Pengkhianat dan Perompak Negara” Part 2

Updates @ 10:00 pm 23-3-2012: Yours truly will be posting AJ & Rashdan: “What cost cutting?” & Rashdan abused of power – Part 4 later tonight.

Pernyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Part 1 diSINI.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dan yang lebih penting kita perlu ada satu jawatankuasa atau satu komiti untuk memutuskan apa-apa pelaburan, apa-apa investment yang berjuta- juta ringgit daripada Khazanah.

Saya hendak teruskan. Bukannya jual MAS Catering sahaja. Tan Sri Mat Nor ini jual apa lagi? Kompleks MAS di Sepang yang mengandungi 32 bangunan MAS yang dibina oleh MAS pada tahun 1998 dengan beratus-ratus juta ringgit. Dijual untuk hendak jadikan MAS ini sebagai satu asset light airlines. Bagus tetapi akhirnya kemudian menandatangani pula untuk satu list agreement dengan satu syarikat yang bernama Asset Global Network Sdn. Bhd. Tidak apa. Okey, bagus. Untuk berapa lama? Selama 57 tahun, 57 years, dengan izin.

Inilah yang sekarang sudah jadi Pengerusi MAS pula. Sudah naik standard. Dengan berapa sewaannya, dengan berapa sewaannya? RM78.8 juta pada masa sekarang setahun. Pada tahun yang akhir 2059 masa itu saya rasa Ahli Parlimen di sini pun sudah kemungkinan kita pun tidak ada dalam dunia ini. 2059 pada masa itu berapa, pada masa itu berapa? Jumlah RM125 juta setahun. Bagaimana MAS hendak boleh untung? Yang untung-untungnya semua bocor ke sini. Inilah kepintaran Bina Fikir ini yang di bawah Tan Sri Azman Mokhtar ini. Tidak apa. Yang dibuatkan semua ini, tidak apa. MAS ini memang sudah baik, sudah pulih.

Selepas itu pada tahun 2008, semasa Tan Sri Azman Mokhtar di Khazanah Bina Fikir ini yang diwakili pada masa itu yang diketuai pada masa itu oleh Mohamad Rashdan bin Yusof ini dijual kepada salah satu GLC kerajaan Maybank Berhad dengan harga RM8 juta, RM8 juta. Bina Fikir sebuah consultancy firm. Daripada 2001 sehingga 2008 dalam lapan tahun, setahun dia boleh nilainya RM8 juta termasuklah jualan Rashdan pun kroni-kroni Tan Sri Azman itu masuk ke dalam Maybank tapi tidak berapa lama ditendang keluar Rasydan. Ke mana terus?

Tendang keluar disambut dengan open arm oleh siapa? Tan Sri Azman Mokhtar dalam Khazanah sebagai Investment Director. Wah, pintar pula. Dalam dunia ini tidak ada sudah orang yang lebih baik yang lebih berwibawa dalam negara kita. Tidak adakah? Kena bawa konco dia masuk tetapi ada yang penting. Untuk apa, untuk apa? Untuk tujuan hendak bagaimana hendak cannibalize MAS. Hendak buat MAS pula sekali lagi untuk satu asset light airlines sekali lagi. Sebelum itu saya menyeru MACC dan semua agensi kerajaan untuk menyiasat transaksi terhadap MAS Katering dan penjualan kompleks MAS oleh Tan Sri Md Nor ini salah seorang pengkhianat negara juga ini. Memang betul pun dan selepas itu apa terjadi. Tiba-tiba kita semua dalam negara okey, MAS okey tetapi pada masa itu memang ada media kempen MAS ini dalam keadaan teruk, media kempen masuk dalam Star. Oh, MAS ini sudah hancur. Media kempen. News portal pun Malaysian Insider kempen terus terhadap MAS.

