Teks ucapan di Parlimen terhadap “Gang of Two”

Updated @ 4:45 pm 8-12-2011 from Kuching: Please read these two interesting articles “Did Danny Yusof nailed BN’s Coffin in Selangor” by ABITW, in HERE and “Now everybody can get screwed” by BigDog in HERE.

Di bawah adalah sebahagian daripada teks ucapan di Parlimen pada 18 Oktober, 2011 dari Hansard. 

17:00  18.10.2011

Tuan Yang di-Pertua,

Izinkan saya memberi pengesahan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebagai anak watan Kelantan yang menghayati adat dan budaya orang Melayu dan kebanyakan daripada rakan-rakan saya juga adalah orang Melayu, tidak kiralah sama ada mereka dari golongan assabiyah ataupun tidak, cara kehidupan dan budaya orang Melayu bukanlah asing bagi saya.

Tuan Yang di-Pertua,

saya ingin menegaskan bahawa saya bukan berhasrat untuk menjadi seorang yang anti Melayu ataupun sebarang ungkapan atau perkataan yang membawa maksud yang sedemikian. Akan tetapi saya ingin menegaskan akan sikap saya dan rakyat pada keseluruhannya yang tidak boleh menerima sama sekali terhadap tingkah laku beberapa individu yang tertentu yang telah diberikan kepercayaan dan amanah oleh kerajaan untuk mempertahankan hak-hak rakyat yang kebanyakannya juga adalah sahabat-sahabat saya daripada masyarakat orang Melayu.

Akan tetapi nampaknya mereka ini bukan sahaja membelakangi kepercayaan yang amanah yang telah diberikan oleh mereka malah telah cuba menghancurkan institusi tertentu yang telah dibangunkan dengan keringat dan air mata oleh orang-orang Melayu terdahulu dan sayangnya secara kebetulan mereka yang bersekongkol ini adalah dari kalangan orang Melayu sendiri yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi di dalam masyarakat kita hari ini.

DR 18.10.2011         87

Tuan Yang di-Pertua, mereka yang saya maksudkan adalah peneraju-peneraju korporat dalam GLC. Kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan atau rakyat kepada mereka ini telah dikhianati dan diambil kesempatan untuk menguntungkan diri mereka dan kroni-kroninya. Contohnya adalah seperti Tan Sri Azman Mokhtar dan Encik Mohamed Rashdan bolet digelar sebagai gang of two dalam GLC kita ini.

Izinkan saya memberi satu contoh di sini Tan Sri Azman Mokhtar dengan rakan kongsinya Encik Mohamed Rashdan Yusof juga bernama Danny, nama Mat Saleh pada tahun Januari 2002 menubuhkan satu syarikat bernama Bina Fikir Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat consultancy. Dalam tempoh sebulan BinaFikir telah dilantik oleh Tan Sri Md Nor Md Yusof selaku Pengarah Urusan MAS pada masa itu untuk menyelamatkan MAS dengan slogan menjadikan MAS asset like airline dengan izin.

Pada bulan Mac 2002, Tan Sri Azman dengan rakan kongsinya Mohamed Rushdan Danny boleh digelarkan sebagai gang of two tadi selepas ini memulakan pula dengan projek bernama Widespread Asset Unbundling (WAU) untuk menyelamatkan MAS. Dalam tempoh lapan setengah bulan pada November 2002 mereka ini menguar-uarkan kejayaan mereka dalam menyelamatkan MAS atau nama di bawah WAU tetapi geng of two ini tidak memberi satu gambaran yang sebenarnya. Saya percaya bahawa atas nama WAU inilah the beginning of new era of the cannibalization of MAS dengan izin. Perkataan menyelamatkan MAS adalah slogan untuk menyembunyikan cannibalization of MAS.

