         TUAN WEE CHOO KEONG

(WANGSA MAJU)

TARIKH                  :         23 NOVEMBER 2010

SOALAN:

Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta PERDANA MENTERI menyatakan keputusan daripada siasatan yang dijalankan oleh SPRM mengenai skandal Perlombongan Pasir Selangor yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan apa tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terlibat.

JAWAPAN: YB LIEW VUI KEONG,

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Y.B. Wangsa Maju, setakat ini dua individu telah dituduh di mahkamah berhubung dengan amalan rasuah dalam kes kecurian pasir di negeri Selangor.

SPRM masih menjalankan siasatan dan menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya berhubung dengan beberapa kes yang melibatkan kecurian pasir tersebut.

Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan:

Saya difahamkan bahawa Ahli Exco YB Ronnie Liu telah melantik En Wong Swee Leong sebagai Pengurus Pasaran, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan menjalankan pelbagai kegiatan di Selangor. En Wong telah memberi harga khas untuk pasir kepada  sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.  Saya amat hairan dengan SPRM menggunakan masa yang panjang untuk menyiasat kes ini dan kes En Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan II.

Apakah tindakan telah diambil atau akan diambil terhadap mereka?

Jawapan:

SPRM telah menyerahkan kertas siasatan untuk En Hasbi Satar kepada Pejabat Peguam Negara untuk keputusan and siasatan terhadap beberapa orang masih dijalankan oleh SPRM.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top