CEO MAIWP mengelirukan para penduduk Kg Setia Jaya!

CEO MAIWP, Tuan Hj Anan b Hj Muhamad

MAJLIS SUMBANGAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN UMNO WANGSA MAJU.

Pada 17-12-09 yang lalu telah berlangsung satu majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Setia Jaya iaitu keluarga Pak Yusuf dan keluarga serta mangsa-mangsa pokok tumbang akibat kejadian angin ribut di sekitar Kuala Lumpur.

Dimaklumkan majlis tersebut adalah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Umno Wangsa Maju. Sumbangan tersebut akan di lakukan sendiri oleh YB Datuk Major Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta para pegawai dari (MAIWP). Dimaklumkan juga majlis tersebut akan turut di hadiri oleh Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri.

Tetapi malang nya kedua-dua VIP tersebut tidak hadir dan yang hadir hanyalah CEO kepada MAIWP. Iaitu Tuan Hj. Anan B. Muhamad.

Dalam ucapan beliau memberi alasan bahawa YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis kerana beliau perlu mengulung perbahasan untuk Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri dan meminta beliau bagi mewakili menteri bagi  meyampaikan sumbangan dan Datuk Shafie Abdullah ada satu perjumpaan dengan Perdana Menteri.

Kedua-dau alasan adalah tidak benar langsung. Untuk makluman umum, perbahasan Bajet semua jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diselesaikan dua minggu dahulu dan Perdana Menteri telah berlepas ke Copenhagen bagi menghadiri Conference Climate Change pada 15-12-2009. Ini adalah bukti yang jelas bahawa CEO MAIWP telah menipu para penduduk di Kg Setia Jaya dalam ucapannya.

Bagi CEO MAIWP yang menyampaikan berita palsu dalam satu perkara yang kecil ini adalah memalukan kepada kedudukannya dalam sebuah organisasi Islam. Namun sebagai seorang berugama Islam yang arif tentang ajaran Islam beliau seharusnya melaksanakan tuntutan agama Islam dan meletakan jawatannya kerana beliau tidak layak lagi menjadi peminpin dalam MAIWP.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top