Pada 26 September 2003, Tan Sri Md Nor Yusof melancarkan WAU dengan rasmi dan mengisytiharkan penjualan 70% saham dalam MAS Catering Sdn. Bhd. (MCSB) seperti yang diuar- uarkan oleh gang of two ini to make MAS and asset airline dengan izin. Kenapa menjadikan MAS sebagai asset like airline, tiada butir-butir diumumkan seperti penukaran saham MAS – AirAsia dan collaborative frame work yang diumumkan oleh Tan Sri Azman Mohktar tanpa butir-butir pada 9 Ogos 2011. Keadaan yang sama, semuanya detil projeknya semua atas nama yang indah sahaja tetapi detailnya disembunyikan.

Saya percaya bahawa penjualan 70% MAS Catering ini adalah nasihat gang of two ini di bawah WAU. Pada 26 September 2003, Tan Sri Md Nor Md Yusof tidak mengumumkan bahawa siapakah yang telah jual MAS Catering dan apakah harga jualannya. Kita tahulah kenapa tidak dijawab kerana untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MAS Catering ini telah dijual kepada Gubahan Saujana Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh seorang tokoh peniaga yang amat terkenal iaitu Datuk Ibrahim bin Haji Ahmad tetapi asal namanya tidak ada cuma Haji Ahmad tetapi saya tahu dimiliki oleh Datuk Ibrahim bin Ahmad Badawi.

Kemungkinan besar bahawa Tan Sri Md Nor pada masa itu masih terikat dengan WAU. Satu perkara yang amat menyedihkan saya adalah serentak dengan penjualan MAS Catering, MAS pula menandatangani satu perjanjian eksklusif dengan MAS Catering untuk membeli semua bekalan makanan, minuman soft drink dan alcohol, kopi, teh, gula dan sebagainya termasuk kesemua perkhidmatan kabin untuk 25 tahun yang akan tamat pada tahun 2028.

DR 18.10.2011         88

Kontrak ini adalah kontrak yang berat sebelah kerana disembunyikan oleh geng of two ini juga termasuk Tan Sri Md Nor Md Yusof yang sekarang ini jadi Pengerusi MAS, baru-baru ini dilantik jadi Pengerusi MAS pula untuk menyelamatkan MAS. Mohamed Rashdan ini pula juga dilantik sekarang sebagai Deputy CEO hendak menyelamatkan MAS. Guarantee MAS mesti terhempas atau dikoyak di bawah pentadbiran mereka.

1710

Dengan secara ringkas cerita MAS Catering ini;

(i)  Harga makanan, perkhidmatan kabin adalah non negotiable dengan izin TuanYang di-Pertua,

(ii)         Tidak ada pilihan membeli bekalan makanan dan perkhidmatan service daripada

         orang lain kecuali MAS Catering,

(iii)         MAS telah terikat dengan perjanjian selama 25 tahun,

(iv)         Dalam tempoh beberapa bulan Gubahan Saujana Sdn. Bhd. ini yang dimiliki oleh

Datuk Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi jual 51% daripada 7% saham dalam MAS Catering kepada Tamadam Bonded Warehouse Bhd. dengan harga RM130 juta melalui share swap ataupun menukar saham juga,

(v)  Pada masa yang sama Gubahan Saujana Sdn. Bhd. telah jual baki 49% saham MAS Catering Sdn. Bhd. kepada LSG Asia GMBH, satu anak syarikat subsidiary kepada Lufthansa Airline daripada Germany yang kita tidak tahu berapa jumlah dijual kepada anak syarikat Lufthansa ini. Saya tahu beratus juta ringgit pun kerana 51% sudah nilai RM130 juta. Pentingnya sekarang kita hendak tahu berapakah MAS jual syarikat ini. Perkara ini, transaksi ini adalah dalam beberapa bulan sahaja, iaitu empat lima bulan sahaja,