DR 19.3.2012 103

Tidak apa, kita tidak nampak lagi agenda mereka. Tiba-tiba pada 6 Ogos satu breaking news daripada Malaysian Insider. Wah ini satu news portal yang amat hebat. Dia semua tahu. Makluman yang ditulis dalam 6 Ogos 2011 itu amatlah with clinical accuracy, dengan izin. Clinical accuracy. Bersatu demi saham, berapa saham Tony Fernandes dapat berapa saham, AirAsia dapat berapa saham, MAS, Khazanah dapat berapa saham? Dua saham MAS tukar kepada satu saham AirAsia dan Tengku Azmil pun akan dipecat dalam 24 jam dan lain-lain. Kita pun baca, kemungkinan ini satu benda yang palsu.

■1720

Tiba-tiba pada hari Isnin 8 hari bulan, saham MAS dan saham AirAsia telah disuspend, digantung kerana ada announcement. Pada 9 Ogos, Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Md Nor, Rashdan datang sain agreement iaitu agreement MAS-AirAsia share swap – ‘S-U-A-P’ lah, saya nampak sekarang ini. Tan Sri Azman Mokhtar…. Wah! menguar-uarkan inilah terbaik untuk MAS, untuk hendak save MAS, untuk menyelamatkan MAS dan mereka menggunakan perkataan yang baru pula. Sekarang ini bukan MAS Airline. Sekarang ini jadi comprehensive corroborative framework. Fuh! Perkataan besar dan saya pun tidak berapa faham. Ini untuk consultant sahajalah menggunakan CCF perkataan pendek. Selepas itu apa berlaku? Apa yang terjadi kepada MAS? Bukannya untuk menyelamatkan MAS tetapi semata-mata untuk menyelamatkan AirAsia yang kita nampak.

Pada 14 Ogos 2011 – sebelum itu Tony Fernandes telah membeli Queens Park Rangers Football Club (QPR) di London. Pada 14 Ogos 2011 – tujuh hari sahaja, konco Tan Sri Azman Mokhtar ini lari ke London. Untuk apa? Untuk membayar atau untuk menandatangani satu sponsorship agreement bernilai RM18 juta untuk home jersey QPR. Sedangkan Genting membayar kepada Aston Villa RM17 juta sahaja dalam masa yang sama untuk dua tahun. Home and away dan semua publicity tetapi MAS membayar RM18 juta dan yang dapat away advertisementnya, belakang dan depan… [Menunjuk belakang dan depan baju] Adalah AirAsia. Boleh dapat semua advertisement dan dibayar oleh MAS. MAS cuma di Loftus Road, dalam stadiumnya sahaja. Inikah untuk menjaga kepentingan MAS? Memang tidak. Pada masa itu MAS dalam keadaan bleeding, dengan izin. In a state of bleeding, sakit. Luka yang teruk, yang parah tetapi boleh menggunakan wang sebanyak itu. CCFlah…. CCF.

Selepas itu benda ini sudah terbongkar dan Tan Sri Azman berkata dia sokong. Ini adalah pelaburan yang sangat baik, yang membawa nilai yang banyak. Pada masa itu QPR kena 4-0. Memalukan! Sekarang saya rasa QPR pun tidak lama jatuh ke division ten. Pada lima atau enam hari kemudian, di Hilton Hotel, kami bertemu dengan Tan Sri Azman Mokhtar. Dia di dalam keadaan yang teruk sebab mendapat tekanan, dihentam dalam blog dan sebagainya. Beliau berjumpa dengan bloggers termasuk saya, Rocky Brew, another big… outside the box, apa nama dan Malay Mail. Apa dia cakap bila kita tanya mengenai dengan share swap ini? Dia sendiri bercakap bahawa ini AirAsia X Sdn. Bhd. punya 10% option. Untuk membeli 10% AirAsia X Sdn. Bhd. ini adalah a dodgy deal. Baguslah kita dengar a dodgy deal ini.

