Minister of Home Affairs refused to provide answers for “Total police reports lodged in Wangsa Maju for each year since 2000.”
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa laporan polis telah dilaporkan di Balai Wangsa Maju setiap tahun daripada 2000 sehingga 31 Julai 2008 dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak polis dan akan diambil untuk mengurangkan kadar jenayah di Wangsa Maju.
Jawapan:
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 8,682 laporan telah diterima oleh Balai Polis Wangsa Maju setakat 10-08-2008. Laporan yang diterima teresebut meliputi permasalahan orang awam kepada pihak polis untuk diambil tindakan siasatan, atau untuk dirujuk di Mahkamah, atau dirujuk ke lain-lain Jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (Contoh: hilang lessen memandu, Imigresen (Contoh: hilang passport, Jabatan Pendaftaran Negara (Contoh: hilang kad pengenalan) Jabatna Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan sebag
Untuk maklumkam Ahli Yang Berhormat juga, sebanyak 173 kes Jenayah Indeks dilaporkan setakat Julai tahun 2008. Inin menunjukkan peningkatan sebanyak 1 kes sahaja dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2007 iaitu 172 kes. Pihak polis sentiasa dari semasa ke semasa melaksanakan pelbagai operasi pencegahan jenayah bersama pelbagai agensi Kerajaan seperti RELA, Agensi Anti Dadah , Imigresen dan sebagainya bagi membasmi pelbagai jenayah seperti penagih dadah, pendatang tanpa izin dan lain-lain. Anggota sukarelawan polis turut dilibatkan dalam operasi-operasi yang dijalankan. Pihak polis juga turut turun kepada pelbagai organisasi seperti pertubuhan penduduk dan sekolah-sekolah sebagai usaha menangani jenayah dari segenap sudut dan aspek. Selain itu, pihak polis juga akan melancarkan Community policing, iaitu Pilot Project di Perumahan Desa Rejang dan PPR Seri Semarak. Skim Rondaan Sukarella juga akan turut diperkenalkan di Kawasan-kawasan perumahan yang mana akan melibatkan kerjasama orang ramai dalam membantu mencegah jenayah khususnya di Kawasan-kawasan perumarahan yang mana akan melibatkan kerjasama orang ramai dalam membantu mencegah jenayah khususnya di Kawasan penempatan masing-maisng. Pihak polis juga akan mendirikan tiga (3) buah pondok polis komuniti iaitu di Seksyen 5, satu di Wangsa Maju Perkasa dan satu di Taman Sri Rampai. Dua buah Balai Polis functional juga akan diwujudkan di Taman Melati dan Wangsa Link.
Note:
The Minister of Home Affairs was not answering the question posted in this blog. He was merely sating 173 cases for July 2008 as compared to 172 for the same period in 2007 – an increase of 1 cases. My questions are: Total police reports lodged for each year since 2000. The Minister refused to provide the cases reported to Wangsa Maju Police Station since 2000 up to 31 Julai 2008.
It is a wishy- washy answer to say the least. I shall pursue this matter again in the next Parliamentary Session, which will be around February 2009.