(vi)  Pada 16 April 2004 nama MAS Catering Sdn. Bhd. – Nama pun, nama penerbangan negara kita pun ditukar kepada LSG Sky Chef-Brahim Sdn. Bhd. Nama inilah kita boleh nampak di KLIA atau di Pulau Pinang. Tengok sampai nama airline negara kita ditukar inilah orang yang tidak setia kepada negara kita. Inilah yang dapat manfaat, dapat faedah daripada kerajaan;

(vii)  jumlah perbelanjaan yang MAS bayar kepada LSG Sky Chef-Brahim Sdn. Bhd. adalah RM300 juta hingga RM400 juta setahun; dan

(viii)  LSG Sky Chef-Brahim Sdn. Bhd. mereka membekal 40,000 meal satu hari dan ia memberi perkhidmatan catering kepada 31 airline di KLIA dan airport di Pulau Pinang. Bayangkanlah katalah satu meal keuntungannya adalah RM2 satu hari sudah untung RM80,000 dengan buta-buta, sebulan RM2.4 juta, setahun lebih kurang sudah RM30 juta. Kenapa MAS perlu jual asset light, apa asset light? Asset lightnya untuk mereka boleh terbang. Mereka inilah yang boleh terbang.

DR 18.10.2011         89

Tuan Yang di-Pertua,

saya berharap Kementerian Kewangan jelaskan berapakah harga jualan 7% saham MAS Catering ini kepada Gubahan Saujana Sdn. Bhd? Apakah tindakan akan diambil terhadap kontrak eksklusif yang berat sebelah ini selama 25 tahun? Inilah satu beban kepada MAS. Inilah satu perkara yang mengakibatkan masalah kepada MAS hari ini. Kalaulah kerajaan hendak menyelamatkan MAS pada masa sekarang sila ambil tindakan terhadap kontrak ini. Kalau perlu luluskan satu undang-undang di sini membatalkan supaya kerajaan ataupun siapa pihak ada hak untuk membatalkan kontrak yang berat sebelah yang ditandatangani secara sulit, hendaklah dirahsiakan oleh orang-orang yang berconflict of interest.

Kes ini amat jelas. Satu syarikat yang dimiliki oleh siapa? Oleh siapa? Datuk Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi. Pada bila? 2003. Cek, 2004 tukar nama sekarang Syarikat Tamadam Bonded Warehouse Berhad. Keuntungan syarikat ini boleh kata kebanyakan 97% dalam websitenya menyatakan, 97% keuntungannya adalah daripada MAS Catering ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Ahli-ahli Yang Berhormat inilah kejayaan yang diuar-uarkan oleh gang of two ini. Kerajaan perlu menggunakan Projek WAU yang diuar-uarkan oleh gang of two ini supaya negara ini tidak ditipu sekali lagi dengan projek baru mereka yang bernama Collaborative Framework dalam perjanjian penukaran saham MAS dan AirAsia.

Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri Kewangan pun bila tanya apa itu Collaborative Framework? Tidak boleh dijawab. Jawabnya adalah apa? Kerjasama ini akan dimaklum dari semasa ke semasa. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada apa-apa pelan ataupun apa-apa Collaborative Framework ini. Ini adalah satu perkataan untuk projek untuk menipu rakyat, menipu wang rakyat melalui MAS. Tuan Yang di-Pertua sebentar lagi saya akan memberikan maklumat yang terperinci terhadap penukaran saham MAS-AirAsia tersebut. Selepas WAU ini gagal pada 1 Jun 2004, Tan Sri Azman Mokhtar telah direward atau diberikan ganjaran dengan pelantikan Pengarah Urusan atau CEO Khazanah Nasional Berhad.

Pada masa itulah BinaFikir Sdn. Bhd. yang diketuai oleh rakan kongsinya Encik Mohammed Rashdan Yusof also known as Danny berkembang. Kebanyakan portfolio projek BinaFikir pada tahun 2003, dengar dengan baik 2003 hingga 2009 tarikh yang amat penting adalah daripada siapa? GLC yang dikawal oleh Khazanah Nasional Berhad. Pada akhir musim honeymoon ataupun musim tingkat empat pada tahun 2008 BinaFikir Sdn. Bhd. dijual dengan harga berapa? RM8 juta satu syarikat konsultasi. Kepada siapa? Maybank Berhad salah satu GLC yang di bawah kawalan Khazanah juga. Khazanah ini dikawal oleh siapa? Tan Sri Azman Mokhtar pada tahun 2008. Bukankah ini adalah satu conflict of interest?

Siapa yang boleh percaya bahawa satu syarikat consultant BinaFikir Sdn. Bhd. yang berumur enam tahun sahaja tetapi nilainya RM8 juta. Perkara yang sebeginilah yang menimbulkan pelbagai persoalan kronisme, conflict of interest dengan izin dan lain-lain. Saya tidak mahu sentuh hubungan intim mereka dengan Datuk Kalimullah Maseerul Hasan yang terlibat dalam saham E&O baru-baru ini. Sahabat saya telah mengutarakan kisah E&O di Dewan yang mulia ini ahli daripada Bayan Baru.

DR 18.10.2011         90

Perhubungan intim mereka ini dengan gang of two ini dengan Datuk Kalimullah Hassan ini saya tahu, tetapi tidak payah hendak sebut kecuali saya dipaksa.

Tuan Yang di-Pertua,

walaupun dengan pengaruh amat hebat daripada Tan Sri Azman Mokhtar sebagai ketua GLC, tetapi kedudukan Encik Mohammed Rashdan Yusof (Danny) ini di dalam anak syarikat Maybank tidak boleh diselamatkan kerana protes yang hebat daripada para pekerja di dalam BinaFikir dan anak syarikat yang lain atas alasan keangkuhan dia, kerana qualificationnya dari University of Cambridge dan sebagainya. Qualification yang tinggi tidak semestinya memberi jaminan bahawa orang itu boleh menjalankan kerja yang baik untuk kepentingan syarikat dan kepentingan awam.

Sebab itulah Encik Mohammed Rashdan perlu diusir keluar daripada BinaFikir Sdn. Bhd., dengan serta-merta bekas rakan kongsinya Tan Sri Azman Mokhtar menyambut dia masuk ke dalam Khazanah, diberi pangkat yang amat tinggi. Sekarang Mohammed Rashdan Yusof ini dihantar ke dalam MAS untuk menyelamatkan MAS. Saya percaya dia memang terlibat secara mendalam dalam perundingan MAS Associate tersebut. Jika WAU di bawah kawalan gang of two ini telah gagal saya percaya bahawa share swap yang sulit ini juga akan gagal. Kegagalan selepas ini akan menghancurkan MAS.

Tuan Yang di-Pertua,

tokoh-tokoh korporat Melayu muda ini semestinya sedar untuk membangunkan bangsanya bukan memusnahkan harapan bangsanya di masa hadapan dan masa hadapan anak cucu bangsanya. Perkara inilah perlu diambil perhatian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tolonglah membetulkan, tolonglah perhatikan, tolonglah bertindak dengan tegas sebelum nasi jadi bubur’. Mereka ini boleh dianggapkan sebagai pepatah Melayu, ‘Harapkan pagar, pagar makan padi. Madu yang diberi, racun yang dibalas. Nila setitik, rosak susu sebelanga.’ Mereka inilah lupakan ‘di mana langit dijunjung di situ bumi dipijak. Tingkah laku mereka ini ibarat apa? ‘Habis madu sepah dibuang’ dan ‘macam kacang lupakan kulit.’

1720

Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil perhatian terhadap perkara ini. Puak-puak inilah banyak bermain wayang, pandai mengipas semata-mata untuk kepentingan mereka dan kroninya dan bekas rakan kongsinya seperti Mohammed Rashdan yang baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MAS yang tiada apa-apa pengalaman dalam industri penerbangan. Budak korporat sebeginilah yang Tan Sri Azman Mokhtar mahu negara ini percaya bahawa dia inilah yang boleh menyelamatkan MAS padahal sebenarnya orang sebeginilah akan menghancurkan MAS.

