SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
My posting on the support for the call by YB Azmin Ali for the reshuffle of the Selangor exco was very simple and clear. I had not mentioned the name of the exco member concerned or which political party he or she belonged to. YB Ronnie Liew Liu jumped at the statement in my blog just like YB Teresa Kok jumped at YB Azmin Ali’s speech in the Selangor State Assembly calling for the reshuffling of the Selangor state exco.
My statement on the subject matter was in response to YB Teresa Kok’s call for the sacking of YB Azmin as the president of the Backbencher’s Club. I was extremely surprised to discover that my said response had touched the raw nerve of YB Ronnie Liew Liu. I can understand YB Teresa Kok hitting the roof for I have specifically accused her of describing herself officially as the “senior” exco when there was no such provision in the Selangor State Constitution for such a position. Of course, she didn’t reply to this accusation of mine.
In response to my earlier statement, YB Ronnie Liew Liu had said that what I had stated “stemmed from a grudge he held against the party leaders” and that I had left DAP. For the record, in 1998 I was sacked from the DAP on the ground that I did not show affections to the party leaders. However, it is now water under the bridge. YB Lim Kit Siang had stated in Parliament that YB Lim Guan Eng, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim and I were victims of injustice of BN. I had also made similar statements in Parliament. I had also supported motions and statements of DAP MPs including YB Lim Kit Siang in Parliament. I am glad to state that I have a good working relationship with YB Lim Kit Siang and other DAP MPs in and out of Parliament.
Therefore, it was most ridiculous for YB Ronnie Liew Liu to use such excuses. If YB Ronnie Liew Liu’s excuses hold water then YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, as the Opposition Leader, will not be able to bring up any issue concerning BN because he was the ex-Deputy PM and had also been sacked from UMNO just like I was sacked from DAP.
In any event, YB Ronnie Liew Liu should not be so agitated or angry over my statement because I did not identify him or his party. Furthermore, YB Ronnie Liew Liu is not the only exco member and there are other exco members belonging to PKR and PAS, and none of them got agitated over my said statement of two days ago. I cannot help but to state that …
SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
I may not have visited the office of that particular exco member but that does not mean that I am totally unaware of the happenings there. Just like the police, they never visited the brothels, massage parlours, gambling dens, etc. and yet they knew of the activities and they took actions based on information received. I shall reveal the name of the exco member at the appropriate time.
My interest in this issue is as a Pakatan Rakyat member and MP, who wants to ensure that the coalition continues to be transparent about the way it conducts business and serves the people. I believe that YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok do share the same aspirations.
Like YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok, I also welcome the investigation by the police or any other authorities into this matter and shall fully co-operate with them.
– Terjemahan oleh Khairul Anuar – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –
SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
Kenyataan saya dalam blog yang menyokong saranan YB Azmin Ali supaya diadakan pertukaran untuk exco Selangor adalah mudah dan jelas. Saya tidak pernah menyebut nama exco yang terlibat atau dari parti mana beliau berada. YB Ronnie Liew Liu melatah ke atas kenyaatan blog saya sama seperti YB Teresa Kok melatah di atas ucapan YB Azmin Ali semasa di Dewan Negeri Selangor yang mencadangkan supaya diadakan pertukaran untuk exco kerajaan negeri Selangor
Kenyataan saya adalah berdasarkan ucapan balas kepada saranan YB Teresa Kok supaya memecat YB Azmin sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan. Saya sangat terkejut kerana ucapan saya menyinggung YB Ronnie Liew Liu. Saya dapat memahami perasaan YB Teresa yang tidak berpuas hati dengan saya kerana saya telah menuduh beliau menggelarkan beliau sendiri sebagai ‘senior’ exco walaupun tidak ada terma didalam Perlembagaan Negeri Selangor untuk jawatan sedemikian. Tentu sekali beliau tidak membalas balik tuduhan saya itu.
Dalam memberi maklum balas kepada kenyataan awal saya, YB Ronnie Liew Liu menyatakan bahawa apa yang saya telah utarakan adalah kerana ‘dendam saya terhadap kepimpinan parti’ dan kerana saya telah keluar parti DAP. Untuk makluman semua, saya telah dipecat dari DAP pada 1998 atas alasan saya tidak menunjukkan kesetiaan kepada pucuk pimpinan. Namun, peristiwa ini telah berlalu. YB Lim Kit Siang telah menyatakan di parlimen bahawa YB Lim Guan Eng, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya dalah mangsa kepada ketidakadilan Barisan Nasional. Saya juga ada membuat kenyataan yang serupa di parlimen. Saya juga menyokong usul dan kenyataan dari ahli-ahli parlimen DAP termasuk YB Lim Kit Siang di parlimen. Saya gembira untuk menyatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan YB Lim Kit Siang dan ahli-ahli parliament DAP yang lain baik di dalam mahupun di luar parlimen
Oleh itu, alasan yang dihujah oleh YB Ronnie Liew Liu itu adalah amat tidak berasas sama sekali. Seandainya alasan YB Ronnie Liew Liu boleh diterima pakai, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang tidak layak untuk mengemukakan sebarang isu berkaitan BN kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri yang telah dipecat daripada UMNO, sama seperti saya yang dipecat daripada DAP
Sepatutnya YB Ronnie Liew Liu tidak perlu untuk melatah dan marah dengan kenyataan saya kerana saya tidak menyebut nama beliau atau nama parti beliau. Tambahan pula, bukan hanya YB Ronnie Liew Liu seorang sahaja yang memegang jawatan ahli exco, ada lagi ahli exco yang lain daripada PKR dan PAS, dan mereka pula tidak langsung ‘terasa’ dengan kenyataan yang saya utarakan dua hari lepas. Perumpamaan yang paling sesuai saya berikan adalah SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
Saya mungkin tidak melawat pejabat ahli exco tersebut tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak mengetahui apa yang telah berlaku di sana. Sama seperti polis, mereka tidak pernah melawat rumah tumpangan, rumah urut, pusat perjudian dan sebagainya. Tetapi mereka masih dapat mengetahui aktiviti yang berlaku berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan mendedahkan nama ahli exco yang terlibat pada masa yang sesuai kelak
Perhatian saya pada isu ini sebagai ahli Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen yang mahukan pakatan rakyat ini meneruskan ketelusan untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya percaya YB Ronnie Liew Liu dan YB Teresa Kok juga berkongsi cita-cita yang sama.
Seperti YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok, saya juga mengalu-alukan siasatan daripada pihak polis atau mana-mana badan penguatkuasa ke atas isu ini dan saya berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.