SOALAN-SOALAN DIBENTANGKAN OLEH YB WEE CHOO KEONG, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU UNTUK SESSI PARLIMEN MULAI PADA 16HB FEBRUARI, 2009
Soalan Untuk Jawapan Lisan (Questions For Oral Answers)
1. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk menghadapi peningkatan lagi gejala jenayah yang sudah berleluasa seperti rompakan, kecurian, jenayah kekerasan di Wangsa Maju serta tempat-tempat lain pada waktu negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang akan memaksa lebih ramai orang lagi terjerumus dalam kancah jenayah akibat tekanan hidup?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Home Affairs to state what actions have been taken and to be taken to tackle the increases of robberies, burglaries, snatch thieves and violent crimes in Wangsa Maju and elsewhere as the country slips into financial and economic recession that will drive people to more desperate acts to survive?
2. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kerjaraya supaya menerangkan mengapakah projek memperluaskan Jalan Gombak mengambil masa sebegini lama sampai bertahun-tahun, apakah sebab-sebab yang melengahkan kerja dan bilakah projek ini dijangka selesai serta apakah jumlah kos projek ini dan siapakah kontraktor yang terlibat?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Works to state why is the road widening project at Jalan Gombak taking so many years to complete, what is the cause of the delay, when will it be completed and what is the total cost of this project and who is the contractor?
3. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah 30 orang Hakim Mahkamah Sesyen hanya dinaik pangkat kepada Gred Khas C manakala Timbalan Pendakwa Raya yang tempoh perkhidmatan yang lebih singkat telah dinaikkan ke Gred Utama C dengan gaji dan elaun yang lebih tinggi, dan adakah hakim ini didiskriminasi supaya mereka akan akur kepada kerajaan?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Prime Minister to state why in the recent promotion of 30 Sessions Court Judges they were only upgraded to Grade Khas C whereas the Deputy Public Prosecutors with lesser years of service were promoted to Grade Utama C with higher salary and allowances, and are these judges being discriminated against so that they will be obedient to the government?
4. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan mengapakah Balai Polis Daing Wangi membenarkan jualan cakera video digital (DVD) cetak rompak secara terbuka di Jalan Petaling dan tidak mengambil tindakan terhadap ketua sindiket, Encik PHOH CHOONG KIN (I/C No: 810618-14-5629), yang telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai orang yang dikehendaki?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Home Affairs to state why the Daing Wangi Police Station is condoning the open peddling of pirated DVDs in Jalan Petaling and chose not take action against the DVDs syndicate chief, Mr PHOH CHOONG KIN (I/C No: 810618-14-5629), who has been on the police wanted list.
5. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan supaya menyatakan, demi menjaga kepentingan umum, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengawal kegiatan Air Asia menjual tiket penerbangan terdahulu (forward) yang sebenarnya merupakan “deposit taking” yang dilarang oleh pihak Bank Negara jika pengambil deposit itu bukanlah sebuah bank bawah kawalan Bank Negara?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Finance to state that in order to protect public interests what actions are the Ministry going to take to control the forward selling of plane tickets by Air Asia, which is equivalent to deposit taking and prohibited by Bank Negara unless it is a bank?
6. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Pengangkutan menerangkan mengapakah Air Asia dibenarkan berhutang “Airport Tax”, yang sebenarnya telah dibayar oleh semua penumpang dan dikutip oleh Air Asia dan setakat 29 Februari 2009, apakah jumlah hutang “Airport Tax Air Asia yang belum dibayar dan apakah tindakan MAB akan ambil untuk menuntut hutang tersebut?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Transport to state why Air Asia is allowed to owe Airport Tax, which has been already been paid by its customers and collected by Air Asia, and up to 28 February 2009 what is the total Airport Tax owed by Air Asia and what actions MAB is taking to recover such debts?
7. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mencegah dan menghukum peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dengan tidak menurunkan harga makanan khususnya bahan makanan asas memandangkan harga minyak telah diturunkan sebanyak 5 kali sejak kenaikan 70 sen seliter dahulu?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Domestic Trade to state what actions have been taken to prevent and punish the unscrupulous profiteering by traders who have not reduced prices of essential food items and other foods in view of the fact petrol prices have been revised down 5 times since the last increase of 70 Sen per liter?
8. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Perdana Menteri supaya menyatakan apakah tindakan yang telah atau akan diambil oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan cadangan Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat kes Video V K Lingam, memandangkan bahawa siasatan telah tamat dan kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Prime Minister to state since the investigations have been completed and the investigation papers have been sent to the Attorney General’s Chambers, what actions have been taken or to be taken by the Attorney General based on the recommendations of the Royal Commission Of Inquiry on the video clip on V K Lingam?
9. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan menerangkan sebab-sebab Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan kerugian kewangan besar RM18 billion seperti yang dilaporkan dalam suratkhabar pada 20 Januari 2009 dan memberi senarai penuh semua syarikat di mana Khazanah adalah pemegang saham serta jumlah saham yang dipegang oleh Khazanah dalam setiap syarikat tersebut serta pinjaman kepada syarikat-syarikat tersebut dan catatan untung atau rugi mereka pada tahun-tahun kewangan 2006 hingga 2009.
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Finance to state the reason why Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) made huge losses totaling RM18 billion as reported in the newspapers on 20-01-2009 and provide a full list of companies, of which Khazanah is a shareholder, and the total number of shares held in each of the companies and the amount of loans given to each of those companies and their respective profits or losses for the years ending 31-12-2006, 2007 and 2008.
10. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mencegah firma-firma audit di Malaysia daripada membantu syarikat-syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia memalsukan laporan kewangan mereka demi merahsiakan keadaan kewangan sebenar mereka daripada para pelabur am, memandangkan kejadian melibatkan pemalsuan laporan kewangan oleh Megan Media Berhad serta syarikat-syarikat ternama seperti Enron, Worldcom, Bernard Madoff and Satyam Computer Services dan firma audit terkenal seperti Arthur Anderson
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Finance to state in light of extensive frauds by big businesses like Megan Media Bhd and famous companies like Enron, Worldcom, Bernard Madoff and Satyam Computer Services working with help of renowned auditing firms like Arthur Andersen, what have been done to prevent audit firms in Malaysia to help public listed companies falsify their financial health & results to protect innocent investing public?
Soalan Untuk Jawapan Bertulis (Questions For Written Replies)
1. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan mengapakah Pejabat Tanah dan Galian di Wilayah Persekutuan menyewa tanah Lot 43, Seksyen 89A, Bandar Kuala Lumpur kepada Gembilang Heights Sdn Bhd (nombor syarikat: 226764-P) dengan kadar sewa RM9,000 sebulan sedangkan syarikat ini kemudiannya menyewa semula pada kadar lebih daripada RM19,000 sebulan dan apakah dasar kerajaan mengenai penyewaan tanah milikan kerajaan?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Natural Resources and Environment to state why did Pejabat Tanah dan Galian in WP lease the land known as Lot 43, Seksyen 89A, Bandar Kuala Lumpur to Gembilang Heights Sdn Bhd (Co No: 226764-P) at RM9,000-00 per month and it was then sublet for more than RM19,000-00 per month and what is the policy of the government on leasing out government land?
2. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan menyenaraikan semua pemegang saham tempatan dalam American International Assurance Co Ltd (AIA) setelah syarikat ini diperbadankan sebagai syarikat berhad serta butir-butir terperinci mengenai jumlah dan kos saham-saham yang diperolehi oleh pemegang saham tempatan tersebut.
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Finance to state who are the local shareholders of American International Assurance Co Ltd (AIA) after it has been locally incorporated and the detailed numbers of their respective shares and cost per share that they have purchased?
3. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya menjelaskan matlamat sistem “Approve Permit” (APs) untuk mengimpot kereta memandangkan bahawa AP ini hanya dijual kepada penjual kereta atau individu pada harga antara RM30,000 hingga RM50,000 atau lebih, bergantung kepada jenis kereta yang diimpot?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of International Trade and Industry to state what is the purpose of having the system of Approved Permits (APs) for importation of cars when a large number of such APs are sold to car dealers or individuals between the range of RM30,000 to RM50,000 or more each depending on the car to be imported?
4. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan supaya menyatakan jumlah saham Air Asia yang telah dibeli oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menyenaraikan butir-butir terperinci mengenai tarikh setiap urusniaga dan jumlah saham terlibat pada semua tarikh tersebut.
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Finance to state the total number of Air Asia shares purchased by EPF and to provide full details of the dates for each purchase and the total number of Air Asia shares purchased on the respective dates.
5. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri supaya menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak kerajaan terhadap pekerja asing tanpa permit kerja yang sah khususnya di Jalan Petaling.
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Home Affairs to state what actions have been taken or to be taken by the government against foreigners working without valid permits in Malaysia particularly in Jalan Petaling.