Updates: 25-11-2009 @ 5:20 petang
[Pembantu saya, En Yakob, telah beberapa hari cuba menhubungi dengan Timbalan Pengarah Pejabat Perumahan DBKL, Tuan Hj Sukiman, mengenai dengan rumah ppr untuk mangsa kebakaran, tetapi gagal. Pada petang ini, pembantu saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pegawai beliau, En Shahrin, bahawa Pejabat Perumahan akan menhantarkan minit mesyuarat mengenai dengan kes kebakara ini kepada Ketua Pengarah DBKL untuk tindakan selanjutnya.
Saya amat kesal dengan tindakan yang lambat oleh pihak DBKL melaksanakan pemberian rumah ppr untuk mangsa kebakaran tanpa perihatin dan sensitif terhadap seorang umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Haji pada hai Jumaat ini. Saya harap pihak Datuk Bandar KL akan menunaikan slogan YAB PM, “Rakyat Didahulukan” dengan memberikan rumah ppr kepada mangsa kebakaran dengan segara.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat Islam dan Selamat bercuti kepada rakan-rakan daripada kaum lain.
Terima Kasih.
Wee Choo Keong]
Ada satu kebakaran di Kg Setia Jaya Wangsa Maju semalam lebih kurang jam 10. Mujur tiada melibatkan kehilangan nyawa walaupun kehilangan hartabenda cukup besar iaitu 3 buah kenderaan dan lain-lain telah musnah dalam kebakaran tersebut.
Saya berjumpa dengan mangsa, Tuan Hj Yusop dan keluarganya, dan beliau berada dalam keadaan baik. Pada sekarang beliau telah dapat bantuan daripada DBKL, Jabatan Kebajikan, Baitumal, Bulan Sabit Merah serta Bekas-Bekas Parajurit. Saya meminta bantuan daripada Tuan Hj Jamil, Pengurus DBKL Cawangan Wangsa Maju, untuk memberikan sebuah flat PPR kepada Tuan Hj Yusop. Pengurus DBKL tersebut telah bersetuju untuk mencari satu flat PPR untuk Tuan Hj Yusop dengan segera.
Saya mengambil sempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak berkuasa tersebut khasnya Pengurus DBKL cawangan Wangsa Maju, Tuan Hj Jamil, dan kakitangannya, En Sarip, yang telah memberi bantuan dan sokongan dengan sepenuhnya.
Kami akan berusaha untuk mengutip derma bagi Tuan Hj Yusop dan keluarganya. Saya juga akan memberi segala bantuan kepada Tuan Hj Yusop dari segi tuntutan insuran terhadap kenderaanya dan lain-lain.
Terima kasih.