Terbukti dalam kes WAU, MAS dalam keadaan yang demikian diberikan itu semua, diselamatkan di bawah nama WAU 2003 sehingga sekarang 2011 sudah lapan tahun koyak pula. Menyelamatkan MAS ini bukanlah melalui orang-orang yang qualificationnya tinggi.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan ini, satu contoh lagi pada pentadbiran masa itu tingkat empat, Dato’ Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan. Beliau ini flying very high masa itu dengan izin, dia dilantik sebagai Pengerusi Bernama, Pengarang NST dan Director kepada MBf Holding bersama dengan rakan baiknya Encik Azizan Abu Bakar. Kedua-dua orang ini juga

DR 18.10.2011         91

terkenal dengan skandal saham E&O dan juga Dato’ Seri Kalimullah bin Masheerul Hassan ini juga terlibat dalam kes penukaran saham ini. Beliau adalah seorang pemegang saham dan juga pengarah dalam AirAsia X Sdn Bhd.

Untuk rekod Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Seri Kalimullah ini pernah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba. Beliau terpaksa meletak jawatan selepas tempoh masa yang amat singkat, dua, tiga bulan sahaja kerana tidak dapat kebenaran atau kelulusan daripada cawangan khas. Berkemungkinan besar orang ini, adalah orang operatif untuk Singapura. Adalah tidak mengejutkan kepada saya bahawa dia telah terlibat dalam episod mesyuarat di Singapura dengan tokoh politik pembangkang Malaysia dan dengan tokoh politik di Singapura. Baru–baru ini dalam blog dan dalam surat khabar kita boleh baca, TV3, ini adalah jenis orang yang saya rujukkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua,

tingkah-laku sebegini adalah tindakan tanpa belas ihsan merampas harta rakyat maka hanya perkataan pengkhianat negara dan perompak negara adalah lebih sesuai bagi orang- orang yang sebegini. Malah sepatutnya diusir sahaja dari negara tercinta ini supaya mereka boleh pergi ke tempat negara yang lain yang dicintai oleh mereka. Jangan duduk di negara kita.

 Dato’ Haji Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Yang Berhormat .

 Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua. Saya mencadangkan kerajaan khususnya..

 Dato’ Haji Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Yang Berhormat, minta laluan. Tuan

 Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak ada masa. Minta maaf sebab… Dato’ Haji Wan Abd

Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Sedikit sahaja. Sedikit sahaja…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak ada masa. Minta maaf. Minta maaf. Dato’ Haji Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya mencadangkan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat satu kajian yang menyeluruh terhadap GLC di bawah Khazanah agar dapat diperbetulkan di samping mencari tokoh-tokoh muda yang berkaliber, yang jujur, bukannya semata-mata berdasarkan pencapaian akademik sahaja.

Sewajarnya mereka yang berpengetahuan dan lama berkhidmat dalam GLC perlu diberi pengiktirafan. Suara mereka ini amat penting kerana mereka ada pengalaman yang mendalam. Kebanyakan mereka yang diberi peluang sekarang yang menerajui GLC-GLC adalah di bawa masuk dari luar dan hanya berdasarkan pencapaian akademik ataupun intelektual dan tidak kurang juga kerana mereka ada hubung kait waris, kroni dan kepentingan perniagaan. Contoh tepat sekali adalah Rashdan dengan Tan Sri Mokhtar dan juga Dr. Wafi di MAS dibawa oleh Tan Sri Mat Noor masuk oleh kerana beliau adalah anak Menteri pada masa itu Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Tuan Yang di-Pertua,

jika kerajaan benar–benar mahu menjayakan sebuah transformasi kerajaan demi pencapaian dasar ekonomi baru, ataupun pengagihan ekonomi bumiputera sehingga tidak

DR 18.10.2011         92

mencapai sasaran 30%. Selagi tidak ada political will sampai bila pun sasaran itu tidak akan berjaya

Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya masukkan di sini isu penukaran saham MAS-AirAsia Collaborative Frameworks yang diuar-uarkan oleh gang of two ini.

