Pavilion untuk Ekspo Shanghai Se Dunia 2010: Kerajaan harus membatalkan kontrak kepada Venturepharm Asia dan mengadakan tender semula!
It is an open secret that Grace Chen Oyan Yun Shai is politically well-connected as we can see that many of the companies which were awarded contracts by the Malaysian Tourism Board are directly or indirectly connected to her. (Please read comment by Kang in previous post.)
Such award of contracts to a questionable company like Venturepharm Asia will definitely encourage more brain-drain as professionals see no future in Malaysia. The latest case of such ridiculosity had to do with the conceptualising, designing and construction of the proposed Malaysian pavilion in the shape of a Malaysian Minangkabau roof for the upcoming 2010 Shanghai World Expo.
Such a project of national pride, in the first place, should have been a 100% Malaysian effort. But, no, the project was somehow ‘hijacked’ to a foreign company in China which has absolutely no knowledge of our local Minangkabau culture and history, resulting in a ‘rojak’ design of a pavilion which had incorporated graphic nuances that are more Indonesian rather than Malaysian. This cannot be accepted. To the more knowledgeable people, this will appear to be a gross misrepresentation of our local Minangkabau culture and Malaysia will yet again become a laughing stock of the world!
Whether it had become obvious to many, the facts revealed in my postings regarding this issue clearly showed conflict of interests all over the place especially on the part of Ng Yen Yen.
Up to this date, the Ministry of Tourism has not made public the members of the Tender Committee, which had purportedly made the decision to appoint Venturepharm Asia, which did not take part in the first tender.
What’s most glaring in this ugly episode is the following fact. After the first completed tender was canceled and a second one called for, apparently for the ‘convenience’ of Venturepharm Asia, the company somehow was able to table a tender price that was exactly RM1,000 short of the RM20 million reserved price, resulting in the company being awarded the project. If this did not smell most foul, then I won’t know what would.
In view of the questionable way the tender was finally concluded, the many conflict of interests that had occurred, and, the on-going investigation by the Ministry of Science, Technology and Innovation and the MACC into Venturepharm Asia, the Government has no alternative but to cancel the award and call for a re-tender by another committee with members outside the Ministry of Tourism.
– Terjemahan oleh Cik Zalarina bte Hj Zainal Abidin – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –
Pavilion untuk Ekspo Shanghai Se Dunia 2010: Kerajaan harus membatalkan kontrak kepada Venturepharm Asia dan mengadakan tender semula!
Telah menjadi rahsia umum bahawa Grace Chen Oyan Yun Shai mempunyai kaitan politik di mana kita dapat melihat kebanyakan daripada syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan kontrak-kontrak oleh Badan Perlancong Malaysia adalah secara langsung atau secara tidak langsung berkaitan dengan beliau. (Sila baca ulasan oleh Kang dalam penulisan sebelumnya.)
Menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang boleh dipersoalkan seperti Venturepharm Asia akan mendorong lebih banyak penghijrahan profesional-profesional setelah melihat tiada masa depan di negara ini. Contoh terbaru adalah melibatkan konsep, rekaan dan pembinaan Pavilion Malaysia yang mempunyai rekabentuk atap Minangkabau untuk Ekspo Shanghai Se Dunia 2010.
Satu projek yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara, haruslah 100% usaha raykat Malaysia. Tetapi, malangnya, projek itu telah ‘dirampas’ oleh sebuah syarikat asing di Negara China yang langsung tiada pengetahuan tentang budaya dan sejarah Minangkabau setempat. Ini telah mengakibatkan satu reka bentuk ‘rojak’ sebuah pavilion yang telah menggabungkan nuansa grafik yang lebih banyak bercirikan konsep Indonesia dari Malaysia. Ini tidak boleh diterima. Kepada orang yang lebih mengetahui, ini akan memberi satu gambaran yang salah mengenai budaya Minangkabau kita dan negara Malaysia akan sekali lagi menjadi bahan ketawa dan cemuhan dunia!
Sama ada ia diketahui oleh umum atau tidak, fakta-fakta yang saya keluarkan dalam penulisan saya mengenai isu ini menunjukkan dengan jelas konflik kepentingan di serata tempat terutama yang melibatkan Ng Yen Yen.
Sehingga kini, Kementerian Pelancongan tidak memaklumkan kepada awam ahli-ahli bagi jawatankuasa tender, yang dikatakan membuat keputusan bagi melantik Venturepharm Asia, sebuah syarikat yang tidak mengambil bahagian dalam tender pertama yang telah diadakan.
Apa yang amat ketara adalah fakta-fakta berikut. Selepas tender pertama dibatalkan dan permintaan tender kedua diadakan, yang jelas nampaknya bagi ‘kesenangan’ Venturepharm Asia, syarikat berikut bagaimanapun telah mampu mengemukakan satu harga tender yang kurang RM1,000 dari had harga RM20 juta, membolehkan syarikat itu dianugerahkan projek tersebut. Jika ini tidak mendatangkan kemusykilan, saya tidak tahu apa lagi.
Jika dipandang cara tender itu ditamatkan, keraguan timbul di mana banyak konflik kepentingan telah berlaku, dan juga siasatan berterusan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi dan SPRM kepada Venturepharm Asia, menyebabkan Kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi membatalkan kontrak berkenaan dan mengadakan semula tender terbuka oleh jawatankuasa yang lain dengan ahli-ahli dari luar Kementerian Pelancongan.