PEMENTASAN TEATER “ GELANGGANG TUK WALI ” SEK MEN KEB WANGSA MELAWATI, WANGSA MAJU.
Malam 5 Mac 2011 saya telah dijemput oleh Sek Men Keb Wangsa Melawati ke pementasan teater “Gelanggang Tuk Wali” oleh kelab teater sekolah berkenaan.
Turut hadir En Mohd Amir B Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Yang Dipertua PIBG SMK Wangsa Melawati, murid-murid serta Ibu Bapa.
Saya dimaklumkan “Gelanggang Tuk Wali” adalah daripada buku Teks Bahasa Melayu-komponen Sastera Melayu karya Ismail Kassan dan persembahan teater tersebut arahan Joosaidy Johari.
Persembahan teater tersebut amat berjaya dengan memberikan mesej jelas terutamanya pelajar-pelajar dan golongan muda tentang pentingnya mempertahan nilai-nilai murni agama dan bangsa serta menjunjung budaya bangsa terhadap tamadun masyarakat. Saya berharap bahawa pemuda-pemudi mendapat mesej-mesej tersebut.
Saya juga berharap bahawa Kementerian Pendidikan dapat mengalakkan persembahan teater sebegai “performing art” di sekolah menegah di seluruh negara supaya murid-murid dapat pengalaman yang amat baik.
Saya mengambil sempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak sekolah di atas jemputan tersebut terutamanya Puan Che Aini Bte Che Ismail, Pengetua Sek Men Keb Wangsa Melawati serta guru-guru dan murid-murid yang telah menjayakan persembahan teater tersebut.