Tuan Yang di-Pertua sebelum saya membangkitkan isu penukaran saham AirAsia ini saya ingin memberikan latar belakang AirAsia dan AirAsia X. Secara ringkas AirAsia Sdn Berhad satu, dari tahun 2002 hingga 2009, AirAsia diberikan banyak kemudahan oleh kerajaan .

Kedua, Lapangan Terbang LCCT dibina dua kali oleh kerajaan dengan kos berjumlah lebih kurang RM250 juta ringgit oleh Syarikat Fajar Baru daripada kawasan Rembau di Seremban.

Ketiga, AirAsia mendapat hak keistimewaan untuk menyimpan airport tax sebanyak RM120 juta dan atas tekanan di Parlimen, hutang tersebut di bayar tanpa faedah tetapi dengan diskaun 30%. Ini wang rakyat, ini bukan wang AirAsia. AirAsia ini menjadi unit collecting agent untuk mengutip airport tax dan syarikat AirAsia ini perlu hantar MHB tapi mereka tidak .

Keempat, sampai hari ini airport tax berjuta-juta ringgit untuk tiket yang telah di profit ataupun untuk no show passenger dengan izin, disimpan oleh AirAsia dan Kementerian Pengangkutan telah berjanji dalam Dewan pada 8 Jun 2001 memberi jumlah airport tax ini. Baru hari ini, petang ini kementerian baru beri kepada saya jawapan terhadap perkara ini di mana MOT telah mengesahkan bahawa sejumlah RM6.4 juta PSC tidak dikembalikan oleh AirAsia untuk penumpang no show dan penumpang yang tidak mengadakan penerbangan lanjutan pembatalan, penerbangan bagi tempoh 1 Mei 2002 hingga 31 Ogos 2011.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat boleh mula gulung.

 Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, sedikit lagi. AirAsia X Sdn Berhad ini pada 19 Mei 2006, Fly Asian Express, satu. Fly Asian Express Sdn Bhd nama pendeknya FAX telah ditubuhkan.

Kedua, pemegang saham FAX melalui Arrow Venture Sdn Bhd adalah Dato Kalimullah Masheerul Hassan di kedua-dua ini adalah daripada ECM Libra, Tan Sri Tony Fernandez dan Datuk Kamarudin Meranun melalui Tune Air Sdn Bhd dan beberapa warganegara asing pemegang asing berjumlah 34.7% dan AirAsia X ini.

Ketiga, FAX melobi dan dibenarkan mengambil Rural Air Service (RAS) untuk Sabah dan Sarawak dari MAS. Kerajaan dalam tiga bulan mengeluarkan Air Operation Certificate (AOC) kepada FAX untuk beroperasi airlines walaupun FAX tidak ada pengalaman langsung.

Keempat FAX bermula operasi RAS ini pada 1 Ogos 2006 dan kerajaan pada masa itu dengan serta-merta memberi RM200 juta subsidi untuk menjalankan RAS ini dan MAS dipaksa memberi perkhidmatan teknikal sehingga Februari 2007.

Akan tetapi dalam tempoh yang singkat dalam lapan bulan pada Julai 2007 FAX perlu berhenti perkhidmatan rural air services ini kerana mereka tidak ada pengalaman dan kerana mereka hendak mendapat subsidi sahaja daripada kerajaan. Kerajaan terpaksa pada masa itu kerana tekanan daripada tokoh-tokoh politik daripada Sabah dan Sarawak mengambil tindakan memberhentikan kontrak itu dan

DR 18.10.2011         93

mengarahkan MAS mengambil alih pula. MAS pula mengambil alih terdapat bahawa tujuh pesawat semua inability, tidak boleh terbang lagi. MAS menggunakan RM35 juta untuk refurbish cost pada perkara ini.

