Parliamentary Questions Time 17 November 2009

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyataka apakah kesan sampingan mengenai menara dan cakera alt telekomunikasi dan tindakan yang akan diambil oleh pihak DBKL terhadap alat tersebut yang banyak dipasang di rumah kedai bertingkat dua di seluruh kawasan Kuala Lumpur memandangkan bahawa garis panduan pihak DBKL memang melarang pemasangan alat dan menara ini di rumah kedai bertingkat dua dan ke bawah?

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] ask the Federal Territory Minister to state the side effects of the telco towers and dishes and what are the actions to be taken by DBKL against the numerous apparatus installed on those double story shop houses all over Kuala Lumpur bearing in mind the DBKL’s own guidelines, which prohibits the installation of such apparatus on the double or single storey shop houses?

Jawapan Menteri:

Tuan Yang di-Pertua,

Unyuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, kemudahab peralatan dan teknologi komunikasi merupakan satu keperluan pada masa kini. Tuntutan penggunan untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik turut mempengaruhi pemasangan bilangan menara telekomunikasi. Menara telekomunikasi secara amnya digunakan untuk menghatar dan menerima isyarat gelombang mikro, siaran radio dan televisyen, radar dan juga peralatan tanpa wayar atau kabel.

Dalam hal ini, peralatan cakera dan komunikasi adalah tergolong di dalam kumpulan peralatan yang mengeluarkan radio frequency dari jenis radiasi tidak mengion atau non-ionising radiation. Kajian mendapati, radiasi inin adalah selamat dan tidak memberikan implikasi negative kepada kesihatan yakni tidak menyebabkan kanser.

Kawalan dan pemantauan yang dijalankan oelh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemasangan menara dan cakera peralatan komunikasi ini adalah lebih kepada aspek kawalan pemandangan estetika.  Garis panduan larangan pamasangan peralatan dan menara telekomunikasi di bangunan 2 tingkat yang disediakan oleh DBKL mengambil kira tmabahan struktur fizikal, pemasangan peralatan dan menara yang jelas serta pemandangan awam dari paras jalan.

Walau bagaimanpun, memandangkan struktur pemasangan alat dan menara ini merupakan satu keperluan penting dalam kemajuan ekonomi Negara, maka garis panduan pembinaannya telah diberikan sedikit kelonggaran.  Justeru, DBKL membenarkan untuk mana-mana bangunan 2 tingkat, yang disekitarnya turut terdapat bangunan-bangunan yang sama tinggi, untuk memasang peralatan cakera dan menara telekomunikasi.  DBKL juga telah menetapkan syarat supaya peralatan ini diletakkan di arah belakang bangunan dan bukan di hadapan bangunan. Dismaping itu, pemasangan juga perlu diperakukan sebagai ‘selamat’ oleh justeru berdaftar.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 745

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top