DR 19.3.2012 104

Memang, kalau a dodgy deal memang kita tidak akan beli tetapi beliau terus melantik consultant pula. Invest Stanley Morgan Investment Bank untuk menilai saham AirAsia X Sdn. Bhd. dan sekarang beli juga. Apa ini? Pada 24 Ogos 2011 apa MAS buat di bawah Rashdan, kroni kepada Tan Sri Azman ini? Apa dia buat? Sebelum itu dia terus terminate Firefly punya full load flight. Pada masa perayaan hari raya, beribu-ribu pelanggan jammed. Semua perlu ke AirAsia X. Bukankah ini menjejaskan pendapatan Firefly? Akhirnya kepada MAS. Tidak mengapa.

Pada 24 Ogos 2011, Rashdan ini juga menamatkan routes daripada Johor Bahru ke Kuching dan ke Kota Kinabalu. Ini adalah route yang amat profitable sekali. Routes itu diberhentikan, kerana apa? Kerana route Firefly ini telah threaten the existence of AirAsia dan AirAsia X. Pada bulan September, satu pengumuman telah dibuat oleh Rashdan bahawa Firefly Jet Services perlu ditutup. Kenapa? Firefly ini telah untung banyak sehingga staf mereka telah mendapat lapan bulan bonus tetapi konco-konco ini boleh beritahu kepada PAC, Yang Berhormat Kota Belud ada, kata Firefly rugi RM89 juta. Saya harap kementerian juga siasat perkara ini. Buat satu audit sama ada benar atau tidak dan PAC tolong siasat dengan baik perkara ini.

Pada Oktober 2011, timbul satu masalah yang amat besar untuk MAS di mana Rashdan pada masa itu melantik satu consultant firm yang bernama PlaneConsult ini. PlaneConsult ini juga konsultan kepada AirAsia dan juga AirAsia X. MD kepada PlaneConsult ini siapa? Corner McCarthey. Dia menjadi Direktor dan co-founder of AirAsia. Sekarang menjadi konsultan dalam MAS. Oleh sebab itulah jadi huru- hara. Conflict of interest! Pelbagai conflict of interest. Nanti saya akan terangkan satu persatu.

Pada 4 Januari 2012, pada Oktober itu untuk panggil dia review sahaja. Pada 4 Januari 2012, PlaneConsult ini formerly dengan rasminya dilantik sebagai konsultan kepada MAS. Tempohnya sehingga 30 April 2012, tidak berapa lama lagi. The working method adalah untuk “to identify individual to head division in MAS after MAS has been restructured”. Consultant feenya berapa? RM2.5 juta atau Euro 651. Ini tidak termasuk value added tax, tidak termasuk duty, tidak masuk hotel charges, makan dan salary pun tidak masuk lagi itu. Kontraknya saya ada. Kalau mereka berani nafi, semua dalam blog saya. Dia berani nafi, kita akan keluarkan semua perjanjian itu. Apa yang lebih aneh. Sebagai MD, dia punya CEO MAS boleh melantik direktor di dalam PlaneConsult bernama Shane Nollan.
■1730

Sebagai apa? Commercial Director of MAS. Acting Commercial Director of MAS. Berapa ratus ribu dibayar? Saya percaya sekurang-kurangnya RM50,000.00 hingga RM100,000.00 sebulan. Tidak termasuk dalam itu consultancy fees charge dan sejam consultancy fee chargenya, berapa, 500 Euro, untuk corner? ini dan pegawai seperti Shane Nolland ini termasuk seorang lagi Andy Holmes juga masuk dalam MAS. Dia hendak pulihkan okey kita kata baik tetapi nampaknya semua conflict of interest. Yang dia identify individu-individu dari mana? Daripada AirAsia semua.

DR 19.3.2012 105

Yang pertama, mereka identify siapa? Norzalida Ahmad. Dia siapa? Niece of Datuk Kamarudin Melanun, ‘Meranun or Melanun’ tidak sure… [Disampuk] Melanun…? Okey, saya percaya Yang Berhormat Kota Belud, Melanun. Niece kepada dia, dan juga adik kepada siapa? Zaman Ahmad, sekarang ini Director of Passenger Experience and Technology. Dalam mana?… AirAsia, yang pertama.

