YB Dato’ Seri Nazri: SPRM mengambil perhatian berhubung penukaran saham MAS-AirAsia

YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Jawapan bertulis YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri semasa menggulung Perbahasan Bajet 2012 (Peringkat Dasar) Di Dewan Rakyat pada 24-10-2011.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Wangsa Maju ingin mengetahui sama ada siasatan rasuah dijalankan terhadap penyelewengan Program Penternakan yang melibatkan keluarga seorang Ahli Jemaah Menteri, pembinaan Menara Telekom di Bangsar, Menara Celcom di Semarak, pembelian saham ECM Libra, pertukaran saham Air Asia – MAS dan E & O, skandal Telekomunikasi di India dan projek perluasan jalan yang melibatkan DBKL, Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, SPRM telah mengambil perhatian berhubung perkara ini. Sebarang maklumat rasuah yang berasas akan disiasat oleh SPRM secara telus dan profesional. SPRM berharap sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat atau sesiapa sahaja yang mempuyai sebarang maklumat tentang jenayah rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan dalam isu-isu yang dibangkitkan tersebut dapat menyalurkan maklumat terperinci mengenainya untuk tindakan lanjut SPRM.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 755

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top