Questions Time, 19 August 2008

Petronas lost RM300,000 for cancelled Cape Town trip in South Africa.

Soalan:

YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri untuk menyatakan dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa, mengapa Petronas memilih untuk mengadakan seminar di Afrika Selatan pada bulan Julai 2008 untuk para eksekutif-eksekutifnya dengan penerbangan kelas pertama, dan kemudian mengapakah seminar tersebut dibatalkan dan berapakah kos perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh Petronas disebabkan pembatalan tiket-tiket pernerbangan dan juga tempahan bilik-bilik hotel.

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Petronas Group Health, Safety and Environment (HSE) Forum adalah merupakan forum tahunan yang dianjurkan Petronas untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai amalan-amalan terbaik dan perk3embangan terkini di dalam bidang HSE. Forum tahunan ini mula deperkenalkan 1 tahun yang lalu dan telah diadakan di pelbagai lokasi operasi Petronas di dalam dan di luar Negara.

Pada tahun 2007, Petronas telah membuat keputusan untuk memilih Engen Petroleum Limited (Engen), anak syarikatnya yang beribu perjabat di Cape Town, Afrika Selatan sebagai hos kepada Forum HSE untuk tahun 2008.

Walaubagaimanpun, setelah mengambilkira keadaan ekonomi dunia semasa serta seruan Kerajaan supaya megnambil langkah berhemah, Petronas telah membuat keputusan untuk mengadakan forum tersebut di Malaysia. Berikutan keputusan menukar venue Forum dari Cape Town, Afrika Selatan ke Malaysia, Petronas terpaksa menanggung kos sebanyak RM300,000-00 akibat pembatalan tiket-tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Cape Town, Afrika Selatan . Tiket-tiket karpal terbang yang ditempah untuk sebahagian besar peserta-peserta yang bakal menghadiri Forum HSE 2008 tersebut adalah untuk kelas ekonomi. Walau bagaimanapun, pembatalan tempahan bilik-bilik hotel di Cape Town tidak melibatkan sebarang kos kepada Petronas. Dalam hal ini, walaupun keputusan tersebut telah menyebabkan Petronas menanggung sejumlah kerugian, ia masih menjimatkan berbanding dengan kos sekiranya forum berkenaan diadakan di Afrika Selatan.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 679

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top