17-10-2012: Penggulangan YB Menteri Dato’ Raja Nong Chik semasa debat Bajet 2013

Yg Bhg Datuk Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru.  The winnable candidate for PRU13?

Pada 17-10-2012  jam 9:50 malam

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat daripada Seputeh, saya rasa soal pembersihan itu akan juga melibatkan sebab airnya datang daripada Selangor. Selepas itu dia juga akan mengalir ke Selangor. Jadi memang sesetengah daripada projek-projek pembersihan itu akan melibatkan kawasan-kawasan Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Menteri Besar Selangor pun terlibat dalam steering committee dengan izin, Greater KL-Klang Valley dan beliau memang sedar dalam perkara ini. Jadi boleh tanya dia.

Yang Berhormat dari Wangsa Maju telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan keberkesanan dan fungsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semasa perbahasan beliau. Antara yang ditimbulkan ialah tentang tiadanya sebarang pertemuan yang diaturkan sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru dengan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan.

DR. 17.10 2012 189

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, pada tahun 2012, pentadbiran DBKL telah mengadakan perjumpaan antara Datuk Bandar dengan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak dua kali iaitu pada 19 Januari 2012 dan 12 Julai 2012. Seterusnya perjumpaan Datuk Bandar baru bersama dengan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka diadakan pada 30 November 2012 seperti yang dirancang sebelum ini. Tujuan perjumpaan ini di antaranya untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dan menerangkan dasar-dasar dan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan untuk warga kota. Saya pasti Yang Berhormat dari Wangsa Maju akan turut dijemput dalam pertemuan ini nanti.

Seterusnya Yang Berhormat Wangsa Maju turut membangkitkan persoalan mengenai aduan yang diterima daripada rakyat tidak diambil tindakan segera dengan susulan. Begitu juga call center yang bertindak tidak lebih daripada operator telefon sahaja dan mengakibatkan pengadu terpaksa mengemukakan aduan…

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Mereka terus kepada pejabat Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, call center DBKL diwujudkan sebagai satu cara untuk warga kota menyelaraskan aduan awam DBKL. Warga kota boleh membuat aduan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh DBKL. Setiap aduan diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga hari bekerja dan tindakan susulan…

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat, biar saya jawab dahulu. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat, biar saya jawab dahulu.

Biar saya jawab habis dahulu. Setiap aduan diberi maklum balas awal dalam tempoh tiga hari bekerja dan tindakan penyelesaian akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja. Mana-mana aduan yang melibatkan perundangan, peruntukan yang besar ataupun peraturan-peraturan khusus, penyelesaian akan mengambil sedikit masa. Perkara ini sememangnya dijelaskan kepada pengadu mengenai jangka tempoh penyelesaian bagi sesuatu isu yang dibangkitkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Wangsa Maju juga berfungsi menerima aduan-aduan yang dikemukakan oleh warga kota khususnya daripada kawasan Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Di samping menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, aduan tersebut akan diselaraskan kepada jabatan-jabatan DBKL atau dikemukakan kepada jabatan agensi lain yang berkaitan untuk tindakan susulan. Pada masa yang sama, pejabat cawangan turut mengambil tindakan untuk menyelesaikan aduan-aduan berkaitan. Pihak DBKL juga mengkaji beberapa inisiatif tambahan bagi mengukuhkan dan mengemaskan jentera perkhidmatan di pejabat cawangan seperti menerima permohonan bagi kelulusan kerja

DR. 17.10 2012 190

ubah suai, kerja tambahan rumah dan menjalankan kerja penyelenggaraan kecil jalan, longkang dan sebagainya.

Yang Berhormat Wangsa Maju…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tertariklah dengan jawapan Yang Berhormat Menteri di mana Yang Berhormat Menteri mengatakan call center ini adalah bukan operator.
■2200

Kalaulah call center ini bukan operator, Pejabat Ahli Parlimen tidak akan menerima rayuan daripada penduduk-penduduk. Pada halnya masalah tempatan di Wangsa Maju atau tempat lain tidak perlu melibatkan Ahli-ahli Parlimen kerana kita sudah ada DBKL dengan dana yang amat besar. Akan tetapi sampai hari ini, Ahli-ahli Parlimen masih perlu bekerja sebagai mandur kepada DBKL. Itu pertama.

