Melawat dan memujuk keluarga Kugan Ananthan
Earlier today YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Tan Sri Khalid, YB Datuk Husam (Kelantan Exco member from PAS), YB Dr. Siti Mariah Mahmud (MP for Kota Raja from PAS), YB S. Manikavasagam, YB R. Sivarasa and I were at the late Kugan Ananthan’s house to share our grief with his parents and find out more about his death.
Pagi tadi, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Tan Sri Khalid, YB Datuk Husam (Ahli Exco Kelantan Exco daripada PAS), YB Dr. Siti Mariah Mahmud (Wakil Rakyat Kota Raja daripada PAS), YB S. Manikavasagam, YB R. Sivarasa dan saya telah mengunjungi rumah mendiang Kugan Ananthan’ untuk menanggung bersama perasaan sedih dengan ibu bapanya serta mendapat lebih banyak maklumat mengenai kematiannya.
The parents alleged that Kugan’s death was due to police brutality. The police has a lot to answer because Kugan died in police custody. The Opposition Leader, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim has called for a Royal Commission of Inquiry into his death. The Opposition will take this up in Parliament as there have been too many deaths in police custody and such deaths must stop.
Ibubapa mendiang mendakwa punca kematian Kugan adalah keganasan polis. Banyak soalan perlu dijawab oleh pihak polis kerana mendiang Kugan meninggal semasa dalam tahanan polis. Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru supaya Suruhanyaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematiannya. Pihak Pembangkang akan membawa perkara perkara ini ke Parlimen kerana sudah terlampau banyak kejadian kematian semasa dalam tahanan polis dan kejadian ini mesti diberhentikan.
May God bless Kugan’s soul.
Semoga roh Kugan dilindungNya.
*Pictures courtesy of Saudara Asmawi Mohamad
* Gambar sumbangan Saudara Asmawi Mohamad
*Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong