Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negerimenyatakan apa tindakan yang di ambil untuk menyiasat laporan polis yang di buat keatas EXCO Selangor YB Ronnie Liu atas dakwaan pemalsuan tandatangannya dalam skandal Surat Sokongan, sehingga Lee Kee Hiong, bapa saudara beliau Lee Wye Wing dan syarikat WSK Services antara nama yang di ketengahkan.
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Home Affairs to state what actions were taken to investigate the police report lodged by Selangor Exco member YB Ronnie Liu alleging forgery of his signature in the Letters of Support scandal, resulting in the names of Lee Kee Hiong and her uncle, Lee Wye Wing, and WSK Services being highlighted.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, kes ini telah disiasat di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan (Pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan 471 Kanun Keseksaan (menggunakan suratan palsu sebagai tulen). Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindak selanjutnya.