Kedua, call center ini kalaulah mereka tidak berfungsi sebagai operator, kenapakah satu aduan terhadap sivil at Melawati. Pengadu telah buat laporan berpuluh-puluh kali dan berbulan- bulan mengenai dengan kontraktor bekerja lepas masa. Bukan sampai pukul 9 malam, bukan sampai pukul 10 malam, sampai pukul 2 pagi, pukul 3 pagi mengganggu kacau penduduk- penduduk di sana. Berbulan-bulan buat aduan, tiada tindakan. Saya tahu DBKL ini kontraktor yang amat mesra, kontraktor friendly. Kalau tidak percaya, sekarang pergi ke central. Kerja pembinaan masih dijalankan. Kalau tidak, Yang Berhormat Menteri sendiri pergilah buat rondaan, boleh nampak semua kerja malam masih diteruskan dengan imuniti. Sebab apa? Mereka ini ada bayar untuk permit tetapi tanpa resit. Tahulah maknanya apa kepada DBKL.

Ada flying squad atau pun task force. Task force ini buat apa? Task force tertidur. Kerana apa? Ada bayaran permit tanpa resit. Saya percaya di sini. Datuk Bandar sendiri pun ada di sini. Welcome Datuk Bandar yang baru ini ke Parlimen. Yang Berhormat Datuk Phesal ada di sini. Bagus, itu bagus. Satu tingkah laku yang bagus datang ke Parlimen untuk mendengar. Itu amat bagus. Saya mengalu-alukan tiap-tiap sesi kalau mengenai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, sila datang ke sini supaya kita ini Ahli-ahli Parlimen di wilayah tidak payah jadi mandur kepada DBKL.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Akan tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada hari ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak tahulah. Mungkin tidak ada masalah, telah diselesaikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri di sana.

Ketiga, kekotoran di construction. Tapak pembinaan Yang Berhormat, amat kotor sedangkan kita sudah ada semua peraturan di dalam DBKL seperti di Singapore. Masalahnya apa? Tidak ada penguatkuasaan. Kerana apa? Kerana ada special permit. Kontraktor ini atau pun DBKL sekarang they are was friendly. Kontraktor friendly, ada bayaran special permit tanpa resit. Kita tahu. Saya boleh sebutkan semua kontraktor ini tetapi tidak payahlah. Ambil beratlah perkara ini. Pergi ke tapak-tapak pembinaan amat kotor. Mereka tidak cuci kenderaan mereka. Ini menimbulkan kemarahan warga kota di Kuala Lumpur. Mereka tidak marah kepada DBKL, mereka

DR. 17.10 2012 191

masukkan kepada akaun Perdana Menteri. Kerana apa? Dasarnya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Semua dasar ini untuk DBKL adalah tidak penting.

Kalau penting mereka hormati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mereka akan melaksanakan tugas-tugas mereka dan kita tidak perlu jaga masalah-masalah sosial ini. Kita boleh tumpukan kita punya tenaga untuk bahaskan di sini, untuk dasar negara tetapi kita sentiasa jadi mandur. Seperti Pasar Larut sampai ke hari ini. Then, ada used car di sebelah Festival Mall. Bertahun-tahun notis dikeluarkan. Terakhir, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan ini tidak ada di sini. Ponteng hari ini, ambil tindakan, KPI Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak ada di sini. Mana?

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tidak nampak pun.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Oh, ada. Sorry, sorry. Mohon maaf, tarik balik. Dia ada di sini. Bagus. Yang Berhormat Timbalan Menteri amat bagus. Kalau tidak, kita hendak minta KPI terhadap beliau tetapi bagus, dia senyum sahaja. Di sini, beliau memberikan satu jawapan kepada saya yang terakhir. Dia kata DBKL telah memberi notis yang terakhir pada 20 Mac 2012 untuk merobohkan used car di sebelah Festival Mall supaya kita boleh elakkan kesesakan lalu lintas di depan Festival Mall jalan Danau Kota. Sampai hari ini rakyat marah di sana kerana traffic jam tiap-tiap hari kerana satu jalan masuk sahaja di jalan Danau Kota.

