Ganguan bekalan air di Seksyen 1 & 2 di Wangsa Maju

Water disruption Section1 Wangsa Maju
Ganguan bekalan air di Seksyen 1 & 2 di Wangsa Maju

Updates jam 1:00 pagi 03-01-2013:  Saya cuba beberapa kali berhubung dengan pengarah di Ibu Pejabat TNB Wilayah Persekutuan melalui sms mengenai ganguan letrik di Seksyen 2 Wangsa Maju tetapi sehingga kini masih tiada apa-apa respon langsung dari beliau. Respon dari pihak TNB dalam semasa “black out” adalah penting untuk pengguna-pengguna di kawasan tersebut. Di laman web TNB pun tiada apa-apa maklumat terkini mengenai status kejadian “black out” di mana-mana kawasan. Inilah tahap “perkhidmatan” yang sentiasa dibangga-banggakan oleh TNB. Adakah ini setaraf dengan motonya “continuing goal to provide services to the national needs …” ?

Walaubagaimanapun saya telah membuat satu laporan rasmi kepada TNB terhadap “Blackout” tersebut tetapi pegawainya tidak dapat memberikan maklumat jangka masa bekalan dapat dipulihkan.  Semasa menulis updates ini pada jam lebih kurang 1:25 pagi saya mendapat satu pangilan daripada Call Centre TNB, En Mohd Zahir, yang memaklumkan bahawa bekalan letrik di kawasan tersebut telah dipulihkan. Sekian, terima kasih.

Updates jam 11:05 malam 02-01-2013: Malam ini nampaknya bukanlah satu malam yang menceriakan bagi penduduk-penduduk di Wangsa Maju terutamanya di Seksyen 2 kerana sebaik sahaja selepas bekalan air telah dimulakan, bekalan letrik pula tergangu di Seksyen 2, Desa Setapak. Saya telah menghubungi TNB Wilayah dan pegawai tersebut sedang meneliti perkara ini. Beliau akan menghubungi saya semula dalam masa terdekat. Satu updates akan dilaporkan disini. Terima kasih.

Updates jam 10:30 malam 02-01-2013: Alhamdulilah! Bersyukurlah kita semua bahawa rumah pam untuk Wangsa Maju dimaklumkan telah mula beroperasi tetapi perlu masa sedikit untuk dapat menyalurkan bekalan air dengan sempurna. Untuk masa sekarang dimaklumkan bahawa bekalan air tidak bersih sepenuhnya. Saya masih menunggu laporan terkini dari pihak Syabas bagi memastikan keadaan bekalan air di Wangsa Maju. Saya turut sedih dengan keadaan tersebut dan bersimpati degan penduduk-penduduk yang terlibat. Selamat malam.

Updates jam 4:30 petang 02-01-2013:  Kami baru dimaklumkan oleh penduduk-peduduk dikawasan tersebut bahawa mereka telah mendapat bekalan air sementara sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak Syabas dan pihak Syabas juga bersetuju untuk membuat penghantaran tambahan bekalan air bagi kegunaan untuk penduduk-penduduk yang terlibat.  Bagi pihak penduduk-pendudk tersebut kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Syabas yang mengambil tindakan terhadap perkara ini. Kami juga berharap rumah pam yang terjejas dapat dipulihkan sepenuhnya dengan secepat mungkin.

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SEKITAR WANGSA MAJU DISEBABKAN KEROSAKAN RUMAH PAM DI KAWASAN WANGSA MAJU.

Pagi ini pihak kami banyak menerima aduan dari penduduk-penduduk sekitar Wangsa Maju mengenai ketiadaan bekalan air semenjak petang hari Isnin 31 Disember 2013 hingga sekarang.

Untuk makluman semua pagi ini pihak kami telah menghubungi pihak Syabas, Pejabat Ketua  Wilayah Gombak dan pegawai berkenaan mengesahkan berlakunya gangguan bekalan air di sebabkan berlakunya kerosakan di rumah pam di Wangsa Maju pada 29 Disember 2012 dan telah pun dibaiki tetapi pada 31 Disember kerosakan berlaku semula hingga ke hari ini.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa kebanyakan kawasan dalam Wangsa Maju, terutama di kawasan Seksyen 1 , 2 serta Desa Setapak adalah terlibat yang merupakan sebahagian daripada 58 kawasan lain yang terlibat sama dengan gangguan bekalan air tersebut.

Pegawai berkenaan juga  mengesahkan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan sekarang tetapi tidak dapat mengesahkan bilakah kerosakan tersebut boleh di pulihkan sepenuhnya. Pihak kami akan sentiasa menghubungi pihak Syabas bagi mendapatkan maklumat terkini dan akan memaklumkan kepada penduduk-penduduk melalui laman blog ini.

Pihak kami juga telah meminta pihak Syabas membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat sehingga bekalan air pulih sepenuhnya dan pihak Syabas telah bersetuju untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas. Pihak syabas telah mengarahkan kakitangannya untuk membekalkan air kepada kawasan terlibat.

Pihak kami memohon maaf diatas segala kesulitan.

Untuk maklumat terkini sila berhubung dengan pembantu khas saya, En Yacob: tel bimbit: 0122186929 atau pejabat 41433322.

Terima kasih.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top