Timbalan Menteri Pengangkutan: "AirAsia tidak pernah diberikan hak keistimewaan berhutang cukai lapangan terbang (airport tax)!"

01 Disember 2009

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] minta Menteri Pengangkutan menjelaskan sebab mengapakah Air Asia diberi hak keistimewaan berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) RM65 juta (setakat 28-02-2009) dan apakah tindakan MAHB yang telah diambil terhadap AirAsia untuk mendapatkan bayaran hutang tersebut dan apakah jumlah hutang terkini?

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] asks the Minister of Transport to state why AirAsia had been given a special privilege to owe airport tax amounting to RM65 million (as at 28-02-2009) when other airlines were not accorded a similar privilege; and what actions have MAHB taken against AirAsia for the airport tax debt and what is the total current airport tax owed by AIRASIA to-date?

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman, AirAsia tidak pernah diberikan sebarang hak keistimewaan berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) sebanayak Rm65 juta. Sebaliknya, AirAsia dan MAHB mempunyai beberapa percanggahan. Dalam hubung ini,, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yagn berjumlah RM112.06 juta.

Soalan Tambahan:

Terima kasih Tan Sri Yang  Di Pertua dan YB Timbalan Menteri,

Latar belakang:

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa pada 20 hb Mei 2008 Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Yang Mulia ini  bahawa AirAsia telah berhutang airport tax berjumlah RM110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008.

Pada 28-02-2009 Kementerian Pengangkutan mengesahkan di dalam Dewan yang Mulia ini bahawa jumlah hutang airport tax AirAsia adalah turun kepada RM65 juta. Saya percaya bahawa jumlah RM65 juta adalah selepas diskaun yang diberikan kepada AirAsia oleh MAHB. RM65 juta hutang airport tax adalah telah bibayar oleh pelangannya dan diskaun tersebut seharusnya diberi kepada pelangannya dna bukan kepada AirAsia.

“Dispute” antara AirAsia dan MAHB tidak bersangkut paut dengan Airport Tax kerana Airport telah dibayar oleh pelangannya. “Dispute” tersebut perlu diselesaikan antara dua pihak. Ahli-ahli Yang Berhormat mesti memahami bahawa Airasia adalah sebagai “collecting agent” untuk mengutip Airport Tax daripada pelanggannya dan membayar kepada MAHB tanpa diskaun atau potongan.

Kementerian Pengangkutan pun sedar bahawa AirAsia sentiasa berkempen melalui pengiklanan dalam surat khabar dan online untuk menjual ticket penerbangannya berbulan-bulan atau bertahun-tahun “in  advance“. Saya tidak ada niat untuk menyekat business model AirAsia. Tetapi saya amat kuatir dengan “modus operandi”nya dimana AirAsia boleh berhutang airport tax (semejak ia ditubuh) yang telah dibayar oleh pelanggannya secara tunai. Ini adalah satu bukti jelas bahawa AirAsia adalah syarikat yang tenat dan perlu kemudahan daripada kerajaan melalui MAHB menutup mata mengenai dengan hutang Airport Tax semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2002 sehingga bulan lepas.

Jualan tiket in advance adalah sama dengan “deposit taking” tidak berlesen yang dihalang oleh Bank Negara untuk menjaga kepentingan rakyat.

Saya mendapati bahawa “low cost carrier” (King Fisher) di Amerika, India dan baru ini low cost carrier “Oasis” di Hong Kong telah digulung tikar dan ramai pelanggan telah terjejas kerana mereka tidak boleh mendapat balik wang yang mereka telah bayar “in advance’.

Tan Sri Yang di Pertua,

Soalan tambahan saya adalah berikut:

1.  Adakah Kementerian akan menetap satu makanisma atau prosedur untuk mengawal “advance selling of plane tickets” supaya kepentingan awam dipertahankan iaitu jumlah wang rakyat terhadap “forward buying of plane ticket will be guaranteed at all time” dan penting sekali untuk mengelakan mengunakan wang rakyat untuk “bailout” sekiranya pada satu masa AirAsia tidak mampu menunaikan obligasi kewanganya iaitu digulung?

2.  Kenapakah diskaun berjumlah RM45 juta hutang Airport Tax di bayar kepada AirAsia walaupun Airport Tax tersebut telah dibayar oleh pelangannya?

Jawapan Timbalan Menteri kepada soalan tambahan:

Jumlah hutang Airport Tax oleh AirAsia RM132.1 juta dan MAHB dan AirAsia bersetuju bahawa AirAsia perlu membayar RM111.6 juta selepas potongan RM25 juta sebagai “incentive”.  Daripada RM25 juta, RM21 juta diberikan kepada AirAsia dan RM4 juta kepada AirAsia –X.  Amaun yang diberikan kepada AirAsia adalah untuk menghargai AirAsia mempromosikan industri pelancongan.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top