Yang kedua, pada akhir bulan Februari, lantik PlaneConsult, was identified, siapa? Azhari Dallan sebagai ketua kepada MAS Engineering. Dari mana? AirAsia. Yang ketiga ini lebih penting. CFO satu jawatan yang amat penting dalam MAS. Boleh dikatakan The Heart of MAS, dengan izin. Lantik siapa? Rozman bin Omar sebagai CFO, dari mana? AirAsia juga. Saya dengar-dengar tidak lama lagi hendak masuk Kathleen Tan, hendak masuk semua kepada MAS. Inilah CCF dia orang.

Jadi, saya sangat itu aneh dan saya amat khuatir kepada MAS sekarang dan apa terjadi? Tindakan yang hendak diambil sekarang untuk apa? Hendak restructure MAS hendak tubuhkan satu syarikat yang baru – MAS Sdn. Bhd. yang akan ditubuhkan pada – start operasinya 1 Mei 2012 tetapi sebelum itu baru-baru ini kita dapat khabar dalam surat khabar bahawa AAX Sdn. Bhd. telah terminate dia punya flight daripada London, Paris dan Mumbai kerana fuel cost tetapi dulu tidak complaint fuel sebab cost yang sama. Dapat untung banyak tinggi sekarang kerana fuel cost.

Saya percaya dia sudah hendak lingkup sudah. So, 30,000 passenger ini diuplift oleh siapa, oleh MAS dan kita sudah tahu saya sudah ada bukti keluar dalam blog laporan polis sudah dibuat di Kampung Baru, Subang. Report number pun sudah ada 1080 pada 16 Mac 2012. Sehingga hari ini polis masih tertidur tidak ambil tindakan. Sampai statement saya pun tidak dirakam. Inilah bersekongkol.

Tuan Yang di-Pertua: Masa Yang Berhormat, masa.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Belum lagi Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat apa belum lagi. Apa yang tertulis di sini

4.58 petang

mulai sekarang sudah 5.34 petang.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua saya untuk lima minit hendak gulung, gulung. Hendak gulung sekarang saya sudah.

Tuan Yang di-Pertua: Okey saya bagi satu dua minit lagi.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Okey, okey itu panjang juga seperti Yang BerhormatSri Gading itu. Tuan Yang di-Pertua, yang penting ini MAS uplift passengernya. AirAsia X punya passenger dengan zero fare, kosong fare. Berapa ribu? Ada 30,000. Sekarang Texas pula cancel berapa puluh ribu pula. Bukankah ini satu konspirasi terhadap MAS oleh konco-konco Azman Mokhtar, oleh plane consult Mat Saleh ini. Untuk menghancurkan MAS.

Ahli-ahli Yang Berhormat fikir dengan baik ya. MAS ini adalah satu ikon negara kita. Satu national carrier kita. Jangan biarkan MAS kita dihancurkan oleh puak-puak ini termasuk Azman Mokhtar, Rashdan. Berhentikan semua kegiatan. Jangan tubuhkan new co ini kenapa hendak tukarkan nama MAS dan gunakan MAS Sdn. Bhd. yang digelarkan oleh Rashdan, My Airline, My Set Up, you want to join me. Who is he? He is itu konco itu Azman Mokhtar and seorang pengkhianat negara, perompak negara.

DR 19.3.2012 106

Saya harap MACC, MYCC, SC, Bursa Kuala Lumpur ambil tindakan dengan segera dan sampai hari ini SC, Bursa KL masih belum ambil apa-apa tindakan terhadap share swap ini di mana harga saham AirAsia itu naik melambung sebelum share swap itu pada 9hb Ogos dan selepas itu dia buka share itu jatuh harganya. Mesti ada insider trading dan Yang Berhormat Pasir Salak pun setuju, Yang Berhormat Kota Belud pun setuju dan Yang Berhormat Menteri kenapa sampai hari ini belum ada jawapan daripada SC.

