Prime Minister answers how he plans to control inflation and sale of petrol to Singaporeans in Johor
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk mengawal kadar inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dan pada masa yang sama mengekalkan harga petrol dan kenapa halangan menjual petrol kepada warga asing tidak dikenakan ke atas warga Singapura di Johor.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin. Antara langkah semasa yang telah diperkenalkan bagi menangi kenaikan harga dan mengurangkan beban rkayat termasuklah:
a) Meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan keatas harga dan penawaran barangan kawalan termasuk beras, tepung gandum, minyak masak, roti dan ayam supaya tiedak berlaku kekurangan. Usaha penguatkuasaan dan pemantauan termasuk mengangi kegiatan menyorok, menyeludup dan menjual diesel subsidi secara tideak sah.
b) Meningkatkan penawaran bekalan makanan melalui pelaksanaan Dasar Jaminan Bekalan Makanan atau (dengan izin) National Food Security Policy. Beberapa tindakan segera telahpun diambil, iaitu:
i. Meningkatkan tahap stok penimbal beras kepada 200 ribu tan metric dengan menambah pengimportan beras Thailand;
ii. Menetapkan beras Super Tempatan 15% di natara harga RM1.65/kg hingga RM1.80/kg.
iii. Mengapungkan harga beras import termasuk Beras Putih Thai di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak;
iv. Membenarkan pengedaran padi di antara negeri; dan
v. Meningkatkan Harga Minimum Terjamin (GMP) daripada RM650 se tan metric kepada RM750 se tan termasuk.
Tuan Yang di-Pertua,
Dalam jangka panjang, Kerajaan telah melaksanakan strategi berikut bagi mengawal kadar inflasi, termasuklah:
a) Memastikan jaminan bekalan beras yang mencukupi, melalui:
i. Pemukaan ladang sawah baru di Sarawak, Sabah dan Terengganu, untuk meningkatkan pengeluaran padi sebanyak 7% (170 ribu tan metric) pada tahun 2008 dan 24% (570 ribu tan metric) menjelang 2010; dan
ii. Meningkatkan pengeluaran padi dengan peruntukan sebanyak RM803 juta bagi menyelanggara system pengairan dan saliran, meratakan sawah padi, menigkatkan kesuburan tanah, dan member subsidi kawalan serangga.
b) Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dan pada masa yang sama mengekalkan tambang bas yang rendah agar dapat emngalakkan orang awam menggunakannya. Ini dilaksanakan melalui pemberian subsidi diesel kepada penguusaha bas untuk mengurangkan kos operasi bas.
c) Memperkukukan dan memperluas Skim Jaringan Keselamatan Sosial atau dengan izin Society Safety Net. Pelbgai bantuan diberikan di antaranya bantuan kepada kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya, pesakit kronik danbantuan anggota palsu. Kerajaan juga telah menaikkan kadar kelayakan bantuan isirumah keluarga miskin daripada RM400 kepada RM700 sebulan. Program-program ini adalah merupakan tambaha kepada bantuan sedia ada seperti pelajaran dan perkhidmatan kesihatan yang terdapat secara murah atau percuma. Sesungguhnya Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosialnya dalam semua krisis ekonomi yang telah dan sedang melanda Negara.
d) Mengkaji system subsidi yang lebih sesuai sebelum dilaksanankan. Kajian tersebut dijangka mengambil masa selama 6 bulan. Sistem subsidi tersebut dijangka akan menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik dan tepat kepada golongan sasar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, halagan menjual petrol kepada warga asing tidak dikenakan kerana:
a) Harga petrol sekarang telahpun menghampiri harga pasaran;
b) Rebat tunai telahpun mulai diberikan dan dihadkan untuk warga Negara Malaysia sahaja;
c) Penjualan petrol hanya untuk tujuan kegunaan dalaman serta untuk menggalakkan kemasukan lebih ramai pelancong asing; dan
d) Penguatkuasaan dan pemantauan ke atas harga danpenawaran barangan kawalan, termasuk kegiatan menyorok, menyeludup dan menjual diesel subsidi secara tidak sah masih terus depergiatkan.
Sebagai kesimpulan, semua pihak termasuklah Kerajaan, sector swasta, peniaga, pengeluar, badan bukan kerjaan (NGO) dan orang ramai perlu berganding bahu untuk sama-sama menghadapi cabaran perubahan ekonomi dalam bentuk harga yang lebih tinggi yang berlaku secara global.