14 October 2010 Questions Time: Just received the answer today! BN’s delivery system

SOALAN PADA 14 Oktober 20101 (Khamis):

Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta PERDANA MENTERI

menyatakan jumlah keluasan tanah, aset Kerajaan, jumlah projek-projek di Wilayah Persekutuan serta nilainya (seperti tanah di Institut Kesihatan di Bangsar) yang telah di monetized sejak tahun 2003 hingga 30 September 2010 dan apakah dasar kualiti hidup dalam Model Baru Ekonomi (MBE) yang menjamin perlestarian kehijauan, isu pengangkutan dan kepadatan kependudukan yang selesa yang dapat dijamin melalui MBE.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan yang didaftarkan di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah seluas 3893.70 hektar. Dalam ucapan Bajet 2009, Kerajaan telah bercadang untuk mengenalpasti tanah Kerajaan untuk di monetize. Sehingga 30 September 2010 tiada tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Wilayah yang telah disempurnakan jualannya kepada pemaju untuk tunai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk memuktamadkan proses jualan untuk beberapa tanah milik Kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Model Baru Ekonomi (MBE) mensasarkan matlamat mencapai taraf negara maju melalui 3 objektif utama iaitu, ekonomi yang berpendapatan tinggi, berterangkuman dan mampan. Objektif ke-3 iaitu kemampanan akan memastikan agar setiap langkah dasar yang dilaksanakan bagi mencapai objektif pertama, akan dijalankan dengan mengambil kira aspek kemampanan bagi memastikan suatu kualiti hidup yang baik dicapai untuk semua rakyat Malaysia serta berkekalan bagi generasi akan datang. Ternyata sekali, keadaan alam sekitar, system pengangkutan yang berkesan dan kepadatan kependudukan adalah merupakan antara aspek-aspek yang akan diambil kira bagi mencapai kemampanan yang berkesan.

Di antara elemen-elemen pembangunan mampan khususnya berkaitan pelestarian kehijauan selaras dengan cadangan yang dinyatakan di dalam Model Baru Ekonomi adalah pemuliharaan sumber asli, memanfaatkan kelebihan berbanding bagi produk dan perkhidmatan nilai tambah tinggi, memenuhi komitmen antarabangsa seperti mengurangkan jejak karbon dan memudahkan pemberian pinjaman dan pembiayaan bank bagi ‘pelaburan hijau’.

Dari aspek pengangkutan pula, Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memberi tumpuan kepada perancangan dan pembangunan pengangkutan awam yang holistic, termasuk integrasi dalam penggunaan tanah, penyepaduan antara pelbagai mod/sistem dan juga mengambil kira maklumbalas rakyat mengenai keperluan dan kehendak mereka.

Nota:

Saya amat hairan kenapakah soalan tidk boleh dijawab pada 14-10-2010. Jawapan diberikan kepada saya pada hari ini – 18-10-2010. Nampaknya soalan ini amat sensitif kerana ia menelibatkan tanah Institut Kesihatan. Jawapan yang diberikan pun tiada merujuk kepada tanah Institut Kesihatan di Bangsar. Tingkah laku EPU menimbulkan banyak soalan untuk saya membawa ke Parlimen untuk membahas semasa perbahasan Bajet 2010.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top