So, saya harap SC ambil tindakan terhadap ini dan saya merayu kepada Perdana Menteri beliau telah menyatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan untuk reverse. Memang baik kita semua setuju untuk menjaga kepentingan MAS. Jangan diberi perompak ini Rashdan, Tan Sri Md. Nor, Azman Mokhtar bukan perompak sahaja, pengkhianat negara. Hancurkan MAS. Now they are robbing and wrapping MAS. Wrapping MAS now dan saat yang kita bercakap di sini, saya bercakap di sini mereka gunakan kegiatan untuk hancurkan MAS, wrapping MAS sampai di Itali. Pekerja MAS telah protest terhadap tindakan mereka dan mereka telah ada satu sit ini daripada 13 Mac 2012 sampai ke hari ini dan mereka maklum kepada saya bahawa mereka will not give ini, they will not give in they will fight and they will exposed what this has been doing di Itali. Mereka telah tutup flight Itali juga. Untuk apa? Untuk hendak beri AirAsia pula.

So, inilah satu perkara yang amat penting. Memang MAS ada masalah, ada masalah banyak masalah. Banyak kebocoran seperti MAS Catering seperti MAS Complex yang dijual 30 bangunan dijual dan dilist balik 25 tahun kontrak itu semua kebocoran. MAS tiap-tiap tahun dapat revenue RM18 bilion. Memang ada tetapi MAS masih rugi kerana apa? Kerana kebocoran kerana ada banyak ‘Panamera Dead Woods’ dalam itu. Wafi, itu AJ, Ahmad Jauhari sekarang, Rashdan, Mohd. Nor ini semua dahulu jadi Bina Fikir sekarang menjadi…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat yang tengok selalu sebelah situ sebab apa?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sebab itu Yang Berhormat Pasir Salak selalu sahaja..

Tuan Yang di-Pertua: Sini, sini menghadap sini Yang Berhormat… [Ketawa]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Minta maaf, minta maaf Tuan Yang di-Pertua saya bukannya hendak…

Tuan Yang di-Pertua: Menghadap sini saya menentukan masa… [Ketawa] Okey seminit dua lagi sila gulung.

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Macam kami ini ada share pula.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak amat handsome.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Saya pun tidak ada share dalam MAS.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dan juga Yang Berhormat Kota Belud. Tidak ada share memang. So, ini kita perlu ambil tindakan dengan segera.

DR 19.3.2012 107

Saya merayu ini satu isu yang serius, satu isu negara. Kepentingan terlibat kepentingan negara. Kita perlu ambil tindakan dan kerajaan khasnya Perdana Menteri tolonglah ambil tindakan dengan segera. Berhentikan semua kegiatan untuk menghancurkan MAS. Berhentikan pelantikan plane consult ini yang penting sebab conflict interest ini penuh nampak dengan jelas kerana ia juga consultant kepada AirAsia dan pengarahnya juga kepada AirAsia jadi co-founder.

■1740

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Yang Berhormat Wangsa Maju, boleh tanya?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, bagaimanakah satu plain consult ini, konsultan ini boleh beri sumbangan yang baik, cadangan yang baik, rekomendasi yang baik untuk membaik pulih MAS? Mereka akan hancurkan MAS.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Boleh saya tanya, Yang Berhormat Wangsa Maju?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So yang penting, Perdana Menteri perlu berhentikan plain consult ini dengan segera. Saat ini juga seboleh-bolehnya.

