YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan atas alasan apakah pengurusan MAS “re-branding” MAS dan menukarkan warna corporate iaitu biru tua dan merah kepada biru muda dan sila memberikan jumlah kos utuk “re-branding” ini (baryaran kepada Landor Associates di UK dan konsultant lain?
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, MAS kini sedang giat melaksanakan pelan pemulihan syarikat dengan sasaran untuk mencatatkan keuntungan menjelang tahun 2014. Antara strateginya adalah untuk menarik semula penumpang melalui penjenamaan semula MAS dan memperkenalkan logo baru eksklusif untuk pesawat Airbus A380 yang merupakan New Flagship Aircraft. Warna logo MAS bagi pesawat tersebut ditukar kepada biru bagi memperingati pelancaran pesawat super jumbo milik MAS yang mula beroperasi pada 1 Julai 2012. Pesawat-pesawat lain MAS masih mengekalkan logo korporat dengan wana merah dan biru.
Tuan Yang di-Pertua,
MAS tidak dapat mendedahkan maklumat mengenai kos penjenamaan semula kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan dan non disclosure dalam kontrak berkenaan. Peruntukan berkenaan merupakan peruntukan standard dalam mana-mana kontrak untuk melindungi kepentingan pihak-pihak yang terlibat. Oleh hal yang demikian, pendedahan sebarang maklumat yang dilkasifikasikan sebagai rahsia dalam sesuatu kontrak oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan pihak-pihak lain boleh memberi implikasi perundangan kepada pihak yang mendedahkan maklumat berkenaan kerana tidak mematuhi akujanji kerahsiaan sepertimana yang dipersetujui.
Notes:
1. Was the initial plan for the new logo strictly for A380? The obvious answer was a NO!. Please read in HERE and the pictures of all the aircraft of MAS speak for themselves. The little napoleons in Khazanah and MAS were trying to fool Parliament and Malaysian public with the first part of the answer above.
2. As you can see that it was a standard condition in all contracts that MAS cannot reveal the fees paid to consultants/advertising firms due to non-disclosure and/or secrecy clause. This was the second part of the answer. It is understandable that MAS could not reveal the contents of the report of the consultants/advertising firms. The question here was related to the consultant fees paid to the the advertising firms namely, Ogilvy & Mather and Landor Associates for the re-branding and designing of the pale blue logo. If this was an acceptable answer then all government contracts involving payment of fees to consultants/advertising firms and contract amount can be kept secret by invoking the non-disclosure or secrecy clause. Surely, YAB PM would never agreed to such a stand taken by the little napoleons.
2. Surely, the above answer was prepared and tabled in Parliament without the knowledge of the Minister of Finance. Yours truly hopes that the YAB PM will look into the way in which the little napoleons presented stupid answers to Parliament in order to avoid unnecessary embarrassment to the Government’s policy of “Rakyat Didahulukan” and “Pencapaian Diutamakan”.