This morning the government saw it fit to table a new Bill known as “Ruang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008” (Witness Protection Bill 2008). I don’t understand why there is such a rush to table such an important Bill without giving MPs sufficient time to prepare for the debate.
It seems the Government under Badawi is using Parliament as a “rubberstamp” for his ill-thought-out policies.
– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –
Satu lagi Rang Undang-undang dibentangkan, Parlimen dianggap sebagai Pak Turut
Pagi tadi pihak pentadbiran anggap munasabah untuk membentangkan satu lagi Rang Undang-undang bertajuk “Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008″ (Witness Protection Bill 2008). Saya tidak faham mengapa tindakan tergesa-gesa ini dalam membentangkan Rang Undang-undang yang sebegini penting tanpa memberi masa yang secukupnya untuk para Wakil Rakyat membahaskannya.
Nampaknya pentadbiran Badawi menggunakan Parlimen sebagai Pak Turut yang terus sahaja meluluskan segala dasarnya yang kurang prihatin.