1730

Sampai hari ini, Tan Sri Azman Mokhtar tidak mengarahkan MAS mengambil tindakan untuk mengambil balik RM35 juta ini daripada FAX. Walaupun FAX ini telah gagal menjalankan RAS ini tetapi kerajaan tidak menarik balik AOC certificate ini. Pada 21 September 2007, Fly Action Express ini (FAX) menukar nama pula daripada AirAsia kepada apa? AirAsia X Sdn Bhd. Menggunakan AOC ini, certificate ini untuk sebagai long haul airlines.

Ada banyak lagi dan setakat ini juga pada 16 Ogos 2001, Tan Sri Azman Mokhtar semasa berdialog dengan blogger, beliau berkata apa? Deal AirAsia X ini, 10% ini, untuk Khazanah, ada option membeli ini, adalah satu dodgy deal. Akan tetapi walaupun dodgy deal, hendak beli lagi Khazanah. Untuk makluman Tan Sri Azman Mokhtar, walaupun satu dodgy deal ini, Khazanah masih perlu melantik investment bankers Stanley Morgan untuk membuat valuation.

Tindakan yang amat bodoh sekali, membazirkan wang rakyat. Inilah tindakan yang Tan Sri Azman yang buat. Begitu juga dengan Fly Action Express sekarang ini menggunakan pelbagai taktik dalam akaun penyata akaunnya. Pada tahun 2009, telah mengalami kerugian sebanyak RM90 juta. Pada tahun 2010, belum submit penyata akaunnya lagi.

Dalam pasaran saham, semasa Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandez mengisytiharkan perjanjian penukaran saham ini di Kuala Lumpur. Saham AirAsia sebelum itu naik terus sampai RM4.00 dan turun kepada RM3.90 sen. Beratus-ratus saham telah ditukar tangan. Daripada 3 Ogos, 1,059 ribu lot. Pada 4 Ogos, 1,081 ribu lot, 5 Ogos sebanyak 36,000 ribu lot dan pada 7 Ogos gantung. Buka pasaran pada 10 Ogos – 9,500 ribu lot telah dijual. Pada 11 Ogos – 532 ribu lot dijual pada 11 Ogos dan yang lain.

 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

 Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini telah menunjukkan 40 sen. Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sejumlah 40% dan saya berharap SC mengambil tindakan. Begitu juga AirAsia deal ini, MAS–AirAsia deal ini transaksi yang berbilion-bilion ringgit tidak diumum kepada Bursa Kuala Lumpur. Peraturan dalam Bursa Kuala Lumpur, satu syarikat awam perlu membuat satu laporan supaya investing public boleh di protected, boleh dipertahankan. Ini supaya mereka tahu apakah itu saham-saham yang mereka beli, apa latar belakang mereka. Apa yang sedang berlaku. Tidak dilaporkan.

Cumanya isytiharkan pada 10 Ogos dan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah mengarahkan SC dan Bursa Kuala Lumpur ambil tindakan. Akan tetapi amat penting, kenapakah Tan Sri Azman Mokhtar ini dan Rashdan, seorang yang berqualification amat tinggi membuat kesalahan yang amat serius ini. Kerajaan mesti buat satu contoh, orang-orang sebegini yang memberi amanah oleh

DR 18.10.2011         94

kerajaan sendiri, oleh bangsa dia sendiri dan mereka buat apa. Membuat kesalahan ini, sembunyikan transaksi ini. Untuk apa? Untuk kepentingan mereka dalam penukaran saham MAS dan AirAsia ini.

