Teks Ucapan Semasa Membahas Bajet 2010 Untuk Kementerian Wilayah Persekutuan. Isu Campurtangan Di Dalam Pengurusan DBKL Oleh Mr Political Toll!

TEKS UCAPAN YB WEE CHOO KEONG, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU, PADA 7HB DECEMBER 2009 DALAM PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA BAJET 2010.

Datuk Pengerusi,

SAYA bangun untuk membahas mengenai Maksud Bekalan 32, Butiran 01000 Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan WP dan 060000 DBKL sekaligus.

Saya diberitahu oleh sahabat saya Ahli Yang Berhormat dari Titiwangsa, bahawa Datuk Bandar KL ada hadir di Parlimen hari ini. Selamat datang ke Parlimen Datuk Bandar. Ini adalah amalan yang amat baik sebab sebelum ini tiada Datuk Bandar yang lain datang ke sini kerana mereka menanggap mereka adalah Maharaja. Kehadiran Datuk Bandar KL adalah baik kerana beliau dapat mengetahui bagaimana kesongsangan dalam DBKL dan amalan-amalan rasuah di DBKL.

Pada 5hb November 2009 semasa perbahasan Baget  2010 peringkat dasar saya telah membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian YB Senator  Menteri dan bagi mendapat penjelasan. Tetapi YB Menteri tidak memberi apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang penting; iaitu isu bercampur tangan Setiausaha Politik PM, Datuk Shafie Abdullah a.k.a “Mr Political Toll” dalam pentadbiran DBKL dari gerai haram ke Development Order dan projek-projek tertentu di bawah kawalan DBKL.Perkara campurtangan Datuk Shafie telah jadi satu rahsia terbuka di DBKL.  Saya berharap Datuk Bandar mengambil perhatian terhadap kegiatan Mr Political Toll ini di dalam DBKL pentadbiran dan pengurusan DBKL.  Semua kakitangan DBKL telah tahu dengan teliti perkara ini kecuali PM kerana beliau terlampau sibuk dengan pentadbiran negara. Keadaan ini adalah disifatkan sebagai “harapkan pagar, pagar makan padi”. Saya akan memberi lebih banyak bukti mengenai dengan kegiatan “Mr Poltical Toll” ini.

Datuk Pengurusi,

Kenapa YB Senator Menteri buat tidak tahu langsung dan tidak mahu memberi apa-apa penjelasan tentang campurtangan Setiausaha Politik PM dalam pentadbiran DBKL. Restoran Ras Hastini (bukan gerai kerana perluasannya lebih daripada 10 kaki 30 kaki) yang melanggar semua undang-undang yang sedia ada dan ia meletakan diatas tanah kerjaan. Sebelum ini di tapak yang sama telah ada gerai (bukan restoran) dan DBKL merobohkan gerai tersebut kerana ia melanggar undang-undang DBKL dan menggunakan tanah rezab kerajaan.  Sekarang DBKL tidak berani merobohkan restoran ini walaupun ia menjejaskan keselamatan awam keranan kaki lima pun dibina gerai. YB Senator Menteri pun takut menyentuh perkara yang terlibat Mr Poltical Toll.  Ini kah bernaksud “1Malaysia” dan “Rakyat Didahulukan?” Sila tukar slogan ini kepada “UMNOputras Didahulukan”!

Saya tahu bahawa YB Senator Menteri pun tahu restoran Rashatini ini dimiliki oleh Pengurusi Persatuan Penjaja Melayu WP yang bernama En Rashid, sahabat karib Mr Poltical Toll.  Saya juga dimaklumkan bahawa kerusi dan meja di restoran Rashatini ada cop miliki DBKL. Bagaimanakah kerusi dan meja miliki DBKL boleh digunakan oleh restoran tersebut? Sama ada restoran Rashatini ini adalah satu bahagian dalam DBKL ataupun pegawai DBKL ada kepentingan dalam restoran tersebut?

Saya berharap MACC menyiasat samada En Rashid ini telah memmberi rasuah kepada pegawai DBKL untuk mendapat dengan percuma meja dan kerusi miliki DBKL untuk restorannya itu ataupun pegawai DBKL atau Mr Political Toll ada kepentingan dalam ekuiti nya?

