Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta YAB Perdana Menteri menyatakan berapakah pulangan yang dijangka akan diperolehi dan risiko yang dihadapi daripada jambatan cadangan menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sumatera di mana 80% daripada jumlah kos pembinaan US$125bilion itu mungkin dipinjam pinjaman bank-bank China dan apakah kesannya terhadap kadar pertukaran nilai ringgit akibat hutang luar negara ini.
Jawapan
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, Kerajaan Pusat belum mempunyai perancangan untuk melaksanakan projek jambatan menghubungkan Malaysia dan Sumatera. Sehubungan ini, tiada sebarang kajian kemungkinan dilaksanakan bagi meneliti pulangan dan risiko yang dijangkakan.
Sekian, terima kasih.