Minister of Finance answers who are the owners of POS Malaysia.
No: 14. PR-1213-L15793
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah pemilik sebenar POS Malaysia, mengapakah Kerajaan memilih POS Malaysia sebagai ejen Kerajaan untuk melaksanakan pembayaran rebat (minyak) dan berapakah kadar komisen atau caj yang dibayar atau akan dibayar oleh Kerajaan kepada POS Malaysia untuk pembayaran rebat tersebut.
Jawapan:
Untuk makluman Yang Berhormat, pemenggang-pemengang saham yang terbesar untuk Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) setakat Ogos 2008 adalah seperti berikut:
Khazanah Nasional Bhd – 32.22%
Kumpulan Wang Simpanan Perkerja – 9.74%
Aberdeen Asset Management PLC – 9.38%
Aberdeen Asset Manageme3nt Asia Ltd – 7.51%
Utilico Emerging Market Limited – 6.96%
JUMLAH 65.81%
Baki saham 34.1% depengang oleh 27,000 pemengang saham lain yang masing-masing memiliki pegangan kerang daripada 5%.
2. Kerajaan memilih Pos Malaysia untuk melaksanakan pembayaran rebat tunai di bawah penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel memandangkan aktiviti pengurusan bayaran bukanlah merupakan perkara baru kepada Pos Maslaysia selaku salah satu agen pungutan bagi pembayaran bil setempat, cukai tanah, transaksi pelaburan amanah saham Bumiputera dan sebgainya.
3. Di samping itu, Pos Malaysia yang mempunyai 686 buah cawangan di selurh Negara serta dilengkapi dengan sistem on-line dengan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menjadi pilihan utama orang ramai untuk membaharui cukai jalan di mana 60% daripada aktiviti ini telah diuruskan oleh Pos Malaysia. Kerajaan juga telah mengambil kira factor keupayaan Pos Malaysia untuk melayani tuntutan pemilik-pemilik kenderaan yagn telah membaharui cukai jalan pada bulan April hinggas Mei 2008 iaitu sebelum pelaksanaan pembayaran rebat tunai deperkenalkan pada Jun 2008. Berasarkan factor-faktopr ini, Kerajaasn yakin Pos Maslaysia dapat melaksanakan tugas pembayaran rebat tunai dengan lancer.
4. Pada masa ini, kadar bayaran komisen atau caj yang akan dikenakan kepada Kerajaan masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan Pos Malaysia.
Soalan tambahan saya:
Datuk Yang di Pertua,
Memandangkan harga minyak telah turun sekarang samada Kerajaan berhasrat memberi lebih rebat minyak kepada rakyat jelata.
Saya amat hairan kenapa sampai kini Kerajaan dan Pos Malaysia belum menentukan caj-caj perkhidmat untuk pembayaran rebat minyak ini. Samada Kerajaan melaksanakan satu tender terbuka sebelum melantik Pos Malaysia sebaqgai agen Kerjaan untuk perkhidmatan tersebut.
Jawapan Timbalan Menteri:
Kerajaan tidak melaksanakan open tender kerana tidak cukup masa.