Updates @ 12:30 petang 15-4-2013: Alhamdulilah! Bersyukurlah kita semua kerana paip pecah di Batu Cave telah dibaik pulihkan dengan sempurna. Saya telah dapat pengesahan dari penuduk-penduduk di kawasan-kawasan Desa Setapak, Danau Kota Flats off Jalan Genting Kelang, Taman Keramat Permai di Keramat dan Tiara Ampang di Ampang bahawa mereka telah dapat bekalan air seperti biasa. Saya juga telah dapat pengesahan yang sama dari Syabas. Terima kasih Syabas khasnay pegawai-pegawai yang terlibat kerana mereka melaksanakan dengan baik dasar YAB Datuk Seri Najib: “Rakyat Didahulukan” & “Pencaipaiain Diutamakan”.
Walaubagaimnapun, saya berharap Syabas dapat membuat routine check dan sediakan lebih banyak tangi air supaya keadaan demikian dapat dielakkan. Sekian, terima kasih.
Updates @ 2:30 pagi 15-4-2013: Syabas telah menghantar 4 tangki air malam tadi ke kawasan Jalan 20/27B Desa Setapak. Syabas akan menghantar 1 tangki air lagi ke kawasan Jalan 8/27B Desa Setapak pada jam 3 pagi sebentar lagi dan jika masih tidak mencukupi Syabas akan menghantar tangi air sampai semua penduduk-penduduk di kawasan tersebut dapat bekalan air yang mencukupi. Terima kasih Syabas.
Updates @ 9:10 malam 14-4-2013: Syabas bersetuju untuk menghantar 2 tangki air lagi ke Desa Setapak lebih kurang jam 10 malam ini. 1 tangki air akan ditempatkan di kawasan berhampiran Surau Desa Setapak dan 1 lagi berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Setapak.
Saya telah buat satu aduan kepada Syabas bahawa Flat Danau Kota off Jalan Genting Kelang juga tiada bekalan air hari ini. Saya mengesahkan dengan beberapa pududuk dan mereka menyatakan beklan air tiada masalah sekaranag. Walaubagaimanapun, Syabas akan menghantar satu tangki air ke Flat Danau Kota dengan secepat mungkin.
Terima kasih kepada Syabas kerana memahami keperluan rakyat. Syabas! “Rakyat Didahulukan” & ‘Pencapaian Diutamakan”.
Updates @ 7:15 malam 14-4-2013: Syabas telah hantar dua tangki air ke kawasan Jalan 9 / 10 dan dua ke kawasan Surau Desa Setapak petang ini. Saya dimaklumkan Syabas akan menghantar satu tangki air lagi ke Surau Desa Setapak pada lebih kurang jam 8 malam ini. Sekian, terima kasih.
___________________________________________________________
Maklumat terkini yang kami terima daripada pihak Syabas Wilayah Gombak dimana kerja-kerja baik pulih paip pecah tersebut masih berjalan dan dimaklumkan 90% telah pun siap dan dijangkakan akan siap sepenuhnya jam 6.00 petang ini.
Pihak kami dimaklumkan bahawa kelewatan ini tidak dapat dielakkan disebabkan berlakunya hakisan tebing yang menyukarkan jentera-jentera yang digunakan untuk masuk bagi melakukan kerja-kerja baik pulih tersebut, tidak seperti jangkaan awal dijangka siap pada lewat malam semalam.
Selain daripada itu jadual penghantaran lori-lori tangki kepada penduduk di Desa Setapak akan diteruskan lagi hari ini, dimana sekarang ini pihak Syabas dalam proses untuk membuat penghantaran lori tangki ke Desa Setapak, dijangkakan akan mengambil masa 1 jam lebih dari sekarang sekiranya tidak menghadapi kesesakkan jalan raya.
Pihak kami akan melapurkan perkembangan seterusnya apabila mendapat maklumat terkini daripada pihak Syabas. Sekiranya ada sebarang masalah penduduk-penduduk bolehlah menghubungi kami di no 03 41433322 atau 012 2186929.