Datuk Pengurusi,

Tugas-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri, menjaga kepentingan politik kerana kita percaya mereka sibuk degan tugas masing-masing, sebab itulah diwujudkan jawatan itu.

Oleh itu mereka ini tidak patut campurtangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah lagi menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai settiausaha politik dengan mengaut keuntungan peribadi, mengganggu pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL dan apakah mengaut keuntungan ini untuk dia sendiri atau untuk Perdana Menteri ataupun Menteri?

Seperti kacauganggu ataupun campurtangan setiauasaha politik Perdana Menteri, Mr Political Toll, Datuk Shafie Abdullah, dalam pentadbiran DBKL, halang pengurusan DBKL untuk ambil tindakan  dan menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti yang saya sebutkan sebelum ini iaiatu Up Town di Danau Kota dan juga restoran Rashatini di Seksyen 2 Wangsa Maju.

Datuk Pengurusi,

Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota, Wangsa Maju.

Datuk Shafie ini bukanya campurtangan dalam DBKL sahaja. Dia campurtangan dalam perlantikan ahli-ahli jawatankuasa dalam Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota, Wangsa Maju.

Mr Political Toll memberi senarai 29 ahli-ahli untuk menjadi jawatankuasa surau tersebut dan ia diterima dengan penuh oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Saya tidak percaya bahawa PM berminat dalam urusan demikian.

Penduduk-penduduk di rumah pangsa Danau Kota amat marah tentang campurtangan Mr Political Toll ini tetapi anduan mereka tidak ditimbang oleh Jabatan Agama Islam WP?

Datuk Pengurusi,

Saya masih nak bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini, apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Mr Political Toll sehingga semua orang termasuk Jabatan Agama Islam WP, Datuk Bandar dan  Menteri Wilayah Persekutuan, tidak berani membantah apa sahaja arahan dari Mr Political Toll?  Mr Political Toll telah menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan sewenang-wenangnya.

Saya tidak mahu sama sekali nama Perdana Menteri dijaja semau-maunya dan ini boleh memburukkan lagi reputasi dan keperibadi Perdana Menteri dan kita mahu Perdana Menteri mengambil tindakan serius terhadap setiausaha politiknya, Datuk Safie Abdullah (Mr Political Toll) bukan sahaja mengarahkan supaya dia tidak campurtangan tetapi memecatnya sebagai setiuasaha poltik kerana ternyata beliau telah banyak menyalahgunakan kuasanya.

Saya sekali lagi nak bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini, adakah Mr Political Toll ini sebenarnya de facto Datuk Bandar dan kalau benar,  usaha Perdana Menteri untuk melanjutkan gagasan beliau iaitu “Rakyat Didahulukan” hanyalah sekadar omongan kosong, penyedap bibir dan nak mengkelabukan mata rakyat semata-matanya.

Mengapa YB Senator Menteri WP dan Perdana Menteri berdiam diri? Apakah YB Senator Menteri WP juga ada kepentingan? Apakah wujud kepentingan peribadi ataupun tindakan-tindakan dan kacauganggu dibuat itu adalah atas arahan dan pengetahuan YB Senator Menteri Wilayah dan Perdana Menteri?

Minggu lepas ada satu tangkapan dibuat oleh MACC ke atas seorang setiausaha poltik kepada Menteri Kewangan, pada saya ini kes ikan bilis sahaja kerana ada lagi kes-kes lebih besar melibatkan setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah. Yang gagal disiasat secara telus demi kepentingan awam, saya percaya  sindrom Tingkat Empat melibatkan ramai lagi.

Saya nak tanya apa kepentingan Mr Political Toll dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd melalui pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan? Saya tahu bahwa dia adalah sahabat karib En John Tee, MD Evergreen Sdn Bhd? Apa kepentingan dia dalam Bukit Kiara Development Sdn Bhd melalui nama isterinya sebagai Lembaga Pengarah,  dan apa kaitan dia dengan Maju Bangun Sdn Bhd syarikat yang mendapat kontrak melalui Khazanah Holding? Apa pula kepentingan yang dia perolehi dengan mendapat 30 lot tapak pasar malam Up Town Danau Kota sedangkan 500 penduduk-penduduk telah menandatangani satu petisyen untuk meminta Datuk Bandar memindah pasar malan tersebut ke kawasan yang jauah dari kawasan kediaman?  Takkan Perdana Menteri pun ada kepentingan dalam soal ini.  Samada Mr Political Toll terlibat dalam kelulusan Development Order untuk membina shopping complex diatas sebidang tanah yang digazetkan dalam Deraf Plan KL 2020 untuk Masjid Desa Sri Hartamas?