Saya marah kepada kontraktor dan juga developer di sana. Mereka kata kita hendak buat tetapi tidak boleh buat kerja untuk laluan daripada Jalan Genting Klang. Dia kata, kita check DBKL hendak ambil tindakan tetapi ada hidden hand dengan izin yang memberhentikan tindakan roboh oleh DBKL. Ini juga satu masalah sama ada DBKL ini diketuai oleh Datuk Bandar atau pun hidden hand dalam parti-parti politik yang ada kedudukan dalam kerajaan juga. So DO sudah dikeluarkan, notis dikeluarkan bukan sekali, berpuluh-puluh kali tetapi semasa hendak ambil tindakan roboh, DBKL tidak berani ambil tindakan atau pun dapat special permit juga tanpa resit.

So saya haraplah Datuk Bandar sedar perkara ini. Rakyat marah dan kita yang ada masalah. Yang Berhormat Menteri sendiri telah pergi ke sana. Terima kasih. Nampak sendiri tetapi sampai hari ini tidak ada tindakan. Ini amatlah menimbulkan kemarahan rakyat.

Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada DBKL kerana hari ini, pada petang hari DBKL ambil tindakan robohkan kedai-kedai, khemah-khemah dan gerai-gerai haram di Ong Tai Kim dan sekarang sudah jadi greenery, eco green dengan pokok yang sudah boleh dikatakan matang dalam beberapa jam, matured tree dengan izin. Itu memang bagus. Janganlah kita ada tanah lapang sedikit, dibangunkan dengan gerai-gerai penjaja. Bukan kita hendak halang mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Okey, baik Yang Berhormat. Panjang sudah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua, banyak soalan. Sekejap Yang Berhormat. Jadi, berkenaan dengan Datuk Bandar, dia Datuk

DR. 17.10 2012 192

Bandar yang baru. You kena bagi dia masa untuk selesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan tadi dari segi kebersihan, penguatkuasaan dan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan Wangsa Maju.

Saya yakin oleh sebab Yang Berhormat pun seorang wakil rakyat yang begitu aktif, itu sebabnya banyak juga aduan-aduan telah berjumpa dengan Yang Berhormat. Itu menunjukkan Yang Berhormat buat kerja, Yang Berhormat Wangsa Maju buat kerja. Akan tetapi kita mintalah…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sama dengan Yang Berhormat Menteri. Rajin sama Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Itu yang menyebabkan saya pun turun di kawasan Yang Berhormat tidak lama dahulu. Untuk makluman isu itu iaitu used car, memang pendirian baik DBKL atau pun kementerian sendiri, sepatutnya mereka perlu beralih supaya ada access road kepada Festival Mall itu. Peringkat awal golongan penjaja di situ, peniaga di situ telah bersetuju tetapi tempoh hari mereka tidak bersetuju dan proses perundingan masih berlaku. Akan tetapi Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri kena faham, used car itu adalah kuarters.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Memang Yang Berhormat. Hanya…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jadi kuarters tidak ada hak.
Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat tahulah mereka, nyaris-nyaris hendak bertumbuk dengan Yang Berhormat semasa saya turun hari itu. Jadi, oleh sebab saya ada di situlah mereka tidak. Jadi saya pun tidak mahu ada krisis di Wangsa Maju. Jadi, bagilah masa. Jadi mungkin Yang Berhormat…

■2210

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jangan bimbang, kita tidak takut benda ini. Sebab negara kita masih ada peraturan dan undang-undang, terima kasih.

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Boleh tidak saya jawab satu lagi

dan selepas itu boleh masuk. Yang Berhormat Wangsa Maju juga telah membangkitkan isu mengenai potret Datuk Bandar yang telah dimasukkan dalam banner ahli politik untuk majlis rumah terbuka. Jadi untuk makluman Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu minimum candidate Yang Berhormat.

