Parliamentary Questions for August 2008 Parliamentary Session
Tabled by Wee Choo Keong, MP For Wangsa Maju
Questions for Oral Answers
1. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Local Government to provide the full list of name of all land owners, particulars of land (Lot No) and cost of acquisition for each of all of the land under the land acquisition by the Government totaling RM25 million for the road widening of Jalan Genting Kelang project in Wangsa Maju.
2. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state up to August 17th 2008, what actions have the Attorney-General Chambers and ACA taken with regards to the recommendations made by The Royal Commission of Enquiry On the VK Lingam Video Clip, which was presented to the Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong on 9th Mei, 2008.
3. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state why DBKL sold the Draft Kuala Lumpur 2020 City Plan without Volume 3, what was the objective of DBKL in withholding the said Volume 3 and in view of this, in the interest of justice, does the government intend to instruct DBKL to make available the said Volume 3 to the public and extend the time for objection accordingly?
4. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state how much did the government pay for the Bar Council Dinner, which was held in JW Mariot Hotel in April 2008 mainly for lawyers, and to also state why was there a necessity for the government to pay for such a private dinner of a professional body?
5. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state why the Government refused to carry out the Prime Minister’s promises made during the Bar Council dinner in JW Marriot Hotel in April 2008 that the Government will set up the Judicial Appointment Commission and also carry out other reforms in the judiciary ?
6. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Finance to state in 2005 why did the Government allow Proton to dispose of 57.75 % MV Agusta Co shares in 2004, for less than RM5 to Gevi Spa, when the original purchase price was RM368 million, and in 2007 Gevi Spa sold the said shares to BMW for RM478 million and how did Proton appoint the valuer, Credit Suisse First Boston, and how much was its professional fees?
7. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state why Proton experienced losses amounting to RM691.9 million for year 2007 despite being accorded with the special subsidies, which include the reduction of excise duties, and to state the total amount of the said special subsidies?
8. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Finance to state why the Ministry did not instruct MAHB to take legal actions against AirAsia for not paying its debts totaling RM110 million, which includes Airport Taxes that have been collected from the passengers, and why MAHB did not stop AirAsia from using the LCCT until full payment of Airport Taxes are made like what MAHB did to Pelangi Air previously.
9. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Finance to state who is the actual owner of Pos Malaysia, why was Pos Malaysia picked as the government agent to pay the petrol rebates, and what is the rate of commission or charge paid by the Government to Pos Malaysia for this exercise.
10. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state in the light of the nation economy why Petronas chose to hold it seminar for its executives in South Africa in July 2008 and they were all supposed to fly on first class plane tickets, and why they were subsequently cancelled and what were the costs incurred for the cancellation of the plane tickets and hotel bookings.
Questions for Written Replies
1. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Home Affairs to state how many police reports have been lodged with Wangsa Maju Police Station for each year from 2000 to 31st July 2008 and what actions have the police taken and to be taken to reduce the crime rate in Wangsa Maju?
2. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Finance to state why prior to 1 Jun 2008 American International Assurance Co Ltd (AIA) was allowed to operate in Malaysian without being locally incorporated for many years, how could AIA be allowed to be locally incorporated on 1 June 2008 without local shareholders and whether the government intend to stop its business activities until it has local partners?
3. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YAB Prime Minister to state what actions have been taken against Datuk Sabri Ahmad, the Chief Executive officer of Golden Hope Plantation Sdn Bhd, a subsidiary of PNB, for causing losses of RM120 million in future trading of crude palm oil in July 2007 and for forward selling of crude palm oil at RM2,000 to Mewah Oils Sdn Bhd, which was controlled by a Singaporean, who has been charged in court for falsifying of documents.
4. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Wilayah Persekutuan to state what is the total cost of beautification of the retention pond (Kolam Danau Kota), which is next to the Platinum Victory Sdn Bhd’s project, the name of the company awarded with the project and whether there was an open tender for the said project if there was, to provide the names of other companies?
5. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] asks YB Minister of Transport to state the name of the companies that took part in the tender for the project to extend LCCT costing RM123.9 million and their respective tender price, and if FAJARBARU BUILDER GROUP BHD, which is related to Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd, was selected not based on the lowest tender price, please provide the reason and what was its background.
—————————– o O o —————————–
Soalan- Soalan yang diusulkan oleh YB Wee Choo Keong,
Ahli Parlimen Wangsa Maju kepada Parlimen
untuk Sessi Ogos 2008
Soalan-Soalan untuk Jawapan Secara Lisan
1. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyatakan senarai nama-nama pemilik tanah, butir-butir tanah (Hakmilik, Lot No, Mukim) dan kos pengambilan tanah oleh Kerajaan terhadap setiap lot tanah tersebut yang mana kos keseluruhannya adalah berjumlah RM25 juta untuk projek pelebaran jalan di Jalan Genting Kelang, di kawasan Wangsa Maju.
2. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri untuk menyatakan mengapa DBKL menjual Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 tanpa Jilid 3, apakah tujuan DBKL untuk tidak mengemukakan Jilid 3 tersebut dan sehubungan dengan ini dan demi keadilan adakah kerajaan bercadang mengarahkan DBKL “make available” Jilid 3 tersebut kepada orang awam dan melanjutkan masa bagi orang awam mengemukakan bantahan terhadapnya?
3. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri menyatakan sehingga 17hb Ogos 2008 apakah tindakan telah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap “recommendations” oleh Suruhanjaya Siasatan DI-Raja Mengenai Klip Video VK Lingam, yang telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 9hb Mei 2008.
4. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri untuk menyatakan berapa kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk Jamuan Makan Malam Majlis Peguam Malaysia untuk peguam-peguam yang diadakan di Hotel JW Marriot pada bulan April 2008 dan juga menyatakan mengapakah kerajaan perlu membayar jamuan makan malam persendirian oleh badan profesional yang sedemikian?
5. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri menyatakan kenapa Kerajaan enggan untuk menubuhkan “Judicial Appointment Commission” dan melaksanakan lain-lain reform terhadap badan Kehakiman yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri di Jamuan Makan Malam Majlis Peguam di Hotel JW Marriot pada bulan April 2008?
6. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YB Menteri Kewangan untuk menyatakan mengapa pada tahun 2005 kerajaan izinkan Proton menjual saham MV Augusta sebanyak 57.75% (harga beli RM478 juta) pada harga kurang daripada RM5 kepada Gevi Spa, dan pada tahun 2007 saham tersebut telah dijual kepada BMW pada harga RM478 juta dan bagaimana process perlantikan penilai Credit Suisse First Boston dilaksanakan dan berapa kos profesional dibayar kepadanya?
7. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri untuk menyatakan bagaimana Proton mengalami kerugian sebanyak RM619.9 juta pada tahun 2007 sedangkan Proton diberikan subsidi-subsidi istimewa termasuk mengurangkan duti eksais dan sila mengemukakan jumlah subsidi-subsidi istimewa tersebut untuk tahun 2007.
8. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YB Menteri Kewangan menyatakan mengapa kementerian tidak mengarahankan MAHB untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia kerana gagal membayar hutangnya berjumlah RM110 juta yang termasuk “Airport Tax” yang telah dikutip daripada penumpang-penumpangnya dan memberhentikan AirAsia daripada menggunakan LCCT sehingga ia menyelesaikan pembayaran “Airport Tax” sepertimana tindakan yang dikenakan kepada Pelangi Air sebelum ini.
9. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YB Menteri Kewangan untuk menyatakan siapa pemilik sebenar POS Malaysia, mengapakah kerajaan memilih POS Malaysia sebagai ejen kerajaan untuk melaksanakan pembayaran rebat (minyak) dan berapakah kadar komisen atau caj yang dibayar atau akan dibayar oleh kerajaan kepada POS Malaysia untuk pembayaran rebat tersebut?
10. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta YAB Perdana Menteri untuk menyatakan dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa, mengapa Petronas memilih untuk mengadakan seminar di Afrika Selatan pada bulan Julai 2008 untuk para eksekutif-eksekutifnya dengan penerbangan kelas pertama, dan kemudian mengapakah seminar tersebut dibatalkan dan berapakah kos perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh Petronas disebabkan pembatalan tiket-tiket pernerbangan dan juga tempahan bilik-bilik hotel.
Soalan-Soalan untuk Jawapan Bertulis
1. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa laporan polis telah dilapor di Balai Polis Wangsa Maju setiap tahun daripada tahun 2000 sehingga 31hb Julai 2008 dan apakah tindakan telah diambil oleh pihak polis dan akan diambil untuk mengurangkan kadar jenayah di Wangsa Maju.
2. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan menyatakan mengapa sebelum 1hb Jun 2008 syarikat American International Assurance Co Ltd (AIA) boleh beroperasi selama bertahun-tahun di Malaysia tanpa melaksanakan perbadanan tempatan (locally incorporated), bagaimanakah AIA boleh diperbadankan tempatan pada 1hb Jun 2008 tanpa pemegang saham tempatan dan sama ada kerajaan bercadang untuk memberhentikan operasi perniagaannya sehingga AIA mempunyai rakan kongsi tempatan?
3. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Perdana Menteri menyatakan apa tindakan yang telah diambil oleh PNB terhadap Datuk Sabri Ahmad, Pengarah Eksekutif Golden Hope Plantation, anak syarikat PNB, yang menyebabkan kerugian sejumlah RM120 juta dalam urusniaga “future trading” minyak kelapa sawit mentah pada bulan Julai 2007 dan juga menjual minyak tersebut pada harga RM2,000-00 per tan kepada Mewah Oils, yang dikawal oleh warganegara Singapura, yang telah didakwa di Mahkamah kerana pemalsuan dokumen.
4. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa jumlah kos keseluruhan untuk projek pengindahan tasik takungan (Kolam Danau Kota), yang terletak bersebelahan dengan projek Platinum Victory Sdn Bhd, nama syarikat yang mendapat projek tersebut dan jika projek tersebut dilaksanakan secara tender terbuka sila kemukakan senarai nama-nama syarikat yang gagal dengan harga tendernya?
5. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Pengangkutan menyatakan semua nama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam tender untuk projek extension LCCT berjujmlah RM123.9 juta dan harga tender masing-masing, jikalau FAJARBARU BUILDER GROUP BHD yang ada hubungan dengan Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd dipilih dengan harga tender bukan yang terendah sila berikan alasan kenapa ia dipilih dan apakah latar belakangnya?