Ini adalah amat penting. Ambil tindakan, beliau Tan Sri Azman Mokhtar ini perlu letak jawatan dengan serta merta oleh kerana adalah satu bukti yang amat jelas dalam Bursa Kuala Lumpur. Kita tengok dalam announcementnya tiada apa-apa announcement sebelum itu. Satu transaksi yang berbilion-bilion ringgit tidak ada announcement. Dalam juga itu…

 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan.

 Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Dalam itu peraturan 1.1 ataupun peraturan 9.03, disclosure guide bursa Kuala Lumpur yang menentukan bahawa any information is considered material if it is reasonably expected to have a material effect on:

 (a)         price value or market activity of any of its securities; or (b)         investor decision in determining his choice of action.

Peraturan 1.1(1). In making the assessment of whether an event or information is material for the purpose of the announcement. It is important for the listed issuer to take into account, relevant factors such as the following;

(a)         the anticipated impact of the information on the listed issuer and scope of activities;

(b)  the anticipated impact of the information on the listed issuer’s financial position or performance; and

(c)  the relevance of the information on the factors that determines the price of the listed security.

Ini adalah amat luas dan juga kuasa Bursa Kuala Lumpur adalah amat luas di bawah peraturan 16.9(1a).

(i)         issuance of caution letter; (ii)         issuance of private reprimand; (iii)         issuance of public reprimand; (iv)         issuance of fine not exceeding RM1 million; (v)         issuance of letter directing listed management company to rectified the non-compliance.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit lagi, hendak habiskan ini supaya kita boleh tahu dengan jelas.

(vi)         In position of one or more condition for compliance.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya tahu sekarang ini Tan Sri Zarinah Anwar sebagai Pengerusi SC perlu ambil tindakan di bawah arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selaku Menteri Kewangan. Saya rasa tidak payahlah, sebab ada banyak masalah, beliau ada banyak masalah kerana Azizan Abu Bakar, E&O. Lebih baik Tan Sri Zarinah untuk prinsip ketelusan tidak memihak

DR 18.10.2011         95

kepada sesiapa, elakkan tuduhan conflict of interest. Jemput SPRM, masuk bersama-sama menyiasat kes E&O, kes penukaran saham ini kerana tidak diumumkan di bursa Kuala Lumpur dan insider trading.

Barulah boleh restore confident kepada rakyat. Barulah pelabur asing, pelabur dari luar untuk FDI boleh – baru ada confident, keyakinan untuk melabur dalam negara kita. Kalau tidak, saya percaya kemungkinan kalau ada siasatan pun oleh SC atau Bursa Saham Kuala Lumpur, semua siasatan ini boleh kata main-main sahaja. Ini kerana mereka ini semua boleh kata abang adik semua. Begitu juga Bursa Saham Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Khazanah juga. Khazanah ada saham. So, bagaimana mereka boleh menyiasat.

Kalaulah kita hendak perlu menyiasat, saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tolonglah menjemput SPRM bersama-sama dengan SC dalam bursa saham untuk menyiasat kes penukaran saham dan juga saham AirAsia dan MAS dan juga E&O.

 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kita perlu ada satu royal commission…

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Satu royal commission untuk menyiasat kenapakah MAS dalam keadaan yang sedemikian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, terima kasih.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Selalu kita perlu untuk projek-projek untuk menyelamat. Oleh kerana MAS ini adalah terlampau banyak leakage di engineering department. Kalaulah MAS ada keuntungan setiap tahun sebilion ringgit, kalaulah kita plug leakage-leakagenya. Katalah kita menjimatkan 10%, sudah ada keuntungan RM100 juta, MAS. Kalau plug RM20 juta leakagenya, berhentikan leakagenya 20%…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat… Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Kita sudah dapat RM200 juta. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, cukup-cukup Yang Berhormat, terima kasih. Janganlah okey-okey, cakap sini-sini, cakap sana, apa Annuarinaz ini.

Perkembangkan terbaru di mesyuarat townhall MAS pagi ini (7-12-2011). Baca BigDog di SINI.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top