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, banner yang dimaksudkan tersebut adalah dipasang oleh Pusat Khidmat Masyarakat Setempat semasa penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 yang dianjurkan bersama dengan badan-badan NGO kawasan Wangsa Maju pada 15 September 2012 yang lalu.

Walau bagaimanapun paparan potret Yang Berbahagia Datuk Bandar tersebut dibuat tanpa makluman atau kebenaran daripada DBKL. Perkara tersebut merupakan inisiatif penduduk setempat yang mungkin ingin mengalu-alukan kehadiran Datuk Bandar ke kawasan mereka dan bukannya bersifat ataupun atas kepentingan politik Datuk Bandar sendiri.

DR. 17.10 2012 193

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat nampak Datuk Bandar pun ada di sini, Datuk KSU pun ada di sini, Ketua Pengarah pun ada di sini. Ini adalah satu team work yang ada untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk masa akan datang. Jadi saya berharap Yang Berhormat silalah berjumpa dengan mereka ini pada bila-bila masa.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Kita sentiasa rela berjumpa tetapi masalahnya pegawai-pegawai DBKL ini amat besar. Mereka selalu ada singgah di sana, bermaharajalela, kita pun tidak ada peluang. Kita hendak pergi pun kita segan. Sebab itu kita jadi mandur kepada mereka. Kalau tidak kita tidak akan jadi mandur. Tetapi yang penting Yang Berhormat Menteri, itu tidak betul. Dalam potret dalam banner itu adalah banner Datuk Yew Teong Look yang merupakan bekas Setiausaha Parlimen dalam Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, bukan NGO-NGO.

Kalau hendak saya boleh bagi gambar juga. Sudah ada bukti. Jangan kelirukan Dewan. Saya nampak Datuk Bandar ini adalah winnable candidate. Saya setuju dan saya mengalu-alukan juga supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya ke-13 ini. Kita jemput datang ke Wangsa Maju pun tidak apa. Jangan sembunyi di dalam wilayah.

Kalau potretnya tidak diizinkan, tidak akan dinaikkan di Wangsa Maju. Saya tahu Datuk Bandar kita ini amat handsome. Saya memang kata handsome. Tetapi tidak payah hendak ada banner sebab kedudukan Datuk Bandar ini adalah sebagai satu mayor. Bukan mayor untuk MCA, atau mayor untuk Barisan Nasional, tetapi mayor untuk Kuala Lumpur.

Gaji beliau telah dibayar oleh warga kota. So jadilah pendirian untuk jadi satu kedudukan untuk jaga warga kota. Janganlah bebankan kita Ahli Parlimen menjadi mandur kepada DBKL. Saya berharap Yang Berhormat Menteri janganlah jaga Lembah Pantai sahaja, jaga Wangsa Maju juga. Jaga tempat lain di Wilayah Persekutuan. Supaya itu menjadi satu first class city.

Jangan benarkan kalau ada banyak tanah lapang terus ada penjaja. Kalau ada tanah lapang sedikit terus ada penjaja. Sekarang ini ada banyak aduan terhadap gerai-gerai haram yang dinaikkan di Wangsa Maju. Itu pun kena berhentikan. Kerusi meja dikeluarkan di tengah jalan untuk orang awam. Itu akan menggugat keselamatan orang ramai, di mana kalau accident, orang akan mati.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, saya berharap akan diambil perhatian terhadap perkara ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat kalau detail macam itu Yang Berhormat, bawa masa Jawatankuasa nanti Yang Berhormat. Malam ini kita confine kita sendiri kepada dasar. Sila Yang Berhormat.

DR. 17.10 2012 194

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan selamat datang kepada Datuk Bandar, dan rakan-rakan dari DBKL. Yang Berhormat Menteri, saya terkilan dan saya sedih dalam jangka masa lebih kurang dalam dua minggu atau tiga minggu ini akan ada perayaan Deepavali. Bulan hadapan 13 hari bulan.

