1-11-2010 Questions Time: 1Malaysia against the prevailing racism

TARIKH                  :         1 NOVEMBER 2010 (ISNIN)

SOALAN:

Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menghentikan isu perkauman dan sifat anti-nasionalis daripada usaha menggugat kestabilan Negara dan apakah tindakan yang harus diambil dalam kerangka sedia ada untuk mencapai tujuan maksud dan memenuhi objektif program 1Malaysia.

JAWAPAN: (YB Senator Tan Sri Koh Tsu Koon)

Walaupun negara Malaysia adalah jauh lebih aman berbanding dengan negara-negara majmuk yang lain, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan dari segi etnik, agama, budaya dan bahasa kadang-kala membawa kepada perbezaan pandangan yang mencetuskan perselisihan dan sengketa, yang selanjutnya menjejas keamanan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Beberapa kejadian pernah berlaku dalam sejarah negara kita sebelum dan selepas kemerdekaan yang mengakibatkan konflik atau rusuhan kaum pada tahun 40-an dan 60-an. Beberapa sengketa antara kaum di tempat tertentu yang membawa kepada maut atau cedera juga pernah berlaku misalnya di kawasan Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1997 dan Kampung Medan pada tahun 2001 dan baru-baru ini.

Sejak tahun 2006, beberapa insiden dan isu telah juga muncul yang menimbulkan kebimbangan, kerisauan dan rasa tidak senang hati di antara kaum seperti tindakan merobohkan kui-kuil, serta kenyataan dan tingkahlaku yang berbau perkauman dari anggota-anggota politik yang tertentu, yang telah mencetuskan pelbagai bentuk reaksi dan demonstrasi, dengan munculnya pergerakan seperti HINDRAF. Perbahasan mengenai isu-isu kaum dan agama terus berlangsung sebelum dan selepas Pilihanraya Umum Ke 12 pada Mac 2008. Tambahan pula, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan dan mengakibatkan berita dan cerita yang sensasi disebarkan secara meluas dan menimbulkan reaksi secara merebak.

Mengambilkira latarbelakang sejarah dan perkembangan kurang sihat sejak tahun 2006, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009, telah dengan tegas, jelas dan giatnya memperkenal, melancar dan memacu Gagasan 1Malaysia. Gagasan 1Malaysia bertujuan untuk memupuk persefahaman dan perpaduan secara lebih jitu dan rapat dengan sikap menerima dan menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Gagasan 1Malaysia telah juga menetapkan komitmen supaya Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan untuk menyampaikan hasil yang positif dan konkrit kepada rakyat, melalui perkhidmatan awam yang lebih cekap dan cepat lagi. Dengan demikian kekurangan pentadbiran seperti gejala rasuah dan kurang cekap serta masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti kemiskinan, jenayah, infrastruktur dan pendidikan dapat diselesaikan, supaya meredakan jurang perbezaan kekangan rakyat Malaysia. Oleh itu, melalui pendekatan yang diambil yakni dapat menyumbang terhadap keharmonian antara golongan-golongan etnik dan agama, bahkan antara wilayah atau kawasan Bandar dan luar Bandar.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa banyak isu dan cabaran yang timbul dahulu masih belum diselesaikan dengan sempurnanya, tetapi usaha gigih YAB Dato’ Sri dan sambutan rakyat yang kian meningkat telah menghasilkan satu suasana yang lebih positif berbanding dengan yang dahulu, yang dapat dibuktikan oleh beberapa petunjuk. Indeks Ketegangan Masyarakat atau Societal Stress Index (SSI) yang dibangunkan di atas inisiatif Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasinal (JPNIN) telah meningkat dari 17 kes setiap sejuta penduduk pada tahun 2006 ke 20 dan 28 bagi tahun 2007 dan 2008. Akan tetapi ianya telah menurun ke 22 bagi tahun 2009 dan sekarang mencatit 17 bagi tiga sukutahun yang pertama bagi tahun 2010. Di samping itu, kedudukan Malaysia mengikut Global Peace Index (GPI) yang dipantau oleh Institute for Economics and Peace setiap tahun telah meningkat dari tangga 37 pada tahun 2008 ke tangga 26 pada tahun 2009 dan seterusnya tangga 22 setakat bulan Oktober 2010.

Usaha telah dan sedang berlangsung untuk menangani beberapa isu antara kaum atau golongan yang rumit dan kompleks, yang telah lama berbahang sebelum 2009. Penyelesaian isu-isu ini sememangnya akan mengambil masa dan memelukan sikap positif, pendekatan yang membina dan sumbangan efektif dari semua pihak, khasnya pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top