Datuk Pengurusi,

Perkara-perkara tersebut adalah yang diketahui, saya percaya ada banyak lagi projek-projek di bawah kawalan DBKL dan Jabatan-jabatan yang lain yang ada hubungkait dengan Datuk Shafie, Mr Political Toll ini. Saya berharap Mr Political Toll  “lay off your unseen hand in DBKL” dengan izin dan jagalah toll ke Pejabat PM dan Kementerian Kewangan dengan baik untuk kepentingan anda!

Apakah MACC tidak berani bertindak kerana beliau adalah Setiausaha Poltiik Perdana Menteri? Ataupun MACC tunduk kepada arahan-arahan daripada pihak yang berkuasa atau “the power that be”?

Saya dimaklumkan bahawa Mr Political Toll ini “is also living in style beyond his means” dengan izin dan kedudukannya lebih kurang sama atau mungkin lebih hebat daripada setiausaha politik Timbalan Menteri Kewangan, YB Tasek Gelugor.

Datuk Pengurusi,

Pada 13 hb Ogos 2008, En Ahmad Zaidi Ramlan telah membuat satu laporan rasuah terhadap Datuk Shafie Abdullah kepada MACC / SPRM tetapi tiada tindakan diambil terhadap Datuk Shafie. Ini membuktikan dengan jelas kenapa YB Senator Menteri, Datuk Bandar KL, agensi kerajaan, DBKL dan lain-lain amat takut dengan Datuk Shafie kerana dia adalah kebal dari tindakan.

Walaubagaimanpun, saya berharap MACC yang tidak lama lagi diketuai oleh Ybg Datuk Abu Kassim akan memain peranan yang bebas dan menyiasat perkara-perkara yang yang telah dibangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini terhadap Mr Political Toll.  Dan saya juga berharap PM akan mengambil tindakan yang serius terhadap setiausaha politik beliau yang memcemarkan nama baik beliau.

Datuk  Pengurusi,

Kebersihan KL

Saya amat tertarik dengan pengistyharan Timbalan Menteri WP bahawa Kementerian ingin membersihkan KL. Sehingga kini saya tak nampak kebersihan KL telah bertambah baik.  Saya kata ini satu lagi contoh omong kosong BN seperti slogan “Rakyat Didahulukan”.

Walaubagaimanpun, saya meminta penjelasan daripada YB Senator Menteri  bahawa apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian dan DBKL untuk membersihkan KL “in the real sense of the word”, dengan izin.

Apakah tindakan Kementerian dan DBKL telah mengambil untuk mengurangkan kadar jenayah yang semakin hari semakin naik di KL?  Saya berharap Kementerian dan DBKL insaf bahawa mengawal jenayah bukanlah tangungjawab pihak polis sahaja.

Apakah tindak Kementerian dan DBKL telah ambil untuk berhentikan aktiviti-aktiviti perjudian di cyber café di Wangsa Maju yang telah diakui oleh pegawai DBKL di kawasan Wangsa Maju  dan juga di seluruh KL?

Datuk Pengurusi,

Deraf Pelan Kuala Lumpur 2020

Tempat Ibadat churches dan temples atau kuil-kuil untuk orang-orang bukan Islam

Dalam Deraf Plan KL 2020 tidak ada kawasan yang direzabkan untuk tempat ibadat warganegara Tiong Hua dan India.  Kalaulah PM dengan ikhlas ingin mencapai “1Malaysia” maka dalam Deraf Plan tersebut mestilah ada kawasan-kawasan rezeb untuk tempat ibadat (churches dan temples) untuk orang-orang Tiong Hua dan India kerana orang Tiong Hua dan India juga perlu tempat sembahyang.  Kegiatan sembahyang oleh semua kaum mestilah dipertahankan dan digalakan oleh Kerajaan.  Kegiatan sembahyang adalah memberikan nilai murni yang baik untuk warganegara.