Seharusnya pada masa ini apabila kita pergi ke Brickfields suasana lebih kurang Little India di situ, tetapi malangnya apabila saya hendak masuk pun warga Brickfields sudah telefon, something is wrong. Jadi saya berharap masalah festival Deepavali yang seharusnya sudah pun bermula a few days ago saya harap sesuatu yang baik dapat dilakukan dan capai satu persetujuan dan demi kebaikan dan teruskan apa yang sudah pun berlalu lama. Jadi itu satu.

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Boleh saya jawab Yang Berhormat. Saya mahu teruskan jawapan saya. Boleh saya terus jawab yang itu? Yang Berhormat permintaan daripada stakeholders Brickfields adalah untuk mengawal keadaan penjaja-penjaja. Di mana dahulu DBKL dikatakan tidak mengambil kira pekedai-pekedai yang sedia ada dan juga mereka daripada golongan OKU penglihatan ataupun dengan izin The Blind. Jadi oleh kerana itulah atas desakan stakeholder dengan izin daripada Brickfields ataupun Little India dahulu itu yang kawalan- kawalan tertentu dibuat di mana satu, tidak dibenarkan menjaja di atas laluan-laluan pejalan kaki.

Kedua kita mengadakan sistem pengundian akan diberi satu envelope yang dikatakan telah menyebabkan soal rasuah dan lain-lain timbul. Kita buat pengundian pada lot-lot kedai supaya siapa yang layak semua dapat mengundi. Jadi cara begitu adalah sistem yang sama kita gunakan semasa Bazar Ramadhan. Jadi saya rasa ia tidak menjadi masalah. Kepada mereka yang berniaga secara tulen, memang tidak ada masalah. Jadi inilah, kita tengok apa yang berlaku di mana proses itu akan dilaksanakan secara telus supaya mereka yang betul-betul tulen berniaga akan mendapat tempat berniaga. Yang Berhormat Wangsa Maju turut mempersoalkan mengenai…

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: …Pemindahan Pasar Danau Kota yang sepatutnya dipindahkan setahun yang lalu yang dikatakan turut menimbulkan suasana ganggu kacau dan masalah sosial tersebut.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga pemindahan aktiviti Bazar Larut Malam Danau Kota telah dibangkitkan lebih setahun lalu. DBKL sebelum ini mencadangkan dua lokasi pemindahan iaitu berhampiran KWSP Jalan 10/23E.

Walau bagaimanapun lokasi ini didapati tidak sesuai memandangkan telah terdapat pembangunan festival city dan juga meningkat bilangan kenderaan di kawasan berkenaan. Sementara lokasi cadangan kedua adalah berhampiran dengan Kampung Pengantin. Cadangan ini juga ditangguhkan kerana tidak dapat persetujuan daripada pekedai-pekedai di sekitarnya melalui bancian di lokasi berkenaan. Oleh yang demikian aktiviti di Danau Kota…

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: …Di bazar larut malam diteruskan…

DR. 17.10 2012 195

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Menteri, minta laluan Yang Berhormat Menteri…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan Yang Berhormat.

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Oleh yang demikian aktiviti di Danau Kota Bazaria Larut Malam…

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: … diteruskan dengan kawalan lalu lintas, kebersihan dan keselamatan ditingkatkan. Pada masa ini, DBKL telah menetapkan dua hari tidak berniaga iaitu pada setiap hari Isnin dan Selasa setiap minggu. Selain itu waktu perniagaan juga turut dipendekkan daripada jam 3 pagi kepada jam 2 pagi. DBKL juga akan memastikan tidak ada lagi mana-mana aktiviti Bazaria Larut Malam diluluskan pada masa akan datang, walaupun disedari bahawa aktiviti seperti ini banyak membantu peniaga-peniaga kecil khususnya untuk menambah pendapatan dengan menceburi peluang perniagaan. Seterusnya…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri minta penjelasan mengenai bazar larut ini. Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat Wangsa Maju saya rasa ada masa semasa dalam Jawatankuasa untuk saya menjawab lagi.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit sahaja sebab…

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top