Tuan Yang di-Pertua: Saya pun barangkali terpaksa berhentikan Yang Berhormat dengan segera… [Ketawa]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya. So saya harap…Tuan Yang di-Pertua: Bagi laluan dulu sama Yang Berhormat Indera Mahkota, selepas itu jawab dan selepas itu Yang Berhormat gulunglah.Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Okey, okey. Dengan cepat. Okey silakan dahulu.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Okey. Saya hendak tanya Yang Berhormat Wangsa Maju. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju ini bermaksud ada dua perkara besar? Pertama berkenaan dengan insider trading. Ini perkara besar. Bukan perkara yang main-main. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Wangsa Maju. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju tidak berpuas hati yang ada satu jabatan kerajaan tubuhkan. Kalau Yang Berhormat Wangsa Maju kata ada masalah kebocoran apa semua. Kalau diteliti, memang kerajaan tubuhkan satu jabatan, gabungkan pihak polis, SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam dan ada dua tiga agensi lain. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju tidak berpuas hati kerana kes ini tidak dimasukkan dalam siasatan ini ataupun maksud Yang Berhormat Wangsa Maju hendak minta bentuk macam mana untuk kendalikan kes ini?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih….Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Sahabat saya, Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa perkara ini memang saya setuju. Saya sedar perkara ini tetapi ada banyak pertubuhan sekarang yang ditubuhkan. Saya dengar juga ada satu special committee yang ditubuhkan dalam AG Chambers di mana menyiasat soal Money Laundering Act ini di mereka mengambil tindakan dengan arbiter action sahaja. Itu ada satu dan ini yang satu lagi. So yang mana saya tidak faham. Akan tetapi yang sebaik- baiknya kita ambil tindakan dengan segera berhentikan pelantikan plain consult ini dengan segera.

DR 19.3.2012 108

Pada hari ini juga berhentikan. Itu satu conflict of interest yang amat jelas dan kemudian kita baik pulihkan MAS dan lantik orang yang berwibawa, yang penuh dengan experience dalam aviation industry. Bukannya tiap-tiap kali MAS ada masalah, kita bawa MD yang baru, Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala, aviation tidak ada, tidak ada experience, pandainya asset sleeping jual barang sini, jual barang sana...

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang kedua, Datuk Kamarudin boleh tahan sikit. Dia orang dalaman…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, terima kasih.Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, sikit sahaja. Injuring time sedikit saja.Tuan Yang di-Pertua: Ini kalau sedikit, sedikit, sedikit, lama-lama jadi bukit. Gulung.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Masukkan…

Tuan Yang di-Pertua, satu minit, hendak habis sudah. Gulung. Dan AJ masuk, sekarang Ahmad Jauhari masuk, sama juga. Jual aset. Bukannya mereka hendak baik pulihkan MAS tetapi hendak pecahkan MAS. Mereka sekarang ini hendak jual apa? MASKargo, MAS Engineering, kerana apa? Kerana Tan Sri Tony Fernandes hendak, AirAsia hendak. MAS Engineering untuk apa? Untuk hendak service airplane kepada pesawat AirAsia di mana biasanya MAS charge kepada airline yang lain USD46 per hour. Untuk AirAsia, USD25 per hour, untuk aircraft maintenance, masa biasa untuk airline yang lain ialah 12 jam tetapi untuk AirAsia lapan jam. Kalau MAS tidak habis dalam lapan jam, AirAsia tidak perlu bayar service charge. Untuk aircraft due for ‘C’ check

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: ‘C’ – ‘C’ check untuk hanger. Untuk charge. Untuk charge biasanya RM300,000….Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat! Panjang lagikah ini, Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Charge yang kepada AirAsia sebanyak RM80,000. Inilah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf sebab ini perkara yang penting. Thank you very much.

Tuan Yang di-Pertua: You see, Yang Berhormat. You are really putting me on the spot because as much as I would like to listen to what by you saying.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, I am helping you Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang lain pun mahu bercakap juga kecuali Yang Berhormat Petaling Jaya Utara setuju you panjang ataupun Yang Berhormat Kuala Selangor. Kalau Yang Berhormat Kuala Selangor mahu bercakap lima minit sahaja, boleh. I don’t have any problem on that but they are starting looking at me already. Yang Berhormat Gopeng sudah berdiri.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Sila baca teks ucapan diParlimen mengenai “Gang of Two” dan “Media Taking Sides”.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top