Atas pendirian saya tersebut saya sebagai seorang bukan Islam saya pun mempertahankan tempat ibadat shabat-sahabat saya yang beragama Islam. Walaupun YB Senator Menteri membantah semasa saya membangkit isu tanah yang digazetkan untuk membina sebuah Masjid Desa Sri Hartama, saya masih membantah tanah tersebut telah dijual oleh Majlis Ugama Islam WP kepada Glomac untuk membina shopping complex dan DBKL meluluskan  Development Order walaupun ia sedar bahawa tanah tersebut telah direzabkan untuk masjid tersebut.  Kemungkinan Mr Political Toll ada terlibat dalam kelulusan tersebut?

Saya merayu kepada jasa baik YB Senator Menteri untuk mengkaji semula Deraf Plan tersebut untuk merezabkan tempat-tempat ibadat untuk warganegara yang bukan Islam.

Saya meminta penjelasan daripada YB Senator Menteri sama ada beliau akan mengambil tindakan dengan segera untuk merezabkan tempat-tempat tertentu untuk tempat ibadat orang bukan Islam “in conjunction with the slogan of “1Malaysia” dengan izin?

Datuk Pengurusi,

Tanah Rezeb Orang Melayu di 7 Kampung

Isu yang terakhir dan penting untuk sahabat-sahabat saya yang telah dilupakan oleh Kerajaan di 7 buah kampung Tradisi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Kampung Puah Seberang, Kampung Puah, Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Sungai Mulia.  Berani saya mengatakan di sini bahawa tidak ada lagi kampung tradisi sebegini di Wilayah Persekutuan.

Saya minta penjelasan daripada YB Senator Menteri sama ada kerajaan melalui DBKL masih ingin meneruskan rancangan Draf Plan Bandaraya 2020 walaupun ada bantahan KERAS dari pemilik tanah kerana tindakan ini akan mengambil/merampas kesemua tanah milik orang-orang Melayu di 7 kampung tersebut yang telah di gazettekan sebagai Tanah Rezab Melayu yang dilindungi dibawah Artikel 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan.

Pengambilan tanah oleh DBKL ini juga adalah bertentangan dengan 7 WASIAT Raja – Raja Melayu seperti yang dititahkan oleh DYMM Raja Muda Perak  Raja Dr. Nazrin Shah yang menetapkan dan mengistyharkan supaya disimpan untuk orang-orang Melayu  tanah simpanan Melayu sehingga 50 peratus.

SOALAN-SOALAN

1. Adakah kerajaan telah mencapai matlamat 50 peratus daripada keseluruhan keluasan 131.681 kilometer persegi tanah Semenanjung Malaysia digazettekan sebagai Tanah Rezab Melayu seperti yang di wasiatkan oleh Raja- Raja Melayu.

2. Tidakkah tindakan melalui DBKL ini bersifat MENDERHAKA kepada Raja-Raja Melayu?

3. Berapa luas Tanah Rezab Melayu itu sekarang berbanding 52 tahun yang lalu? Iaitu 3 juta hektar sejak Merdeka tahun  1957, tetapi keluasan Tanah Rezab Melayu ini telah mengecil atau susut kepada 1.7 juta hekta sahaja pada tahun 1995?

4. Bukankah telah ada peraturan supaya setiap inci Tanah Rezab Melayu yang di ambil MESTI DI GANTI denga jumlah keluasan yang sama ( menerusi pemberian hak milik baru)

DI INGATKAN KEPADA KERAJAAN

1. Tidak mengambil semula Tanah Rezab Melayu dalam apa jua keadaan (Right of first refusal mesti diberi kepada pemilik tanah rezab Melayu)

2. Tidak usik atau ganggu masjid, madrasah, surau, sekolah agama dan Tanah Wakaf.

3. Memberi kemudahan awam di kesemua 7 buah kampung yang di ketogorikan sebagai kampung tersusun iaitu HAKMILIK KEKAL bagi orang melayu di WPKL.

4. Kalau hendak buat pindaan kepada Enakmen Tanah Simpanan Melayu (FMS Cap 142) Ia mesti MENGAMBILKIRA SEJARAH  TANAH REZAB MELAYU.

Sekian, Terima Kasih

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top